Friday, May 14

Kitalah pewaris perjuangan Nabi

Salam perjuangan dihulurkan buat generasi pewaris perjuangan..
SejenakKita renungkan kembali

Saat waktu kita dilanggar hidayah

Semangat kita membara dan berkobar untuk menebar berkongsi cahaya..

Waktu itu semuanya indah dan manis belaka..

Ukhuwah, tahajjud, usrah dan al-Quran

Menjadi teman setia yang sentiasa dirindu..

Saat itu jua kita sanggup berkorban apa sahaja demi dakwah ini..


DAN KINI,

Tanpa kita sedari, sudah bertahun rupanya kita di sekolah tarbiyah..

Sebuah sekolah yang banyak mengajar erti sebuah kehidupan..

Dari menjadi seorang mad’u yang dibelai dan dimanja,

Kini menjadi da’ie yang terpikul berat amanah

Dari menjadi anak usrah, menjadi seorang naqib..

Dari yang dipimpin kepada yang memimpin..


Walau kita merasai beratnya bebanan amanah ini..

Kita terus juga melangkah memikulnya bersama..

Demi memburu redha dan JannahNya..


Tetapi sahabatku, ingatlah..

Bahaya bagi seorang pemimpin ini

Bilamana ada riya’ dan ghurur melekat di hati..

Bila kita mula merasakan kita lebih baik dari yang lainnya..

Nescaya hati kita akan semakin ego dan keras..

Peliharalah hati-hati kita

Agar sentiasa ikhlas keranaNya..


Sahabat pewaris pimpinan akan datang,

Setiap gerak geri kita diperhatikan

Akhlak kita menjadi nilaian manusia

Maka, jadilah qudwah yang terbaik buat semua

Agar kita tidak tergolong dalam golongan

Mereka yang dilaknat oleh Allah..

Yang tidak mengotakan apa yang dikata..


Sahabat seperjuanganku...

Siramilah hati-hati kita dengan taqarrub kepada Allah

Agar hati ini sentiasa hidup segar dalam kemanisan iman

Kerana hanya hati yang hidup

Mampu menghidupkan hati yang mati

Kerana hati yang segar terjaga

Mampu mengejutkan hati yang nyenyak terlena


Sahabatku..,

Peringatan ini sangat dekat di hatiku

Kerna aku sering memerlukannya di kala aku lemah tak bermaya

Ku harap agar kita semua terus cekal dan yakin akan perjuangan ini

Sehingga ke akhirnya..

