Posts

Showing posts from May 16, 2010

Jauhi bicara aib orang lain

"Jauhkan daripada membicarakan keaiban orang lain atau melukai mereka dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali yang baik," kata Hasan al-Banna. Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam, khasnya para da'ie agar menjaga lidah dan semua ini boleh dilakukan dengan meneropong kesilapan dan kelemahan diri mereka sendiri. Apabila seseorang itu kerap bermuhasabah, meneropong kesilapan dirinya sendiri, mereka akan kurang membicarakan aib orang lain. Dengan ini, terciptalah dunia yang aman. Bagaimanapun, perihal aib ini adalah termasuk dalam kategori aib peribadi. Namun, dalam hal salahlaku pemerintah yang melakukan kesilapan dalam pentadbirannya, maka hal ini tidaklah termasuk dalam perbincangan ini. Ini kerana, perihal salahlaku pemerintah itu mestilah dicegah agar mudaratnya tidak akan melimpah ke atas masyarakat manusia seluruhnya. Sepotong hadis Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa, "Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup ke...

Bekerja Untuk Islam Wajib (2)

SAYA MESTI MEYAKINI BAHAWA BERKERJA UNTUK ISLAM ADALAH WAJIB 3. Wajib Dari Sudut Tuntutan (atau Darurat) Beramal dan bekerja untuk Islam juga merupakan satu kewajipan jika dilihat dari sudut cabaran-cabaran dan serangan-serangan yang dihadapi oleh Islam dan umatnya. Menjadi satu kewajipan bagi umat Islam menyekat penularan fahaman kebendaan dan atheis (fahaman tidak percayakan tuhan) yang berusaha menggugat kewujudan Islam. Banyak negara (umat Islam) yang merintih dan menderita kerana dikuasai oleh orang-orang bukan Islam (kafir) sebagaimana yang dialami oleh rakyat Palestin, Kashmir, Eriteria, Qibrash, Bukhara, Samarkand dan lain-lain. Terdapat juga umat Islam yang menjadi golongan minoriti yang ditindas oleh pemerintah kuku besi. Umat Islam di negara-negara (umat Islam) sendiri banyak yang ditindas oleh golongan-golongan puak kiri (seperti puak sosialis dan puak komunis) atau puak kanan (seperti puak kapitalis). Begitu juga keadaan hidup umat Islam di beberapa tempat yang berada di d...

Bekerja Untuk Islam Wajib (1)

SAYA MESTI MEYAKINI BAHAWA BERKERJA UNTUK ISLAM ADALAH WAJIB Sebenarnya berkerja untuk Islam dalam erti kata yang sebenar ialah berkerja untuk melahirkan individu yang mencerminkan akidah dan syakhsiyah Islam yang syumul sehinggalah lahir masyarakat yang berpegang teguh dengan cara hidup Islam yang sempurna, serta memikul amanah dakwah untuk menegakkan kebenaran Islam di alam ini. Segala keperluan, persediaan dan pra-syarat bagi melahirkan masyarakat seumpama itu adalah dituntut oleh syara’. Kewajipan beramal dan bekerja untuk Islam tidak akan gugur kecuali setelah tertegaknya satu ummah yang memelihara urusan kaum muslimin dan melaksanakan ajaran Islam sepenuhnya. Selagimana ummah ini tidak wujud, maka setiap kecuaian atau pengabaian oleh pekerja Islam atau oleh orang yang tidak turut serta dalam kerja-kerja ini, menurut pandangan Islam adalah satu dosa. Dosa ini tidak akan hilang melainkan orang-orang Islam bersegera bangun memikul tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja untuk menegak...

