Posts

Showing posts from 2009

Semangat Yang Mendatang

HUHU....sesi kuliah sudah sampai ke penghujungnya....semua orang sudah tertanya-tanya tentang ketibaan satu lagi masa bagi mereka yang bergelar sebagai siswa/wi di mesir... huhuhu...tak lain tak bukan waktu yang ditanya-tanya dan disebut-sebut itu adalah 'IMTIHAN'...sume orang makruf tentang peperiksaan ... begitu gak kami yang berada di bumi Para Anbiya' ini,juga tak terlepas dari situasi peperiksaan.... Huh...keluh kawan-kawanku,peperiksaan memeng menggerunkan,tamabahan pula berhadapan sistem peperiksaan di sini... Ruang lingkup masa peperiksaan ni la kita dapat melihat perubahan mendadak kebenyakan orang....saling memberi tumpuan...saling bersungguh-sungguh.... membuat cubaan untuk menggunakan masa sepenuhnya.... masa ni la juga sume orang akan berlumba-lumba dalam setiap perkara.... Begitu gak diri manusia yang sedang menaip ni...tak terlepas dengan semangat yang datang secara tiba-tiba.... Sumenya dilakukan secara serius dan bersungguh-sungguh tanpa mempedulikan setiap...

Blog Yang Usang....

Salam sejahtera kepada semua... alhamdulillah sudah lama rasanya x menjenguk keadaan laman ini... Alhamdulillah hari ini sempat gak menjenguk keadaannya yang da semakin berusia....

Ketibaan Pelajar kl

Image
senior2 xsabar2 nak g ke airport ketibaan group yang pertama..... ketibaan group yang kedua......

Sesi Jihad bermula kembali

Assalamualaikum.... saje2 nak bgtau bahawa sesungguhnya sesi pengkuliahan sudah pun bermula... Ye...dengan keazaman yang baru..hati ini begitu teruja untuk memasuki kelas yang baru...huhuhu...

Indahnya ukhwah

Image
Assalamualaikum... rasa2 xde benda nak sampaikan, cume nak tunjuk salah satu gambar kami ketika jaulah Haramain... erm....kepala pun masih xberapa selesa ngan perubahan cuaca ni... jadi...ni je yang larat nak di masukkan... Wassalam

Talbiah (rinduku semakin membara)

assalamualaikum kepada pembaca sekalian.... salam ramadhan di ucapkan.... ana memohon doa dari semua.. insyaAllah pada 11hb 9 ni ana akan berangkat ke makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.Tak tertahan rasa hati ini untuk mengunjungi dan menjadi tetamu Allah sekaligus untuk menziarahi Rasullullah. Ya allah ...permudahkan segala urusanku, Ya Allah.... tak tertahan rasanya hatiku ini untuk bertemuMu, ya Allah....terimalah daku menjadi tetamu rumahMu... ameen..... Roslizan Bin Mohd Yusof

Sambutan Siswa/wi Baru Perak

Image
Assalamualaikum... 26hb 8 2009.... Rabu.... ana dan rakan2 dari Negeri Perak telah pergi ke lapangan terbang untuk menjemput siswa/wi baru yang datang dari Negeri Perak.. ni la keadaan sahabat2 yang xsabar2 menanti kedatangan sahabat2 baru dari Malaysia... sambil membawa sepanduk.. > perak dengan menaiki bas yang bertanggungjawab mengambil kami pergi dan pulang dari lapangan terbang... ni lah wajah2 siswa2 baru bagi negeri Perak kelihatan sahabat2 sedang bekerja bagi melancarkan perjalanan pulang ke tempat penginapan pelajar... tanpa menghiraukan lapar dan dahaga di bulan puasa.... semakin gagah mereka di bulan puasa BP ANGKAT PERAK tempat tujuan maka selamat sampai siswa siswi baru ke tempat penginapan mereka di Mesir iaitu Rumah Negeri Perak di Mesir..... Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat...dah la dalam bulan puasa...korang tetap semangat,jad...

