Posts

Showing posts from November 19, 2010

memperingati tragedi mamali

Image
Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik. Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika it

ibadah korban

Ibadah Korban Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang. ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH… Maksud Korban Menyembelih binatang ternakan yangterdiri daripada unta, lembu, kambing dan kibas yang sampai umur* pada hari raya korban (Aidil Adha) iaitu pada 10 Zulhijjah selepas sembahyang sehingga gelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah. *Umur binatang yang boleh dikorbankan: Unta 5 thn ke atas – 7 bahagian. Lembu, kerbau 2 thn ke atas – 7 bahagian. Kambing 2 thn ke atas- 1 bahagian. Biri-biri, kibas 1 ½ thn- 1 bahagian. ٭Ditegah berkorban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus. Kelebihan Korban Sangat banyak hadis Rasulullah saw yang menerangkan tentang keutamaan berkorban, dan di dalamnya terdapat pelbagai rahsia dan hikmah yang sangat besar. Hadis-hadis tersebut di antaranya: "Tiada suatu amalanpun yang dilakukan oleh manus