Posts

Showing posts from August 7, 2010

persediaan Ramadhan

Image
alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengisi kekosongan ini dengan beberapa peringatan,memandangkan kita akan menerima kunjungan Ramadhan tidak lama lagi,jadi apakah persediaan kita untuk menyambut dan menghidupkan bulan yang mulia ini,bulan yang banyak ditawarkan promosi-promosi pahala...

Bagaimanakah cara terbaik menyambut ketibaan bulan yang mulia ini? Hal ini supaya seorang muslim itu tidak leka di dalam musim beramal ini dan semoga dia termasuk orang yang berlumba-lumba dan bersaing di dalam beramal ibadah di dalam bulan ini. Firman Allah: “Maka hendaklah berlomba-lomba orang yang berlomba-lomba”. (Al-Mutaffifin: 26)
Seorang muslim sewajarnya menyambut Ramadhan dengan melakukan perkara berikut:
1.Berdoa supaya Allah menyampaikan anda ke bulan Ramadhan dalam keadaan yang sihat sejahtera supaya giat dan cergas beribadah kepada Allah; berpuasa, qiam, zikir. Dari Anas bin Malik r.a berkata: “Nabi saw apabila tiba bulan Rejab baginda akan berdoa: “ Ya Allah berkatilah kam…