Tarbiah Ramadhan

Image
Assalamualaikum... Kehadiran Ramadhan kali ini di sambut meriah oleh segenap lapisan masyarakat(ye ke?) ramadhan yang dikatakan sebagai penghulu segala bulan,bulan pengampunan,bulan rahmat... Yang penting,bulan ramadhan ini memang satu bulan yang istimewa,kerana dianya juga adalah bulan tarbiah dan pengorbanan... Jika kita imbau sejarah,bagaimana pengorbanan Rasulullah SAW bersama sahabat2 Baginda melakukan pengorbanan dalam meneruskan perjuangan menyebarkan agama Allah sehingga sanggup bergadai nyawa walaupun di dalam bulan Ramadhan,hingga terjadilah dalam rentetan sejarah peperangan2 yang hebat seperti Peperangan Badar Al Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah bersamaan dengan 624 Masihi. Peperangan lain adalah seperti Peperangan Al qadisiyah,peperangan Andalusia(Spain),Peperangan Hittin,Peperangan Tentera Tartar,semuanya menjadi saksi keramat Ramadhan dan kemenangan islam. Ada juga segelintir orang beranggapan bahawa kehadiran Ramadhan ini sebagai sebuah Madrasah bag...

Syukran

Image
Salam Ramadhan... mekasih kepada pemberi award ni.... http://www.muslimahatiku.blogspot.com/

Kemeriahan yang berterusan

Semalam telah berlangsung majlis penutup ekspo Gempak PMRAM di dataran HAYYU ASYIR... Majlis yang di hadiri oleh lebih dari 2 ribu pelajar yang menuntut di Bumi Mesir ini memang amat2 mengagumkan ana. Majlis dimulakan dengan ucapan dari pengarah program iaitu Us. Jamal,kemudian di susuli pula dengan ucapan dari Presiden PMRAM Us. Muiz,Dan kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Us. Hairul Nizam. Dalam ucapan Us.Hairul Nizam,beliau menegaskan tentang peranan kita di Bumi Anbiya' ini,beliau memperingatkan kita tentang hadaf kita ke sini,tak lain dan tak bukan iaitu mencari ilmu,tetapi beliau menimbulakan persoalan kepada sidang penonton tentang berapa ramai yang datang ke sini yang benar2 melaksanakan hadafnya iaitu menuntut ilmu...Beliau juga memperingatkan kita semua bahawa menuntut ilmu di luar negara ini merupakan amanah dan tanggungjawab..Dan setiap yang dipertanggungjawabkan akan disoal mengenai tanggungannya(amanah). Dan selepas itu program di teruskan dengan persemba...

Gambar expo yang Gempak

Image

Ahlan Wasahlan kepada siswa/wi Baru 09/10

Image
Hari ini 9 Ogos 2009,insyaALLAH kami pelajar-pelajar Negeri Sembilan Di Mesir akan menyambut ketibaan sekumpulan @ jemaah(BUKAN JEMAAH HAJI) pelajar siswa n siswi baru yang akan menyambung pelajaran di sini... Jadi,kami semua mengucapkan selamat datang kepada mereka,beserta nasihat supaya bersedia dan sentiasa tajdid niat semasa belajar di sini supaya kita tidak terpesong... Seperti tahun-tahun lalu,sajian makanan di sediakan supaya siswa/wi baru ini tak terputus terus ngan makanan2 dan masakan2 neegara kita,cuma capati dan tosei tak dapat la di sediakan... Sekian,

