Posts

Showing posts from April 23, 2010

Abdullah Bin Mas’ud R.A.

Abdullah bin Mas’ud bin Ghafil bin Habib bin al-Huzali, Abu Abd. Al-Rahman.Ibunya ialah Ummu Abdillah daripada qabilah Huzali juga.Beliau merupakan golongan yang mula-mula masuk Islam.Diriwayatkan bahawa beliau orang yang keenam memeluk Islam.Antara manaqibnya ialah beliau orang yang pertama menyaringkan bacaan Al-Quran di Makkah di hadapan orang kafir.Berhijrah ke Kota Habsyah kemudian ke Madinah, menyertai peperangan bersama Rasulullah S.A.W. iaitu Badar, Bai’ah al-Ridhuan dan semua peperangan. Seterusnya menyertai peperangan Yarmuk selepas kewafatan Rasulullah.Beliau dimuliakan dan dikasihi oleh Rasulullah S.A.W.Pernah berkhidmat sebagai khadam Rasulullah S.A.W. dengan penuh amanah.Memegang banyak rahsia Rasulullah S.A.W.Menjadi teman Rasulullah S.A.W. dalam musafir.Beliau diizinkan masuk bertemu Rasulullah pada sepanjang masa dan membawa siwak, sepatu dan air untuk Rasulullah S.A.W.Termasuk di kalangan ulama sahabat yang besar dan menghafaz Al-Quran.Rasulullah S.A.W. pernah berkata...

UCAPAN DASAR YDP LEMBAH PANTAI SEMPENA MESYUARAT AGUNG PAS KALI KE -22/2010

Terima kasih akhi pengerusi majlis merangkap Ketua DPP LP, Yang Berhormat Dr. Hj. Mohd Hatta Ramli, Bendahari PAS Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan, Yang Berhormat Pn. Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ybhg. Dr. Ust. Hj. Azhar Yaakob, Tim. PJ PAS WP merangkap mantan YDP Lem Pantai, Tn. Hj. Nik Hamdan dan Tn. Hj. Sulaiman Bujang merangkap mantan2 YDP Lem Pantai, pemerhati daripada PAS WP, Tn. Hj. Osman selaku tuan rumah, seluruh AJK PAS Lem Pantai, para perwakilan drp. dewan2, caw2, Unit Amal, Amal Nisa’, guru-guru PASTI dan seterusnya para pemerhati sekalian. Assalamualaikum wrh. Segala puji dan syukur kita rafakkan kpd Allah (s.w.t) di atas rahmat dan kasih sygNya yang membuka ruang kepada keberadaan kita di dalam majlis ini pd hari ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad (s.a.w) yg menjadi cth teladan kpd kita di dalam setiap gerak dan langkah kehidupan terutama di dlm urusan perjuangan dan jihad. Juga ke atas ahli keluarga baginda,...

Kronologi Peristiwa Pengerusi DPMT Dengan Pegawai JPMK

Encik Khairi Jalalluddin - Pegawai JPMK Ustaz Dzulhilmi Roslan - Pengerusi DPM Tanta Menurut status Encik Khairi Jalaluddin di halaman Facebooknya sekitar jam 12:00 tengahari semalam (21 April 2010), tertulis “ada ke pelajar al-azhar mengaku jd wakil kedutaan di tanta. bila masa kedutaan bagi surat pelantikan?..pelik". Persoalannya, siapa yang mengaku jadi wakil kedutaan? Kenapa pegawai ini tidak profesional dalam membuat sesuatu tindakan? Buatlah siasatan terlebih dahulu. Jangan tuduh melulu. Kronologi Peristiwa Yang Berlaku 18 April 2010 (sekitar jam 3:00 petang) Wakil Amnu Daulah (Pihak Keselamatan Mesir) telah menghubungi Pengerusi sebanyak 8 kali. Ketika itu Pengerusi berada dalam kuliah dan saya sendiri bersama dengan beliau. Sejurus habis kuliah, Pengerusi terus menghubungi wakil Amnu Daulah tersebut lalu diberitahu bahawa ada wakil Safarah (kedutaan) akan datang ke Tanta dan telah pun menempah Hotel ‘Arafah berdekatan Mahattah (Stesen Keretapi) Tanta. Kami seterusnya ber...

Tragis pekerja Indonesia, diperkosa 6 pemuda mesir dikawasan sampah

jalan2,jumpe berita ngeri ni...huhuhu.... Dari Web 23 April 2010: - Tragis pekerja Indonesia dimesir, diculik, diserkap, diperkosa 6 pemuda mesir ditempat pembuangan sampah ini disiarkan INFOKINI sebagai renungan bagi semua supaya mengambil langkah berjaga-jaga. Berita tragedi ini disiarkan semalam oleh laman Web " eramuslim.com " (bertarikh pada 22 April). Negeri "Ketika Cinta Bertasbih" Ternyata Tak Seindah Kisah "Ayat-Ayat Cinta" Admin membuat posting (copy post) tentang kejadian yang dilaporkan dilaman web http://www.eramuslim.com/ kepada umum disebabkan atas permintaan pengunjung bernama " RINDA ". Post kali ini diharap sedikit sebanyak dapat diambil pengajaran supaya diambil langkah berhati-hati oleh semua warga asing dibumi mesir. Sejauh mana kebenaran sumber berita dibawah, itu perkara kedua, tetapi pengajaran wajar diambil dari hal yang berlaku, kerana sudah sering kita dengari. Admin sendiri mempunyai rakan-rakan pelajar indonesia dimes...

