Posts

Showing posts from July 9, 2009

Hikmah Kembara

Image
Assalamualaikum ku ucapkan kepada semua pembaca, gambar ni masa dalam perjalanan pulang dari Matruh ke Kaherah, perjalanan yang sejauh 800km, mengambil masa selama lebih kurang 7jam sekiranya kenderaan dipandu dengan kelajuan 120. Jalan yang panjang,sekeliling sunyi,tak nampak penghujung jalan,tapi,tahu destinasi iaitu Kaherah. Perjalanan yang panjang,tapi sementara dan tidak kekal di atas jalan,apabila tiba di Kaherah(tempat yang di tuju)kita akan teringat jalan2 yang kita lalui tadi. Adakala sempat sampai destinasi dengan selamat,ada juga yang tersangkut di tengah perjalanan,ada yang berkubur sahaja di tepi jalan.Menaiki kenderaan untuk ke destinasi. Saya termenung di dalam bas Begitulah hidup kita melalui satu jalan yang panjang,yang mengambil masa bukan 8jam,mungkin 10tahun,mungkin juga 45 tahun,mungkin juga 85 tahun. Destinasi sudah pun diketahui, Kiri dan kanan tidak sunyi,banyak cabaran di sana-sini, Jalan dilalui beronak duri,berkenderaankan iman yang suci, tetapi....MAMPUKAH K...