Expo Gempak Yang Memang Gempak

Image
Gempak,Hebat,Gah.... Huish,rasa macam berada kat Malaysia je apabila ana melihat sendiri semangat dan kerjasama anak-anak Malaysia di Mesir ini merayakan sambutan Hari Kebangsaan Negara kita ... Erm..gambar xsempat nak upload sebb kekurangan masa,jadi sempat nak cerita sikit2 je... Majlis bermula dengan persembahan dari anak-anak Malaysia di Mesir,Ini barula menunjukkan satu Malaysia,Bermula dengan persembahan dari pelajar-pelajar Buuth,kenudian di susuli dengan paluan kompang beserta lagu-lagu yang best oleh anak-anak negeri Johor,paluan kompang di sertai dengan lagu-lagu seperti can malican,ala omak kawin kan aku dan jit-jit semut memang memukau para penonton yang hadir menjayakan program... Majlis kemudian di susuli dengan persembahan seni mempertahankan dir iaitu seni taekwondo...setiap terjahan dan aksi peserta taekwondo ini memang menunjukkan bahawa para daie @ ustaz juga perlu menguasai ilmu mempertahankan diri... Acara di teruskan lagi dengan persembahan konvoi motosikal membaw...

Ingin Mencuba

Image
Assalamualaikum kepada semua... ini hasil percubaan ana yang baru belajar cara2 nak buat banner... walaupun hasilnya tak berapa best... tapi ini la yang mampu di buat bagi org yang baru belajar n mahu mencuba..... e-jan

Hadis ke-7

Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : ' Agama itu adalah an-nasihat. ' Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? ' Maka jawab Rasulullah SAW : ' Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi Imam-imam kaum Muslimin dan orang awamnya(seluruh kaum muslimin). '

Debaran berakhir penyuntik semangat baru

Image
assalamualaikum kepada semua pembaca n pengunjung... alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana setiap anugerah dan nikmatnya kepada kita semua makhluk... Sepertimana yang kita ketahui,pengajian di bumi anbiya' ini banyak dugaan dan cabaran... tak usah la nak bercerita tentang dugaan dan cabaran tu,sebenarnya arini ana nak berkongsi sesuatau.... Biasalah,selepas imtihan kita semua akan menunggu natijah,dan sistem di Al-azhar yang menggunakan cara pengulangan tahun sekiranya gagal adalah perkara yang menakutkan... seperti orang lain,bermula Bulan Ogos,pasti berdebar-debar menunggu natijah yang bakal di tampal... Dahla 1hb orang nak buat demontrasi....semangat da ada,tapi comeh ngan natijah lagi tinggi....erm.....percubaan menenangkan diri sehingga demam...huhuhu... bertambah lagi debaran dan perasaan cemas,kerana 2hb ogos adalah ulang tahun kelahiran ibuku.... Arrrrggghhh...perasaan cemas bertambah-tambah...ana leka memikirkan natijah yang bakal keluar...sehingga demam...huhuhu... Menjela...

Titian Pemandangan

Salam sejahtera kepada semua... tujuan entri kali ini adalah untuk membangkitkan kesedaran pada diriku semata-mata... Alhamdulillah kita di lahirkan dalam keadaan kita ni beragama islam, mak ayah kita islam, persekitaran kita islam... Kita membesar dengan cara islam... di didik dengan islam.... Ada di kalangan kita... Sudah mengenali sirah2 Nabi2 semasa kecil lagi.. juga tahu pengorbanan sahabat-sahabat sekeliling Nabi-Nabi.... Alhamdulillah ramai di antara kita tahu tentang Islam..... Sekarang ni,berapa ramai yang benar-benar menghayati Islam.... Kalau kita lihat dari jenis peranan.... Apa tanggungjawab kita yang belajar?untuk menghadapi masyarakat kita nanti? Dapatkah kita jawab sekiranya di tanya kepada kita "Apa Dia Islam"???? Apa kita naka jawab?Sedangkan kita dari kecil lagi dah Islam.... Di mana Islam kita selama ini?....kenapa kita tidak bersungguh-sungguh mengkaji tentang Islam itu sendiri?Adakah disebabkan kita sudah lama beragama islam sehingga menyebabkan kita ras...

