Posts

Showing posts from January, 2013

terpesona dengan keindahan,tersembunyi penipuan ",

Image
source: asiantown.net

Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4

Image
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Kandungan pelajaran bagi Asuhan Tilawah al-Quran terbahagi kepada 3 iaitu; 1. Bacaan surah 2. Hafazan surah 3. Kefahaman surah Kandungan bacaan surah ada 4; 1. Surah al- Baiyyinah 2. Surah at-Tin 3. Surah a-Qadr 4. Surah al-'Alaq Manakala kandungan hafazan surah ada 3 unit; 1. Surah al-Qariah 2. Surah al-'Adiyat 3. Surah az-Zalzalah Dan kefahaman surah mengandungi 1 unit sahaja iaitu Kefahaman Surah al-Ma'un. Maksud ayat: 1.  Tahukah engkau orang yang mendustakan agama (meliputi      hari pembalasan)? 2.  Mereka itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada       anak yatim. 3.  Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak      diterima oleh orang miskin. 4. (Kalau orang yang demikian dikira daripada bilangan orang yang      mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang      ahli sembahyang. 5.  (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan      sembahyangnya.

Pinggan Untuk Ayah

Image
Seorang lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur. Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka

أنا و الحروف kssr tahun 1

Image

keikhlasan

Image
GURU: “Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,” MURID: “Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.” GURU: “Tak payah, bawa sahaja karung guni.” MURID: “Karung guni?” (seperti tidak percaya.) GURU: “Mari kita ke pasar!” Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu. GURU: “Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan. MURID: “Cukup?” GURU: “Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar. MURID: “Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?” GURU: “Tidak. Bukankah karung guni yang kamu pikul telah penuh?” MURID: “Ya, ya…” (sambil memikul guni yang berat itu kepenatan). RAKAN LUAR: “Banyak beli barang,” (apabila melihat anak murid itu memikul

Mana Lebih bererti?

Image
Sama-sama dibuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Seketika bersama.. akhirnya mereka berpisah keluar dari Bank dan beredar di masyarakat. 4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yg RM100 bertanya kpd RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerana selepas aku keluar dari bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari pembawa beca, penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 bertanya balik kpd RM100, "Knp kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & juga hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet" Lalu RM1.00 bertanya lg, "Pernahkah engkau singgah di tempa

rumput kasih sayang

Image
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:   Pelajar   :   Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? Cikgu  :   Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. Pelajar  :   Baiklah...apa yang saya harus buat? Cikgu  :   Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.   Pelajar  :   Ok. Saya pergi sekarang dan

Kerana Manisnya Epal

Pertemuan dua hati oleh Allah melalui sebiji epal.... "Indah sungguh suasana di tepi sungai ini. Airnya mengalir tenang dan anginnya bertiup lembut. Biarlah saya duduk di sini untuk berzikir kepada Allah," kata Abu Salleh sendirian lalu duduk di tepi sungai. Sungai itu terletak di sebuah pekan kecil bernama Jilan. Di situlah tempat tinggal Abu Salleh. Dia berasal dari keturunan Imam Hassan, salah seorang cucu Nabi Muhammad. Ketika dia sedang berzikir, terpandang olehnya sebiji epal hanyut di tebing sungai. Perutnya yang memang belum diisi sejak awal pagi berbunyi beberapa kali. "Mungin ini rezeki untuk saya," katanya lalu mengambilnya. Abu Salleh memakan sebiji epal itu sehingga habis. Tiba-tiba dia berdiri dengan wajah yang terkejut, "Saya memakan epal ini tanpa izin tuannya. Tentu pemilik epal ini berada di hulu sungai." Abu Salleh berjalan menyusur tebing sungai menghala ke hulu sambil memerhati kesekeliling kalau-kalau ada pokok epal di situ. Jauh dia