Posts

Showing posts from May 11, 2010

Tips Doa Untuk Kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ya Allah… Seandainya telah Engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagiaan antara kami… Agar kemesraan itu abadi… Ya Allah… Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani… Seringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi… Maka jodohkanlah kami… Tetapi Ya Allah… Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku… Bawalah dia jauh daripada pandanganku… Luputkanlah dia dari ingatanku… Dan periharalah aku dari kekecewaan… Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Menolak bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja yang merah… Agarku sentiasa tenang… Walaupun tanpa bersama dengannya… Ya Allah yang tercinta… Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu… Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik untukku… Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini… Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pem...

TARBIYAH BUKAN UNTUK SI MANJA

Image
Dakwah bukan untuk orang yang takut untuk bergerak dan mencabar diri. Tarbiyyah bukan untuk orang yang mudah bosan, melarikan diri, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, dan cepat terasa. Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program yang senang dan mudah untuk dia ikuti, yang penat, bersusah payah mengelak. Ia bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diri diuji oleh Tuhan. Jika tidak, batang hidung pun tak nampak. Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya sebagai jalan untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri atau suami, yang mengikuti hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan di saat dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang didapat, tidak dikongsi dengan yang lain. yang cepat mengalah, yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan acara-acara ‘penting’ yang lain. yang hanya pandai bercakap (dan menulis), tapi amal kosong yang hanya tahu membandingkan jamaah itu...

Rabithah

Sesungguhnya Engkau tahu bahwa hati ini telah berpadu berhimpun dalam naungan cintaMu bertemu dalam ketaatan bersatu dalam perjuangan menegakkan syariat dalam kehidupan Kuatkanlah ikatannya kekalkanlah cintanya tunjukilah jalan-jalannya terangilah dengan cahayamu yang tiada pernah padam Ya Rabbi bimbinglah kami Lapangkanlah dada kami dengan karunia iman dan indahnya tawakal padaMu hidupkan dengan ma'rifatMu matikan dalam syahid di jalan Mu Engkaulah pelindung dan pembela

ingatan buat diri

sahabat sekalian.. izinkan diri mencoret rasa dihati agar kalian bisa kenal bahawa hidup sebagai dai ini bukan seperti jejari, tetapi sebenarnya terselit untaian cemati..yang ia penuh dengan warna warni.. sahabat.. dalam mengorak langkah mujahid..lama uku terfikir sepi, berbicara dengan sudut hati akan sesuatu..kisah bicara diri seorang hamba..merenung jauh mencari jawapan..agar ia terselesai dengan pasti..bukan hanya sekadar teka teki.. sahabat.. dalam diam riak itu.. ia hadir dengan gambaran satu warna ceria akan satu corak cinta seorang hamba.. ia lambang satu warna indah dirinya kuasa.. tapi sahabat..r iak itu bukan bermakna isi.. tetapi ia sebuah lambang bias dihati.. menguntai bicara cinta terapi.. sahabat.. berminggu ini..aku sentiasa berfikir.. hampir saja setiap saat ia berlegar jelas.. hingga dibawa oleh sentuhan mimpi akan juara seorang mujahid, yang terasing dengan julang cari.. aku tersentuh memandang.. bermain diputaran hati,meneliti akan gerak bicara seri.. akan kekuatan...

Tentang ARMA : Fakta Yang Tidak Mungkin Berubah

Perintis permulaan perjuangan mendapatkan sebuah penempatan anak Melayu bukanlah satu usaha yang baru malahan usahanya menjangkau puluhan tahun melepasi beberapa dasawarsa kewujudan PMRAM di bumi Anbiya’ ini.Langkahan pertama diatur pada tahun 1932 ,pelbagai usaha telah diperhebatkan samada dari segi pengumpulan dana, pancarian lokasi dan penubuhan sebuah jawatankuasa yang dikenali dengan “ Panitia Rumah Melayu ”.Kewujudan jawatankuasa ini secara langsung bertindak dalam segala pengurusan yang berkaitan dengan ARMA. Pengumpulan dana merangkumi dari pelbagai pihak termasuk jemaah-jemaah haji yang datang ke tanah suci Mekah.Di antara yang terlibat secara langsung untuk mendapatkan ARMA adalah Almarhum Dato’ Haji Abdul Jalil Hasan yang merupakan Pemangku Mufti Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1960. Beliau juga terlibat dengan penubuhan PPS ( Persekutuan Putera-putera Semenanjung ) pada tahun 1930 telah menyatakan bahawa jumlah dana Rumah Melayu yang terkumpul pada Bendahari PPS adalah se...

