अदिक-बेरदिक

Adik-beradikku…
Abangnya hebat bekerja…membantu tanpa mengenal siapa,
Merancang dan menjaga keluarga..
Membela dan berhadapan sehabis daya..
Adiknya mampu berkata-kata..
Petah tuturnya tidak terkata..
Bertahan dan menghentam itu kelebihannya
Menyampaikan ilmu melalui lisannya…
Adiknya pula kreatif tidak terkata..
Orang menolak,dia boleh menerima..
Orang ambil,dia buang pula…
Membina,mencipta memang kelebihannya..
Adikku pula rajin berusaha..
Tidak kenal putus asa..
Bersemangat dalam melakukan kerja..
Bila ditanya,tak tahu penyudahnya…
Si adik sibuk mengata,akan abang yang jarang bersua muka..
Dikata si abang tak memikirkan keluarga..
Apakan daya,si abang bekerja tanpa melihat sengsara,
berkorban segala tanpa diperlihat kesusahannya..
sedang si abang pun melihat adik-adiknya tiada kerja..
meminta tolong,si adik menarik muka..
meminta tolong ,si adik nampak memaksa..
berbuatlah si abang tanpa banyak kata…
si adik mengadu pada abang akan adiknya,
yang dilihat malas bekerja,
dirasanya dia saje yang berkerja..
mentang-mentanglah petah katanya..
sentiasa mahukan kemenangan dipihaknya..
sikecil juga mengadu pada si abang akan perihal abang di atasnya,
yang suka mengkritik tanpa melihat kemampuannya,
dia melihat dirinya seolah-olah ada dan tiada,
diperlukan , kadang-kadang dibuang…
diamlah si abang, memikirkan adik-beradiknya,
pelbagai karenah dan gaya,
padahal benda yang lebih besar menjadi amanah mereka..
benda-benda samping menjadi ukuran utama….
Dalam meneruskan perjuangnya…
Si abang berpesan kepada adik beradiknya..
Bersatulah kalian dalam bekerja..
menyampaikan amanah yang tertanggung ..
agar kita menjadi penyambung..
takdir menentukan..si abang di minta kembali..
bertemu tuhan di alam yang abadi..
tinggallah adik-beradik yang mula berdikari…
mencari-cari Hikmah yang dimaksudkan…

Comments

Popular posts from this blog

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA