Mana Lebih bererti?
Sama-sama dibuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Seketika bersama.. akhirnya mereka berpisah keluar dari Bank dan beredar di masyarakat. 4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yg RM100 bertanya kpd RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerana selepas aku keluar dari bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari pembawa beca, penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 bertanya balik kpd RM100, "Knp kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & juga hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet" Lalu RM1.00 bertanya lg, "Pernahkah engkau singgah di tempa...