Posts

Showing posts from 2013

Lagu Sekolah

Image
Sk Tanjung Labian, Destinasi utama ilmu, Agar menjadi pedoman, Agar hidup sentiasa maju, Sk Tanjung Labian, Namamu indah diingatan, Sepanjang hayat tersemat, Jasamu tetap diingat, Cita-cita bersemadi, Dari bimbingan guru sejati, Penggerak semangat juang, Jasamu tetap dijulang Sk Tanjung Labian, Kaulah tunggak kemegahan, Warisan sepanjang zaman, Tegak berdiri capai wawasan.

DUnia Pendidik

Image
Alhamdulillah, bersyukur kepada Tuhan sekalian alam, sekian lama ruangan ini ditinggalkan bagi memenuhi tuntutan sebagai pemegang amanah dan agen penyebar ilmu, akhirnya dapat juga menyelinap mencuri masa untuk menulis. Kini saya berada di suatu kawasan yang menarik bagi diri saya, kawasan persekitaran sekolah yang berhadapan dengan lautan biru yang luas, menyegarkan mata, jauh dari keluarga yang tercinta, jauh dari kesibukan ibu kota. Jika satu ketika dulu, saya berkhidmat sebagai pendidik di SJK (C) Lai Meng, di tengah-tengah kesibukan bandaraya, berhampiran dengan KLCC, kini, saya di tempatkan di sekolah yang jauh dari bandar, terletak dipenghujung peta Sabah Sekolah yang mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk ke Bandar Lahad Datu, terletak di Tanjung Labian, jika dilihat di dalam peta, ianya terletak di hidung :) Alhamdulillah, saya disini, mencurah bakti, ingin berkongsi, menyampaikan amanah ilmu, buat anak bangsa sendiri, moga-moga doa diiringi, b

Budak Paling Bodoh Dalam Dunia

Image
Budak Paling Bodoh Dalam Dunia Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata. Mamak: “Tgk budak yang pakai baju Power Ranger itu adalah budak yang paling bodoh didunia” Pelanggan: “Naper awak cakap macam tu mamak?” Mamak: “Awak tgk ni..” sambil memanggil Ajoi datang kepadanya. Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wangkertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi. “Nah awak ambil la duit ni,awak pilih yang mana?” Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari. Mamak:” Hahaha kan saya dah kata! Bbudak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!” Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi. Sumardi: “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?” Ajoi: “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau

Fahami Surah Al-Fatihah

Image

Nasihat Ramadhan

Image

Anda mampu mendidiknya

Image
Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?" Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package." Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya." Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!" Abah: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah Kak Bedah, Jalan Ampang, tepi kedai tepon, sebelum roundabout, trafik light yang ketiga setelah ba lai polis tu." Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!" Abah: "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau ko melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni." Pemuda: "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho." Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya. Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran kel

Twit...tweet..

Image
Assalamualaikum, https://twitter.com/ejanns

RAMADAN

Image
umat islam dianjur membanyakkan membaca al-Quran dalam bulan Ramadan. RAMADAN dan sinarnya kembali bertandang menemui sekalian hamba kalangan umat Islam. Bulan setiap hamba diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Pada bulan ini setiap hela nafas menjadi tasbih, tidur menjadi ibadah, amalan diterima dan doa-doa diperkenankan. Tatkala mengingatkan imbauan silam saat junjungan besar Rasulullah SAW dan para sahabat amat girang serta tidak sabar-sabar menanti ketibaannya pada setiap tahun, terdetik persoalan di manakah kita dalam meneladani dan menghayati Rasulullah SAW di madrasah Ramadan yang penuh keberkatan ini? Bulan dan detik-detik yang sarat dengan kebaikan, peluang sisa umur yang sangat indah sebelum terlena kerana adakah masa yang paling indah daripada Ramadan untuk melakukan munajat kepada Allah dengan berdiri menghadap Rabb al-Izzati sambil mendengar alunan ayat-ayat-Nya yang menghiasi pendengaran, membersihkan hati dan menambahkan keimanan dalam diri