NASIHAT PERTAMA Deen Itu Nasehat

”...Dan pastilah Allah akan menolong siapa saja yang mahu menolong (agama)-Nya. ..” (Al-Hajj: 40) Dien Itu Nasehat Ad-Diinu An-Nashiihah (agama adalah nasihat). Demikianlah pesan Rasulullah saw kepada kita, dan inilah yang melatar belakangi tulisan kami dalam lembaran-lembaran berikut. Kami menulis ini bukan kerana tidak ada pekerjaan, dan bukan pula kerana ada yang mahu membacanya.. Kami menulis kerana kami merasa ada nasihat yang harus kami sampaikan kepada ikhwah, para aktivis, sebagai satu bentuk penyertaan kami dalam ‘perjalanan’ yang diberkati ini. Perjalanan untuk menegakkan Dien dan meninggikan panji-panjinya. Kami sebagaimana dikatakan oleh seorang sahabat yang mulia, ‘Abdullah bin Rawahah, “Kita tidak memerangi manusia kerana bilangan, kekuatan, dan jumlah kita. Kita hanya memerangi mereka kerana Dien ini. Dien yang Allah swt memuliakan kita dengannya”. Oleh kerana itu, lazim bagi kita untuk berpegang teguh kepada Dien ini melebihi seorang muqatil (tenaga tempur) yang memegan...

MENGINGATI MATI

Menurut Imam al Ghazali rahimahullah, manusia terbahagi kepada dua golongan di dalam berhadapan dengan mati: 1.Golongan yang tenggelam dengan dunia dan hiburan serta kemewahan. Mereka ini amat takut dengan mati kerana terlalu kasih dan cintakan dunia. 2.Golongan yang apabila terdengar tentang kematian atau tazkirah bersangkutan dengan kematian akan timbul rasa takut dan bimbang akan nasib di alam kubur. Kesannya mereka akan bertaubat dan berusaha menjauhkan diri dari maksiat dan mendekatkan diri dengan Allah Taala. Dalam masa yang sama mereka tidak meninggalkan dunia kerana mengingati mati itu menjadikan mereka sangat mengambil berat tentang ibadah dan ilmu pengetahuan. Hasilnya mereka memahami Islam yang sebenar yang menyuruh umatnya bekerja untuk dunia dan akhirat, manakala ingat mati menjadi benteng memelihara kerja keduniaan mereka supaya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Imam Ghazali juga telah menerangkan tentang cara mengingati mati, di antaranya: 1) Ingat kepada rakan at...

PENDIDIKAN BESTARI PEMANGKIN KEGEMILANGAN

Informasi kini di hujung jari Cabaran mendidik semakin tinggi Kita perlu sedia berubah dan berhijrah Mencorak bangsa di arus zamannya Guru bestari penggerak wawasan Melahirkan generasi terbilang Menguasai ICT menjana nilai budi Merentas sempadan globalisasi * Demi agama, bangsa dan negara Satukan hati dan semangat waja C/o Pendidikan bestari pemangkin kegemilangan Budaya teknologi marilah semarakkan Pendidikan bestari pemangkin kegemilangan Menjamin kualiti merintis kejayaan (Ulang * dan C/o) Semoga keikhlasan diberkati Lagu dan gubahan muzik Rosman Adam Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor Lirik Mohd Surani Shairi sumber - lagu tema hari guru

lagu guru Malaysia...

Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

etika kepimpinan-sempena hari guru

TANGGUNGJAWAB " Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah, setia dengan penuh minat, disiplin dan dedikasi. " Sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan negara dan tidak mementingkan diri sendiri. " Sentiasa berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi. " Membuat pertimbangan yang teliti dan adil sebelum membuat keputusan dan tegas dalam melaksanakannya. SIKAP " Sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling dan berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. " Sentiasa bersikap positif dan bertanggungjawab. " Mempunyai fikiran yang terbuka dan sedia menerima teguran dari semua pihak untuk faedah organisasi dan negara. " Mengambil berat tentang masalah yang dihadapi rakan sejawat, baik pihak atasan mahupun rakan sejawat dibawahnya. PERAWAKAN DAN PERIBADI " Mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekeri dan perawakan yang baik. " Sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi masalah dan cabaran. " ...

Selamat Hari Guru

Image
BERBURU ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin ...