Kuih Raya dan PKP
Sejak dari awal perintah kawalan pergerakan, saya dan isteri sudah merancang untuk duduk di rumah sahaja bagi meraikan hari raya pada tahun ini, maksudnya raya di perantauan sahaja bersama anak-anak, Bila dah diumumkan PKP dilanjutkan dari fasa 1 ke 2, maka keputusan yang kami rancang makin kukuh, untuk beraya di Lahad Datu Sabah tahun ini, Banyak perkara yang difikir dan dibincangkan sehingga terhasilnya sebuah keputusan, maklumlah, bukan cuti biasa, cuti sambut hari raya kot, tapi alhamdulillah, mungkin Allah ada rancangan kepada hambanya yang lemah ini, Untuk saya, sambut raya di perantauan ini boleh dikatakan biasa, walaupun kali terakhir beraya di 'oversea' ini, kali terakhir 11 tahun yang lepas, tapi berbeza untuk isteri (Nur Hazirah N Roslizan) dan anak-anak, ini mungkin pengalaman pertama mereka, apa-apa pun, bersyukur kerana masih bersama keluarga kecilku yang tercinta bersama-sama, Alhamdulillah, Jadi, selaku orang yang berpengalaman raya di kejauhan, kitalah...