Kepimpinan Sebagai Tanggungjawab dan Amanah

Image
Memandangkan ulama mufassirin menyentuh tentang kekuasaan sebagai satu amanah, maka sedikit komen tentang tanggungjawab yang penting ini. Apabila terlibat dengan tampuk kepimpinan, antara tanggungjawab kepemimpinan yang diwahyukan kepada para nabi dan rasul seperti yang dijelaskan oleh al-marhum Ustaz Mustafa Masyhur di dalam al-Qiyadah wal Jundiyyah adalah seperti berikut : 1. Objektif Islam untuk diamalkan dalam kehidupan, membangunkan Islam sebagai cara hidup yang komprehensif. 2. Memelihara ke-universalan tujuan dan medan gerakan dengan semua konsekuensinya tanpa melupakan satu dari aspeknya. ISLAM adalah satu kesatuan yg memiliki berbagai dimensi yang saling menyempurnakan, tanpa adanya pemisahan. 3. Aspek tarbiyyah ahli yg perlu dijaga, kerana ia adalah satu asas keutuhan, tanpanya tidak dapat mewujudkan generasi penerus pewaris dan pendukung kerja2 amal. 4. Pendidikan buat generasi umat Islam, jangan disibukkkan dengan kegiatan yg melalaikan seperti perlumbaan kereta, lumba suar...

taqwa

Sebagai seorang insan, kita tidak akan terlepas daripada taklif atau undang-undang kerana kedua-duanya diadakan untuk kemaslahatan dan kebaikan kita.Tetapi sebagai seorang mukmin, undang-undang Ilahi lebih patut diutamakan daripada undang-undang ciptaan manusia.Antara isi kandungan undang-undang Rabbani ini adalah sifat KETAQWAAN kepada Allah Ta’ala, iaitu melakukan setiap suruhan dan meninggalkan segala tegahan dan perkara haram.Taqwa merupakan suatu ‘antibodi’ bagi umat Islam untuk mengelak virus kemaksiatan sebagaimana badan kita yang memerlukan antibodi untuk melawan penyakit.Masyarakat yang meninggalkan ‘ antibodi’ taqwa ini nescaya akan menemui kerosakan di dalam sistem sesuatu masyarakat itu. Natijah daripada tersebarnya kerosakan masyarakat ini, mereka akan ditimpa dengan kehinaan, kehancuran, kelemahan dan kemudaratan.Maka ketika itu, ramailah para pemikir dan cendiakawan mencari suatu inisiatif untuk mencari penyelesaian terhadap konflik yang melanda untuk mewujudkan suasan k...

Portfolio Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM 2010

Image
Presiden (Pengerusi HEWI, Ketua Lajnah Perhubungan Antarabangsa) Shahrizan bin Mohd Hazime Alor Star, Kedah Darul Aman Tahun 1, Kuliah Master (Fiqh Am) Universiti Al-Azhar +20113771841 ( shbanjari_01@yahoo.com) BP Angkat : Negeri Sembilan & Iskandariah Timbalan Presiden (Ketua Lajnah Perancang Dan Panitia) Muhammad Zuhaili bin Saiman Seri Serdang, Selangor Darul Ehsan Tahun 4, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah +20111956751 ( abezuh@yahoo.com.my) BP Angkat : Kedah & Tanta Naib Presiden 1 (Ketua Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan) Mohd Adlan bin Mokhtaruddin Sungai Buloh, Selangor Tahun 3, Kuliah Usuluddin (Hadis), Kaherah +20116211870 ( mashkadov86@yahoo.com) BP Angkat : Johor & Mansurah Naib Presiden 2 (Ketua Lajnah Muhafazah) Mohammad Azlan bin Hj Alias Mata Ayer, Perlis Indera Kayangan Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah +20144597007 ( izzudin_asfour@yahoo.com) BP Angkat : Pahang & Semua DPM Naib Presiden 3 (Ketua Lajnah Kebajikan & Kemanusiaan) Mohd Farkh...

islam dan tidur

IMAM BUKHARI dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalan...

suruhan amal

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI SHEIKH Muhammad Abu Zahrtah berkata: Allah SWT menerangkan keadaan orang yang beriman ketika hampirnya tercetus peperangan Uhud dan selepasnya. Begitu juga apa yang terkena musibah di kalangan mereka. Kemudian Allah menerangkan penawar kedukaan dan penyakit mereka, seterusnya mengajak mereka untuk memulakan jihad kerana apa yang tertimpa ke atas mereka juga kepada musuh mereka. Allah SWT menerangkan sebab-sebab kekalahan supaya mereka berhati-hati kerana kesilapan boleh mengajar sesuatu kebenaran dengan lebih baik. Ayat ke-159 Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah d...