Hadis ke -6

"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

Sebagai Tanda Sokongan

Image

Lautan Dakwah

Image
Permandangan Di Ra'su bar... Salam Sejahtera kapada semua... Gambar ni ,gambar pantai,tapi sengaja nak cerita tentang laut..... Laut..... Tenang... Damai..... Sejuk mata memandang..... Mengingatkan tentang kewujudan dan kehebatan Allah.... Kita tengok lak kegunaan laut..... Kanak-kanak berlari2 di tepi pantai.... Segolongan lagi bermain pasir... ada yang membuat binaan dari pasir.... ada yang membayangkan sedang membuat latihan peperangan di tepi pantai.... mereka menggunakan kawasan pantai yang berhampiran dengan laut,dengan cara mereka sendiri..... Orang Dewasa...... Bermandi-manda dalam laut..... Bersukan dengan sukan yang tertentu.... Masih mendekati laut...tapi dengan cara mereka..... Pelukis...... Mengambil ilham pemandangan dari laut.... membayangkan keadaan dalam dan luar lautan untuk lukisannya.... Nelayan.... Mencari rezeki dari lautan... Mereka menggunakan dasar atau bahagian dalam laut......... Penyelam... menyelam ke bahagian yang lebih dasar... mencari bahan tertentu ...

Indahnya Bila Bersahabat

Image
Assalamualaikum.. post kali ni saje nak bercerita tentang sahabat.. Sume org mempunyai sahabat. kalo x ramai pun mesti ada punye....jadi kesempatan pulang ke Malaysia baru-baru ini ana berkesempatan meluangkan masa untuk keluar bersama2 sahabat2 yang berada di Malaysia. Ye,sememang keadaan sudah berubah dan masing2 tak seperti dulu,untuk pengetahuan,sahabat2ku ini adalah satu batch masa sekolah kat MAAHAD AHMADI NEGERI SEMBILAN...huhu..Kami tidak la merancang untuk membuat satu program,tetapi ALLAH Maha Merancang,kebetulan semasa di Malaysia seorang kakak kepada sahabat kami melangsungkan walimah.Jadi disitula menjadi tapak pertemuan kami... Kulihat sahabat2ku kesemuanya gah2 belaka,ada yang sudah bekerja menjadi 'Manager',ada pula yang tersohor dengan kepimpinan mahasiswa nye.Ada pula yang telah bergelar 'Mahasiswa Timur tengah'juga.Ha,sape la kna ketika tu yang masih lagi terkebil2 mencari ilmu..huhu.. Masa ni teramat la best sekali,bayangkanla beberapa tahun xberjump...

Senarai Penuh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat 2009-2011

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT & PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN SESI 2009/2011 Presiden DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG Timbalan Presiden USTAZ NASHARUDIN MAT ISA Naib Presiden DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN SALAHUDDIN AYUB DATO' MAHFUZ OMAR Ketua Dewan Ulama DATO' USTAZ HARUN TAIB Ketua Dewan Pemuda USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI Ketua Dewan Muslimat USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH Setiausaha Agung DATO' MUSTAFA ALI Ketua Penerangan USTAZ IDRIS AHMAD Bendahari DR MOHD HATTA RAMLI Ketua Pengarah Pilihan Raya DATO' USTAZ ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN Ahli Jawatankuasa DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN DATO' KAMARUDDIN JAFFAR DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK DATO' DR HAJI HASAN MOHD ALI USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDDIN DATO' USTAZ ABU BAKAR CHIK MOHAMED HANIPA MAIDIN DATO' IR AMIRUDDIN HAMZAH DR LO' LO' MOHAMAD GHAZALI USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN DR DZULKEFLY AHMAD DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI USTAZ ...

Perginya 'Natrah'

Image
Oleh: ustnik "dari: www.niknasri.com Ketika belajar subjek Sejarah di Sekolah Alam Shah, Ceras 1980-84, kami dieperkenalkan dengan kisah Natrah dan Tragedi rusuhan yang berlaku di Singapura. Belajar sejarah ketika itu hanya belajar tentang sebuah sejarah, tidak timbul sangat sensitiviti saya yang masih berumur awal belasan tahun ketika itu. Agak menarik kerana Natrah dan Che Aminah itu pernah tinggal di Kampung Banggol, Kemaman. Jalan utama di bandar Cukai hari ini sesak dengan kenderaan, tetapi pernahkah mereka yang melalui jalan tersebut terfikir bahawa Bertha Hertogh atau Natrah itu yang pernah menimbulkan sensitiviti umat Islam atas isu murtad tinggal di sini? Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis. Bagi generasi baru, mungkin ramai yang lupa isu Natrah. Saya memetik latar peristiwa Natrah dari sumber berikut: Natrah (Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia be...

