PENGHAYATAN BERBEZA, MESKIPUN DARI BUKU YANG SAMA.
Seperti biasa, kebiasaannya, walaupun sudah dua tiga minggu terlepas peluang, untuk membaca buku bersama anak-anak. Alhamdulillah, malam tadi, ketika sedang santai-santai di bilik hotel, kaklong Nurun datang mendekati dan mengingatkan. Nurun: Ayah, dah lamakan ayah tak baca buku untuk kita orang. (nada memujuk) Aku: Aah kan, jom la kita baca malam ni. Nurun: Ayah ada bawa buku? Aku : Ada, alhamdulillah, selalu ayah bawa. ( Memang menjadi tabiat, bawa buku ke mana-mana walaupun kadang di bawa sahaja tanpa baca 😅) Nurun: yela, ayah memang bawa buku ayah, tapi ayah ada bawa ke buku yang kita orang boleh baca? Aku : ada-ada, pun ada bawa. Selesai perbualan tersebut, dengan lafaz bismillah dan pujian buat Allah, di sertakan dengan bacaan selawat Tafrijiyyah dari kaklong Nurun dan kakngah Tasnim, maka aku teruskan pembacaan dan anak-anak kusyuk mendengar sambil di selangi dengan beberapa tingkahlaku pergerakan dan lakonan dari kakngah ...