hikmah dan usaha

Image
Kisah seorang Pakcik yang buta huruf bekerja sebagai penjaga sekolah. Sudah ± 20 tahun dia bekerja disana. Suatu hari, Guru Besar sekolah itu diganti dan membuat peraturan baru. Semua pekerja mesti boleh membaca dan menulis; maka penjaga yang buta huruf itu, terpaksa tidak dibenarkan bekerja lagi, dia pun diberhentikan dari pekerjaannya. Awalnya, dia sangat sedih! Dia tidak berani langsung pulang ke rumah dan memberitahukan isteri dan anak2nya. Dia berjalan pelan2 menelusuri jalanan yg biasa dilaluinya setiap hari. Tiba² muncullah ideanya untuk membuka sebuah kedai runcit di jalanan itu. Tidak disangka, usahanya berjaya, dan kedainya pula makin bertambah besar. Kini, Pakcik tadi menjadi seorang Peniaga yang sukses dan berkembang maju. Suatu hari, dia pergi ke Bank untuk membuka Akaun Simpanan Saham, namun kerana buta huruf, dia tidak tahu mengisi borang sehingga terpaksa dibantu oleh pegawai Bank yg bertugas. Pegawai Bank itu pula sempat berkata, : "Wah, wlu pun Pakcik buta

Pulanglah Natrah..

Image
Pulanglah Natrah by al-Wadi Aaaaaa.. Di Sebuah Desa Yang Permai, Kisah Ini Terjadi, Gadis Yang Berbudi Pekertinya Tinggi, Oh.. Natrah Nama Diberi.. Di Sebuah Desa Nan Indah, Ditemani Suami tercinta, Kasih Ibu Tua Penuh Nostalgia, Namun Hanya Sementara.. Tiba-tiba..Lembayung Senja, Meragut Sutera Iman Di Hatinya, Tiba-tiba..Samudera hampar Merempuh Tembok Hidayah Di dadanya.. Dan Natrah... Dan Natrah.... Menangis Tersendu, Merenung Suratan, Yang Tak Pernah Diduga.. Natrah Kini Dibawa Pergi, Entah Bila Kan Kembali, Tak Upaya Ia Mengulangi, Kisah Masyitah Yang Tinggi, Hanya Doa Petunjuk Ilahi, Cinta Kan Bersemi Lagi.. Di Sebuah Desa Nan Indah, Ditemani Suami Tercinta, Kasih ibu Tua Penuh Nostalgia, Namun Hanya Sementara.. Demi Cinta dan Air Mata, Kau Harungi Lautan Ombak Bergelora, Demi Cinta Yang Terlerai, Kau Dijejaki Lembah Derita.. Oh Natrah Andai Kau Mendengari (..aaaaaa), Suara Hati Kecilku Ini (..aaaaaa), Ku Pujuk

kisah...

Seorang lelaki bernama Manan datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambut dan janggutnya. Dia pun memulakan sedikit perbualan yang hangat dengan tukang gunting yang melayaninya. Berbagai macam topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan jadi subjek perbualan. Tukang Gunting: "Encik, saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang encik katakan tadi." Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa anda berkata demikian?" "Mudah saja,cuba encik menjengok ke luar tingkap itu dan sedarlah bahwa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? Mengapa banyak anak yang terbiar?. Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi..." ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh. Manan pun berpikir tentang apa yang baru saja dikatakan oleh tukang gunting. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau

terpesona dengan keindahan,tersembunyi penipuan ",

Image
source: asiantown.net

Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4

Image
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Kandungan pelajaran bagi Asuhan Tilawah al-Quran terbahagi kepada 3 iaitu; 1. Bacaan surah 2. Hafazan surah 3. Kefahaman surah Kandungan bacaan surah ada 4; 1. Surah al- Baiyyinah 2. Surah at-Tin 3. Surah a-Qadr 4. Surah al-'Alaq Manakala kandungan hafazan surah ada 3 unit; 1. Surah al-Qariah 2. Surah al-'Adiyat 3. Surah az-Zalzalah Dan kefahaman surah mengandungi 1 unit sahaja iaitu Kefahaman Surah al-Ma'un. Maksud ayat: 1.  Tahukah engkau orang yang mendustakan agama (meliputi      hari pembalasan)? 2.  Mereka itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada       anak yatim. 3.  Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak      diterima oleh orang miskin. 4. (Kalau orang yang demikian dikira daripada bilangan orang yang      mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang      ahli sembahyang. 5.  (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan      sembahyangnya.