PERUBAHAN ERA BAHARU
Hari berganti hari, minggu berubah selepas tujuh hari, bulan pula silih berganti, lalu tahun terus berlalu, maka bertambahlah usia dan dunia bergerak semakin laju. Kelajuan masa yang semakin mencemburui menyebabkan pelbagai kerja tidak releven jika tidak seiring mengikut peredaran zaman. Dari mula membaca keratan akhbar sekarang sudah berubah kepada paparan di layar telefon pintar, dulu bergambar selepas sebulan baru boleh lihat hasilnya, itupun jika pergi mencuci gambar di kedai gambar, dan kini, selepas sesaat sudah boleh ditatap, bahkan boleh pula di ambil semula jika tidak berpuas hati dengan hasilnya. Begitu pantas masa, begitu juga keadaan dan situasinya, semua laju kadangkala tak terkejar, baru rasa nak memahami sesuatu, tahu-tahu kita dah tertinggal dan ditinggalkan oleh sesuatu yang lain. Begitulah lajunya, sehingga yang masih di takuk lama akan terus kekal di takuknya, dan siapa yang sentiasa mengikuti dan mempelajarinya, akan kekal relevan di waktu semasa. Dulu ...