mereka yang mulia
Wahai setiap hati yang Allah kasihi; Hati fitrahnya perlu diperingatkan selalu, Moga dengan catatan kecil ini hati tersentuh untuk tertingkat ketaqwaan. Rasulullah SAW berkata dalam wasiatnya kepada Abu Hurairah, "Wahai Abu Hurairah! Hendaklah engkau mengikut jalan sesuatu kaum. Jika manusia lain merasa takut, mereka tidak takut. Jika manusia mencari keselamatan dari api neraka, mereka tidak takut." Abu Hurairah bertanya, "Siapakah mereka itu? Terangkan dan jelaskan mereka itu padaku hingga aku dapat mengenalinya." Rasulullah menjawab, "Suatu kaum dari umatku di akhir zaman. Mereka berkumpul pada hari kiamat di tempat berkumpulnya para nabi. Manusia lain menyangka bahawa mereka adalah para Nabi dari keadaan yang mereka lihat. Apabila aku katakan, "Umatku, umatku." Maka para makhluk mengetahui bahawa mereka bukanlah para Nabi. Mereka berlalu seperti kilat dan angin. Pandangan mata yang hadir kagum dengan cahaya...