PENGERTIAN TARBIYYAH

MANHAJ TARBIYYAH: PENGERTIAN TARBIYYAH Tarbiyah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti penjagaan, pengasuhan dan pendidikan. Tarbiyah Islamiyah pula ialah penjagaan, pengasuhan dan pendidikan berasaskan sumber al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW. Sumber-sumber ini adalah sumber-sumber rabbani. Dengan sumber inilah generasi sahabat dididik oleh Rasulullah SAW sehingga berjaya melahirkan generasi rabbani yang mendapat jolokan dan pujian daripada Allah seperti yang disebutkan di dalam al-Quran al-Karim : “Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh berbuat kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.” (Ali ‘Imran: 110) Peranan Tarbiyah Islamiyah. Tarbiyah memainkan peranan penting dan berkesan dalam kebangkitan, pembangunan dan kemajuan sesuatu masyarakat. Maju atau mundur sesuatu masyarakat bergantung kepada maju atau mundur tarbiyah masyarakat tersebut. Oleh itu tarbiyah perlu diberi keutamaan...

ORANG MUKMIN YANG DENGKI KEPADANYA

Sebagaimana lumrah diketahui hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya. Hasad boleh mengikis Iman seseorang Mukmin jika ia tidak cepat kembali siuman, bertaubat kepada Tuhan dan tidak dilimpahi ‘Inayah dan Rahmat Subhanahu Wata’ala. Tepat seperti yang apa disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam: دب اليكم داء الا مم قباآم , الحسد و البغضاء .والبغضاء هي الحا لقة .أما اني لا أقول تحلق الشعر ولكن تحلق الدین “Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi) Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam bersabda lagi: ما ذ ئبا ن جائعان أرسلا في زریبة غنم بأفسد لها من الحرص على المال والسد في دین المسلم .وان الحسنات آما تأ آل النار الطب “Bencana melepaskan dua ekor serigala lapar di dalam kandang kambing tidak lebih besar daripada bencana yang menimpa pegangan agama seora...

5 Syarat Nak Buat Maksiat

Image
"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut s...

Kisah Cinta

Image
Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati. Aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai aku. Aku menjawab, Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu. Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang dit...

Rintihan-hanya pada Mu

Image
Ya Allah kenapakah hati ini begitu keras untuk mengingatiMU? mungkihkah jiwaku sudah penuh dengan kekotoran? setiap hari aku solat, membaca al-Quran tetapi aku tidak dapat merasai kenikmatan bagaimanakah akan kutempuhi hidup ini? adakah jiwa ini akan dapat Engkau terima? Ya Allah! janganlah Engkau tinggalkan aku janganlah Engkau biarkan jiwa ini ternoda dengan kemaksiatan apalah diri ini tanpaMU aku begitu lemah untuk mengharungi gelombang dunia ini Ya Allah kasihanilah jiwaku yang kerdil ini aku sangat mengharapkan pimpinan-MU aku sangat merindui belaian-MU bantulah aku,Ya ALLAH! bantulah aku Ya Rabbi! lemparkan cahayaMU ke dalam jiwaku... Ya Allah! apalah erti kehidupan ini tanpa kehadiran MU apalah gunanya segala yang kumiliki tanpa rahmatMU Ya Allah! berikanlah petunjuk-MU kepadaku aku tahu bahwa petunjuk-Mu adalah mahal dan perluku bayar aku redha, Ya Allah... Engkau ambillah apa yang aku miliki tetapi campakkanlah Nur MU ke dalam jiwa ini... Ya ALLAH! aku malu untuk berhadapan de...

ciri isteri solehah

Image
Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri. * Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami. * Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki. * Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama. * Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja. * Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan ...

mintalah pada ALLAH

Image
Kebaikan Allah sangat dekat dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa.Kitalah yg sering leka.Sebenarnya,secara naluri,kita sangat memerlukan untuk selalu meminta dan berdoa kepadaNya,tidak boleh bosan dan tidak boleh jemu.Jangan sampai kita berkata:" Saya sudah berdoa ,tetapi Allah tidak mengabulkan." Tetapi kita mesti merapatkan wajah kita ke tanah,sambil berseru: ya Zal Jalali Wal ikram." Kemudian kita mulai menyebut nama2 Allah yang indah itu dan sifat2 Nya yang mulia,hingga Allah mengabulkan permintaan kita atau memilihkan yang terbaik bagi kita. "Berdoalah kepada Tuhanmu dgn merendah diri dan suara yang lembut." (Surah Al-A'raf:55) Salah seorang pendakwah menyebut dalam berbagai-bagai tulisannya bahawa ada seorang Islam bersama keluarganya pergi ke satu negara untuk meminta suaka.Dia meminta supaya dia diberi kewarganegaraan.Ternyata semua pintu tertutup baginya.Dia berusaha dengan segala upayanya untuk mencari jalan,namun semua usahanya buntu d...