Posts

Showing posts from July 11, 2010

~muhasabah~ | dimana solat kita |

Image
Assalammualaikum wt. wbt.. Salam penuh kasih sayang mengunjungi kalian semua, semuga semuannya di dalam dakapan kasih sayang Allah swt. sidang pembaca yang dikasehi kerana Allah swt. jua... Marilah sama-sama kita menyemak solat-solat kita...adakah kita lakukan bersama-sama dengan kehadiran hati kita atau sebaliknya. Di sini ingin dikongsikan bersama-sama dari seseorang semuga individu tersebut sentiasa didalam rahmat Allah swt. petikan ini berguna buat kita semua. SAYA SOLAT LIMA WAKTU TAPI Ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja Dan pada masa lainnya saya lupa padaNya Jika Solat saya 10 minit,maka cuma 10 minit itu saja ingat pada Nya Mungkin dalam 10 minit itu pun saya masih ingat selain drpd Nya. Sujud, rukuk, iktidal dalam solat saya masih kosong... Saya solat lima waktu tapi.... Saya tidak bersyukur pada Nya Padahal dulunya saya amat susah, Allah yang memberi rezeki pada saya Dengan rezeki itu saya dapat membeli rumah Dengan rezeki itu saya dapat menampung keluarga Dengan rez...