Posts

Showing posts from January, 2011

APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG

Engkau ingin berjuang, Tapi tidak mampu menerima ujian Engkau ingin berjuang, Tapi engkau rosak oleh pujian Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan Engkau ingin berjuang, Tapi tidak begitu setia kawan Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sanggup berkorban Engkau ingin berjuang, Tapi ingin jadi pemimpin Engkau ingin berjuang, Menjadi pengikut agak segan Engkau ingin berjuang, Tolak ansur engkau tidak amalkan Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sanggup menerima cabaran Engkau ingin berjuang, Kesihatan dan kerehatan, Tidak sanggup engkau korbankan Engkau ingin berjuang, Tapi tidak mampu menerima ujian Engkau ingin berjuang, Tapi engkau rosak oleh pujian Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan, Engkau ingin berjuang, Masa tidak sanggup engkau luangkan Engkau ingin berjuang, Karenah isteri tidak kau tahan Engkau ingin berjuang, Rumahtangga lintang-pukang Engkau ingin berjuang, Diri engkau tidak engkau tingkatkan Engkau ingin berjuang, Disiplin diri e

अदिक-बेरदिक

Adik-beradikku… Abangnya hebat bekerja…membantu tanpa mengenal siapa, Merancang dan menjaga keluarga.. Membela dan berhadapan sehabis daya.. Adiknya mampu berkata-kata.. Petah tuturnya tidak terkata.. Bertahan dan menghentam itu kelebihannya Menyampaikan ilmu melalui lisannya… Adiknya pula kreatif tidak terkata.. Orang menolak,dia boleh menerima.. Orang ambil,dia buang pula… Membina,mencipta memang kelebihannya.. Adikku pula rajin berusaha.. Tidak kenal putus asa.. Bersemangat dalam melakukan kerja.. Bila ditanya,tak tahu penyudahnya… Si adik sibuk mengata,akan abang yang jarang bersua muka.. Dikata si abang tak memikirkan keluarga.. Apakan daya,si abang bekerja tanpa melihat sengsara, berkorban segala tanpa diperlihat kesusahannya.. sedang si abang pun melihat adik-adiknya tiada kerja.. meminta tolong,si adik menarik muka.. meminta tolong ,si adik nampak memaksa..

Tolonglah teman...

Tolonglah teman.. Menafsir dan menilai kesalahan diri Perkara yg mudah dirasai Hakikat ingin membawa perubahan diri Pun sebenarnya sudah dijiwai Tinggal aqal, gerak hati, tangan dan kaki Yang menentukan Catatan di kanan atau dikiri Yang paling banyak dihisabi Tolong teman, Jangan dilambatkan misi ini, Tarbiyah telah diberi, Tazkirah pun sudah banyak jadi makanan rohani, Kan kesatuan yang sedang di cari, Kenapa masih leka dengan duniawi Tolonglah teman, Tinggalkan perkara leka dan menyesatkan jiwa, Bantu mereka dalam barisan yg telah diamanahkan kpd kita, Kelak kita akan ditanya, Apa sumbangan pada agama Tolonglah teman... Pesanan buat sekian kalinya untuk kita, Jangan kerana kita Islam terfitnah, Jangan kerana kita kesatuan boleh berpecah, Jangan kerana kita menggoyah perjalanan dakwah Tolonglah teman, Mengharapkan buah fikiran kamu, Bersama-sama menggerakkan matlamat yang satu, Moga hati-hati kita kembali bersatu, Menjulang perjuangan yang kita bina suatu ketika dulu, Agar berte

watak sahabat sejati..

Al-Qamah berpesan kepada puteranya : "Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu bersahabat, maka pilihlah sifatnya yang berikut: 1.Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu. 2.Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu. 3.Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu. 4.Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik. 5.Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu. 6.Jika ia melihat yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya. 7.Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya. 8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu. 9.Jika datang suatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu). 10.Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu. 11.Jika

taqwa

Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang paling unik, paling hebat dan paling gagah. Sebagai Khalifah Allah di muka bumi, mereka telah dibekalkan dengan potensi-potensi diri yang hebat untuk mencapai kecemerlangan di dalam hidup. Dengan potensi fizikal, akal, emosi dan ruh, seseorang itu boleh melangkaui segala kejayaan yang dicapai orang lain. Manusia benar-banar dicipta untuk berjaya. Tidak kira siapa kita, baik sebagai anak, ibu bapa, usahawan, pelajar, guru, pendakwah, pemimpin masyarakat dan sebagainya, kita semua mempunyai peluang yang sama untuk berjaya dan cemerlang. Bukankah kelahiran kita kedunia ini hasil kejayaan 'perjuangan' kita di alam rahim dahulu? Sebenarnya, detik awal kehidupan kita sudah pun dimulai dengan kejayaan! Kerana itu, mengapa harus kita hilang peduman, lemah semangat, putus asa dan berserah pada takdir semata? Kegagalan bukan untuk ditangisi, tetapi suatu momentum untuk kita bangkit kembali. Bukankah dunia ini tempat ujian? Maka gunakanlah seluruh

Kronologi Provokasi Penukaran BKKIMM kepada IMAM

KRONOLOGI PROVOKASI PENUKARAN BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR (BKKIMM) KEPADA SUATU KOMUNITI BARU YANG DIBERI NAMA IKATAN MAHASISWA ANAK MELAKA (IMAM) TARIKH / HARI WAKTU PERISTIWA 28.12.2010 Selasa 11.00 pagi · Bertempat di kediaman rasmi Y.Bhg TYT Prof Madya Dr. Fakruddin Bin Abdul Mukti, YAB Datuk Ser Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam telah menyatakan di dalam ucapannya untuk menukar persatuan yang sedia ada ( BKKIMM ) kepada persatuan baru yang tiada kaitan dengan PMRAM yang dianggap sebagai persatuan yang mirip kepada parti pembangkang. · Di dalam ucapan YAB Datuk Seri juga telah mengumumkan persatuan yang bakal menggantikan BKKIMM diberi nama Ikatan Mahasiswa Anak Melaka ( IMAM ). · Di dalam ucapannya juga, beliau turut menyifatkan bahawa persatuan dan orang-orang lama di dalam BKKIMM sekarang adalah hipokrit. · Para delegasi Kerajaan Negeri