Majlis Perkahwinan Arab

Image
Assalamualaikum... kali ni saje nak tunjuk gambar masa g majlis perkahwinan mahmud(abang said) Mula berangkat dari Hayyu Sabi'e selapas asar.perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah.tempat tujuan perhentian 'sakiet Makiey'stesen sebelum akhir. ni la suasana majlis,bunyi lagu yang teramat kuat yang boleh menyebabkan pecahnye gegendang telinga. ni sajian makanan majlis perkahwinan.huhu..kesimpulannya banyak benda yang baru n pengalaman yang menakjubkan,rasa xsia2 g sana.sebab dapat tgk cara arab akad nikah yang agak berbeza dengan budaya kita n bnyak lagi yang xdpt di ceritakan semasa berlangsungnya majlis perkahwinan ini .... sekian wassalam... Roslizan Bin Mohd Yusof bilik 202 Rumah Wilayah

ape ada pada gambar?

Image
Dua gambar dua keadaan luas?sempit?lapang? semak samun?bersih licin?

Hikmah Kembara

Image
Assalamualaikum ku ucapkan kepada semua pembaca, gambar ni masa dalam perjalanan pulang dari Matruh ke Kaherah, perjalanan yang sejauh 800km, mengambil masa selama lebih kurang 7jam sekiranya kenderaan dipandu dengan kelajuan 120. Jalan yang panjang,sekeliling sunyi,tak nampak penghujung jalan,tapi,tahu destinasi iaitu Kaherah. Perjalanan yang panjang,tapi sementara dan tidak kekal di atas jalan,apabila tiba di Kaherah(tempat yang di tuju)kita akan teringat jalan2 yang kita lalui tadi. Adakala sempat sampai destinasi dengan selamat,ada juga yang tersangkut di tengah perjalanan,ada yang berkubur sahaja di tepi jalan.Menaiki kenderaan untuk ke destinasi. Saya termenung di dalam bas Begitulah hidup kita melalui satu jalan yang panjang,yang mengambil masa bukan 8jam,mungkin 10tahun,mungkin juga 45 tahun,mungkin juga 85 tahun. Destinasi sudah pun diketahui, Kiri dan kanan tidak sunyi,banyak cabaran di sana-sini, Jalan dilalui beronak duri,berkenderaankan iman yang suci, tetapi....MAMPUKAH K...

Jalan2 Cari Makan Di Rumah Arab(Said)

Image
(sumber gambar masjid Al-Azhar ni:US.Zulfaisol-201) Setelah habis sahaja imtihan baru-baru ini,pada hari yang sama kaki ini telah melangkah ke sebuah rumah yang terletak di'sakiet mekky' yang jaraknya satu jam perjalanan.Tujuan ke sana adalah untuk memenuhi pelawaan sahabat karibku dari bangsa arab mesir untuk menziarahi keluarganya yang dah tak sabar2 menunggu kedatanganku ke sana. Madah bagi imtihan terakhir bagi tahun 3 kuliah syariah ialah Qadaya,ye...seperti semua sedia maklum,madah ini yang akan menahan kesemua pelajar dari keluar awal..hehehe...Jadi saya pun keluar lambat gak,tapi kawan saya tu tetap menunggu disebabkan keinginannya yang membuak2 untuk mengajak aku datang ke rumahnya... Kami tiba di rumahnya pada waktu asar,jadi kami g tunaikan solat dulu...selepas solat saya dihidangkan dengan secawan air limau nipis...peerrggghhh...sedap giler... Tidak lama kemudian ibunya memanggil kami ke tingkat atas untuk menikmati hidangan Dengan berbekalkan perasaan lapo yang ter...