Posts

Showing posts from October 11, 2010

............................................................

Imam Hasan Al-Bana pernah menitipkan :
الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا
فهو دولة ووطن أو حكومة وأمة
وهو خلق وقوة أو رحمة وعدالة
وهو ثقافة وقانون أو علم وقضاء
وهو مادة أو كسب وغنى وهو جهاد ودعوة أو جيش وفكرة كما هو عقيدة صادقة وعبادة صحيحة سواء بسواء . Islam itu adalah Peraturan yang meliputi seluruh kehidupan manusia . Termasuk perbahasan Negara, Negeri, pembentukan kerajaan dan pembinaan Masyarakat , nilai Akhlak, kekuatan, kasih-sayang dan keadilan, Kebudayaan, perundangan, Intelektual dan penghakiman. Islam juga meliputi Material, pendapatan dan kekayaan .Islam juga jihad, dakwah, tentera dan pencambahan idea. Seperti mana ia juga adalah aqidah yang betul dan Ibadah yang benar .

kisah ulama'

Image
Kisah Pertama : Syaitan Cuba Menipu Syeikh Abd Qadir al-Jailani.

Pada satu ketika, saya ternampak suatu cahaya terang benderang yang memenuhi seluruh langit. Kemudian suatu bentuk manusia kelihatan di dalamnya dan ia berkata :
"Wahai Abd Qadir, akulah Allah, Tuhanmu. Aku telah menghalalkan segala perkara yang haram bagimu."

Saya menjawab, "Berambuslah wahai syaitan."
Sebaik saja saya mengucapkan kata-kata tersebut, cahaya di langit tadi bertukar menjadi gelap dan bentuk manusia itu mendesir menjadi asap.

Kemudian saya terdengar seorang berkata :
"Wahai Abd Qadir, aku telah menyesatkan tujuh puluh ahli Sufi dengan cara ini, tetapi Allah telah menyelamatkan kamu disebabkan ilmu dan takwamu."

Mendengar kata-kata itu, saya pun membalas, "Tidak. Itu cuma rahmat Allah Ta'ala."

Sesudah Syeikh Abd Qadir menceritakankan peristiwa tersebut, salah seorang pendengar bertanya, "Bagaimana kamu tahu itu adalah syaitan?"

"Ketika dia berkata d…