khasiat makanan sunnah

KHASIAT & KEBAIKANNYA Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya." Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat. 1) KURMA Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wani...

nak jadi cemerlang???/

Masa jalan-jalan dialam maya,terjumpa la benda ni... Artikal tu bertajuk"18 Rules For A Successful Life" 1-Pursue achievable goals 2-Keep a genuine smile 3-Share with others 4-Help thy neighbours 5-Maintain and youthful spirit 6-Get along with the rich, the poor, the beautiful, and the ugly 7-Keep cool under pressure 8-Lighten the atmosphere with humor 9-Forgive the annoyance of others 10-Have few pals 11-Cooperate and reap greater rewards 12-Treasure every moment with your loved ones 13-Have high confidence in yourself 14-Respect the disadvantaged 15-Indulge yourself occasionally 16-Surf the net at leisure 17-Take calculated risks 18-Understand"Money Is Not Everything..." Itulah antara tip-tip untuk berjaya dalam hidup....yang baik kita ambil tauladan dan yang buruk kita ambil sempadan.Yang penting bagi saya, selagi apa yang kita buat tu perkara yang betul dan menepati syara' itulah kejayaan sejati kerana redha Allah Ta'ala adalah segala-galanya.Wallahu ...

siapa kita?

Image
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Siapakah orang...

Kerohanian Dalam Sains

Oleh DR. BAHARUDIN AHMAD MINAT yang mendalam tentang kesejajaran agama dan sains di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) di kalangan ahli sains yang terkemuka masih jelas apabila Prof. Chales Townes memenangi hadiah RM5.7 juta kerana usaha dan pemikirannya tentang kesejajaran di antara agama dan sains. Hadiah itu dimenangi Townes, seorang ahli sains terkenal dari Universiti California di Berkeley di atas minat yang mendalam, ceramah serta tulisannya tentang kerohanian serta bagaimana sistem kerohanian dapat memberikan makna kepada kejadian alam, sama seperti bidang sains fizikal yang juga cuba mencari makna kepada struktur kejadian alam. Kebanyakan ahli sains Eropah yang terkemuka seperti Isaac Newton dan Albert Einstein mempunyai minat sangat mendalam terhadap agama dan ilmu kerohanian sehinggakan mereka dapat mencari sistem kejadian alam melalui kemungkinan-kemungkinan yang telah dinyatakan di dalam sistem kerohanian Yahudi dan Kristian. Begitu juga dengan para ahli sains yang lebih awal...

الأدلة والمناقشة في حكم الغناء إذا اقترن بآلة اللهو

لقد عنى الفقهاء في شتى المذاهب بموضوع الغناء والآلات وبيان أحكامها ، أحيانا في "البيوع" عند الحديث عن بيع آلات اللهو - وهو الذي نحن بصدده - و حيناً في "النكاح" عند الحديث عن إعلانه والضرب عليه بالدّفوف ونحو ذلك ، وطوراً في كتاب "الشهادات" وشروط من تقبل شهادته ، وهل تقبل شهادة المغنيِّ والمستمع له أو لا ؟، وقد يبحث عند الحديث عن تغيير المنكر باليد ، وشروط هذا التغيير ، وهل يعتبر الغناء من المنكر أو لا؟ كما صنفت في موضوع الغناء والآلات (الموسيقي) وبعبارة الأقدمين "السماع" جملة وافرة من الرسائل والكتب ، متفاوتة الأحجام ومتباينة الأحكام من استحباب إلى إباحة إلى كراهة إلى تحريم مع الإطلاق أو مع تقييد ، واستدل كل فريق لمذهبه بما تيسر له من الأدلة لقد رأينا صورة عامة لاختلافات العلماء حول الآلات الإيقاعية والوترية والهوائية والغناء، والآن، إليك بيان أدلة الفريقين في المسألة [1] ، وهي كما يلي:- الفريق الاول : المحرومون وأدلتهم ...

keadilan islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Cinta Agung. Keadilan merupakan perkara yang dituntut dalam agama Islam. Firman Allah Ta’ala: "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat." (QS. an-Nahl :90). Adil lawannya zalim, ADIL bermaksud meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya manakala ZALIM pula, meletakkan sesuatu perkara pada bukan tempatnya. Sebagai contoh, pen yang fungsinya untuk menulis tetapi digunakan untuk membuat perkara yang luar daripada fungsi asalnya. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan pada hari Kiamat…” dan Allah Ta’ala sendiri mengharamkan kezaliman pada diriNya. Wallahu alam. Peristiwa Perempuan Bani Makhzum Yang Mencuri Dalam sejarah, berlaku perkara yang membuktikan bahawa keadilan ini amat dititikberatkan oleh Islam. Kisah seorang perempuan mulia dari Bani Makhzum yang me...