taqwa
Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang paling unik, paling hebat dan paling gagah. Sebagai Khalifah Allah di muka bumi, mereka telah dibekalkan dengan potensi-potensi diri yang hebat untuk mencapai kecemerlangan di dalam hidup. Dengan potensi fizikal, akal, emosi dan ruh, seseorang itu boleh melangkaui segala kejayaan yang dicapai orang lain. Manusia benar-banar dicipta untuk berjaya. Tidak kira siapa kita, baik sebagai anak, ibu bapa, usahawan, pelajar, guru, pendakwah, pemimpin masyarakat dan sebagainya, kita semua mempunyai peluang yang sama untuk berjaya dan cemerlang. Bukankah kelahiran kita kedunia ini hasil kejayaan 'perjuangan' kita di alam rahim dahulu? Sebenarnya, detik awal kehidupan kita sudah pun dimulai dengan kejayaan! Kerana itu, mengapa harus kita hilang peduman, lemah semangat, putus asa dan berserah pada takdir semata? Kegagalan bukan untuk ditangisi, tetapi suatu momentum untuk kita bangkit kembali. Bukankah dunia ini tempat ujian? Maka gunakanlah seluruh...