Posts

Showing posts from September 1, 2010

muhasabah

Sahabat yang dikasihi kerana Allah, Mari kita mulakan dengan do'a ini : "Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Tuhan yang menguasai hari pembalasan. Kepada-Mu kami menyembah dan kepada-Mu sahajalah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami kejalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukan jalan orang-orang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat." Sahabat yang dimuliakan, Persaksikan bahawa tidak ada pengatur kecuali Allah dan bersyahadahlah bahawa Nabi Muhammad itu sebagai hamba dan utusan Allah. Fokuskan hati kalian kepada memuja dan mentaati Allah serta mengikut contoh kehidupan ar-Rasul, Muhammad s.a.w. Peliharalah diri kalian dari terikut rentak dan ragam manusia yang dimurkai Allah. Sedarilah tekanan kehidupan hari ini terlalu banyak. Semua gejala tamadun baru yang direka menurut keinginan nafsu hanya bertujuan menyesatkan dan m...