akrab persahabatan
Curahan rahmat Ilahi, mahabbah fillah dan ukhwah sejati umpama embun pagi yang mendinginkan jiwa alam.Tanpa semua ini, kehidupan di mayapada menjadi kering dan gersang.Ukhwah (persaudaraan)Islamiah merupakan ikatan kerohanian yang teguh, hasil tertanamnya iman dalam jiwa. Ianya mampu menerbitkan perasaan belas kasihan yang mendalam mengatasi sebarang ikatan lain, hatta ikatan darah dan keturunan. Hakikat ini telah Rasulullah SAW jelaskan dalam sabda baginda yang bermaksud; "Perupamaan bagi orang-orang yang beriman itu dalam kasih-sayang, belas-kasihan, rahmat-merahmati mereka, umpama jasad. Jika satu anggota mengaduh sakit, akan turut semua anggota merasai sakit dan berjaga malam". Imam Muslim dalam sahihnya ada meriwayatkan sabda Rasulullah SAW; "Sesungguhnya Allah Taala akan berkata pada hari kiamat: Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana kebesaranKu? Pada hari ini, Aku akan melindungi mereka di bawah lindunganKu. Iaitu hari di mana tiada lindungan lain ke...