Ceritera Cinta Murabbi Terulung
Bersempena dengan sambutan maulidur rasul yang kita sambut setiap tahun,ana tertarik untuk mencoret sesuatu bagi mengisi ruangan ini. Detik 12 RabiulAwal,semua individu di seluruh pelosok dunia ini yang mengikuti dan mengetahui sejarah peradaban dunia mahupun sejarah islam mengakui bahawa telah lahirnya seorang Insan Yang Menjadi Pilihan Allah dan Insan Yang dinantikan kelahirannya oleh seluruh isi dunia pada masa itu,yang dapat mengembalikan keharmonian dunia dan sahsiah masyarakat dunia pada masa itu,Beliau yang ana maksudkan dan telah pun diketahui oleh pembaca,tak lain insan yang dimaksudkan adalah Insan Yang Ke Atasnya Selawat Dan Salam,Kekasih hati kami dan kekasih ALLAH SWT Nabi MUHAMMAD SAW. KelahiranNya ke atas dunia ini bagaikan Penyelamat ke atas dunia.Seprti mana yang kita ketahui dari sirah kehidupan Baginda,banyak liku-liku kesusahan dan kepayahan,jika kita perhatikan Baginda juga diuji oleh ALLAH SWT ketika masih bayi lagi sehingga Baginda dewasa,apetah lagi selepas Bagi...