Posts

Showing posts from March 20, 2009

Berita Ku Petik Dari Harakahdaily

Ustaz Khairul 'semangatmu' akan terus hidup dijiwa anak muda Badrul Hisham Shaharin Fri | Mar 20, 09 | 2:58:52 pm MYT Ustaz Khairul Azhar mungkin bukan nama besar. Tapi saya kenal secara peribadi dia tidak pernah letih dalam usaha dakwah. Dia orang yang pernah menitis air mata memikirkan nasib anak muda bangsa. Ketua Pemuda PAS Tampin, Khairul Azhar Kamaruddin, 35 meninggal dunia akibat serangan denggi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban, Negeri Sembilan. Beliau kembali ke rahmatullah jam 11 malam semalam dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di perkuburan Masjid Paroi hari ini. Solat jenazah akan ditunaikan di masjid berkenaan dan pengkebumiannya akan dilakukan di makam Masjid Paroi. Semalam saya mengisi sebagai penceramah pertama sebelum Dato' Seri Nizar (MB Perak) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gantang. Sebaik sahaja selesai berceramah satu sms telah masuk ke telefon. Kudin (Pegawai YB Taufek Abdul Ghani) memaklumkan Ustaz Khairul kritikal dan kin