Posts

Showing posts from July 17, 2013

RAMADAN

Image
umat islam dianjur membanyakkan membaca al-Quran dalam bulan Ramadan. RAMADAN dan sinarnya kembali bertandang menemui sekalian hamba kalangan umat Islam. Bulan setiap hamba diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Pada bulan ini setiap hela nafas menjadi tasbih, tidur menjadi ibadah, amalan diterima dan doa-doa diperkenankan. Tatkala mengingatkan imbauan silam saat junjungan besar Rasulullah SAW dan para sahabat amat girang serta tidak sabar-sabar menanti ketibaannya pada setiap tahun, terdetik persoalan di manakah kita dalam meneladani dan menghayati Rasulullah SAW di madrasah Ramadan yang penuh keberkatan ini? Bulan dan detik-detik yang sarat dengan kebaikan, peluang sisa umur yang sangat indah sebelum terlena kerana adakah masa yang paling indah daripada Ramadan untuk melakukan munajat kepada Allah dengan berdiri menghadap Rabb al-Izzati sambil mendengar alunan ayat-ayat-Nya yang menghiasi pendengaran, membersihkan hati dan menambahkan keimanan dalam ...

hikmah dan usaha

Image
Kisah seorang Pakcik yang buta huruf bekerja sebagai penjaga sekolah. Sudah ± 20 tahun dia bekerja disana. Suatu hari, Guru Besar sekolah itu diganti dan membuat peraturan baru. Semua pekerja mesti boleh membaca dan menulis; maka penjaga yang buta huruf itu, terpaksa tidak dibenarkan bekerja lagi, dia pun diberhentikan dari pekerjaannya. Awalnya, dia sangat sedih! Dia tidak berani langsung pulang ke rumah dan memberitahukan isteri dan anak2nya. Dia berjalan pelan2 menelusuri jalanan yg biasa dilaluinya setiap hari. Tiba² muncullah ideanya untuk membuka sebuah kedai runcit di jalanan itu. Tidak disangka, usahanya berjaya, dan kedainya pula makin bertambah besar. Kini, Pakcik tadi menjadi seorang Peniaga yang sukses dan berkembang maju. Suatu hari, dia pergi ke Bank untuk membuka Akaun Simpanan Saham, namun kerana buta huruf, dia tidak tahu mengisi borang sehingga terpaksa dibantu oleh pegawai Bank yg bertugas. Pegawai Bank itu pula sempat berkata, : "Wah, wlu pun Pakcik buta...