Berjalanlah, mengalirlah dan teruslah bergerak

Agar dunia ini terang bercahaya dengan nur islam

Kerana kitalah syabab harapan ummah

Kerana kitalah generasi penyambung perjuangan Rasul ini…

BAGAIMANA KITA MENGHADAPI PENDENGKI

Antara langkah-langkah yang dianjurkan oleh Islam selaras dengan
kaedah akhlaknya dan contoh yang ditunjukkan oleh Nabi-nabi ialah berhatihati
terhadap golongan pendengki, menjauhkan diri dan golongan pengumpat,
mengelakkan pergaulan dengan mereka atau mendengar kata-kata mereka.
Semoga dengan ini mereka dapat menginsafi keburukan perangai mereka.
Islam mewajibkan sesiapa yang mendengar apa-apa sebutan yang berdosa
supaya menyelar orang-orang yang membeberkannya. Islam mewajibkan
seorang Muslim mempertahankan nama baik saudaranya. Islam menggalakkan
supaya orang-orang yang menghakis maruah dan nama baik orang lain diberi
pengajaran yang sesuai dengan syara’ dan akhlak Islam. Rasulullah
Sallallahu’alaihi Wasallam pernah bersabda:
“Barangsiapa yang mempertahankan maruah saudaranya ketika saudaranya itu tidak
ada maka wajiblah Allah melepaskannya dari siksa neraka.”
(Hadith riwayat Ahmad)
Orang-orang yang suka mengikut perangai pendengki dan golongan
pengumpat, yang menjadi batu api, suka mendengar kata-kata mereka dan
menyampaikan fitnah bawaan mereka, hendaklah mengambil ingatan tentang
sabda Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam yang berbunyi:
Barangsiapa yang mendengar saudaranya diumpat namun dia tidak membelanya
padahal ia mampu maka ia ikut menanggung dosa pengumpatan itu di dunia dan di
akhirat.
(Hadith Asfahani)
Sabdanya lagi:
“Sesiapa dan kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila
kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka nescaya Allah membiarkan
nasibnya ketika ia sangat memerlukan pertolongan Allah Subhanahu Wata’ala. Dan
mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya dan
kehormatannya diceroboh nescaya Allah akan menolongnya ketika ia sangat-sangat
memerlukan pertolonganNya (Allah).” (Hadith riwayat Abu Daud)
Orang-orang yang suka mengintai-intai aib orang lain dan mencerobohi
serta menghakis nama baik mereka hendaklah merasa takut terhadap balasan
murka Allah Subhanahu Wata’ala serta janji-janji siksaNya yang telah
dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam.
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam menjelaskan:
“Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan; akan tetapi Iman belum menyerap ke
dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai-intai aurat (cacat
cela mereka), sesungguhnya barangsiapa yang berbuat demikian, orang lain akan
mengintai-intai pula cacat celanya sendiri. Barangsiapa yang cacat celanya diintai oleh
Allah nescaya Allah akan bukakan pekungnya walaupun dalam kenderaannya sendiri.”
Dalam riwayat lain disebutkan:
“Walaupun di tengah rumahnya sendiri.”
(Hadith ini adalah riwayat Abu Daud)
Adapun sikap yang perlu diambil oleh para Da’ie Muslim apabila
berhadapan dengan orang yang menaruh perasaan hasad dengki ialah sentiasa
bersabar menunaikan solat, berlindung diri dengan Allah Subhanahu Wata’ala
dari kejahatan orang lain dan bencana prasangka dan hasad-dengki mereka.
Hendaklah ia menguasai dirinya dari sifat amarah atau membalas dengan
berbagai helah dan tipu daya dengan tidak mengikut cara dan akhlak sebagai
seorang Mukmin. Kalaulah para Da’ie Muslim rela menurut jejak langkah
perbuatan mereka yang buruk itu, nescaya ia akan setanding pula dengan
mereka. Dengan demikian jatuhlah nilai akhlak dan agamanya, di samping
tercemarlah pula ciri-ciri yang membezakannya, dengan orang-orang jahat. Yang
lebih utama dan elok dilakukan umpamanya, ialah menyumbangkan apa-apa
yang baik yang dapat disumbangkan kepada masyarakat. Segala penanggungan
dan penderitaan serahkanlah sahaja kepada Allah Subhanahu Wata’ala Yang
Maha Mengetahui. Tidak ada yang luput dan pengetahuanNya baik di langit
maupun di bumi. Allah Subhanahu Wata’ala tidak pernah alpa terhadap
perbuatan golongan yang zalim. Para Da’ie hendaklah sentiasa ingat sabda
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:
“Tidak ada satu penanggungan yang lebih dikasihi Allah daripada seteguk kemarahan
yang ditelan oleh seseorang. Mana-mana perasaan marah yang dikawal oleh seseorang
semata-mata kerana Allah nescaya Allah akan penuhkan batinnya dengan keimanan.
Biarlah pegangan dan perinsip hidup seorang Da’ie itu sesuai seperti apa
yang pernah dilafazkan oleh orang yang soleh dengan doa yang berbunyi:
“Ya Allah! Saksikanlah bahawa nama baikku telah aku sedekahkan kepada orang.”
Para Pendakwah Islam hendaklah berbeza dari makhluk Allah
Subhanahu Wata’ala yang lain dengan ciri akhlak yang baik. Sesungguhnya
akhlak yang baik ialah buah dan risalah yang dibawa oleh Rasulullah
Sallallahu’alaihi Wasallam. Ini bersesuaian benar dengan sabda baginda:
“Sesungguhnya aku di utus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam menjelaskan:
Sesungguhnya seseorang hamba Allah itu dengan akhlaknya yang baik boleh mencapai
darjat yang paling agung di akhirat dan mencapai darjat yang paling mulia meskipun ia
lemah dan segi ibadat. Dan sesungguhnya seseorang hamba Allah itu dengan keburukan
akhlaknya boleh menjunam ke dasar neraka yang paling bawah.
(Hadith riwayat At Tabrani)
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pada suatu ketika kami duduk
bersama Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam, tiba-tiba beliau bersabda:
“Sekarang akan muncul seorang lelaki ahli syurga menjenguk kalian.”
Tiba-tiba muncullah seorang lelaki Ansar.
Pada esok harinya dalam kesempatan yang sama. Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam
pun berkata seperti itu juga, lantas muncullah orang lelaki yang sama seperti semalam.
Pada hari ketiga, Nabi pun berkata demikian juga, lalu muncul lelaki hari pertama
tersebut juga. Apabila Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam beredar, ‘Abdullah Amar
pun mengekori lelaki tersebut. Beliau mengatakan kepadanya: “Saya telah bergaduh
dengan bapa saya dan saya bersumpah tidak mahu bersamanya selama tiga hari. Kalau
saudara sudi menumpangkan diri saya dalam tempoh itu nescaya saya akan turut
saudara pulang.” “Baiklah, saya sudi, “jawab lelaki itu. Anas radiyAllahu‘anhu
meriwayatkan bahawa Abdullah menceritakan yang beliau tinggal bersama lelaki
tersebut selama tiga malam tetapi tidak pernah melihatnya bangun sembahyang malam.
Cuma apa yang diihatnya ialah apabila lelaki tersebut bertukar kedudukan di tempat
tidurnya, ia sentiasa menyebut nama Allah Subhanahu Wata’ala dan bertakbir,
sehinggalah akhirnya ia bangun menunaikan Solat Fajar. Abdullah menambah: “Aku
tidak pernah mendengar lelaki tersebut berkata kecuali dengan perkataan yang baik
sahaja.”
“Apabila berselang tiga malam maka aku pun hampir-hampir meremehkan amalannya,
kata Abdullah. Selepas itu aku pun berkata kepadanya: “Wahai hamba Allah, sebenarnya
antara aku dan bapaku tidak ada apa-apa sengketa dan pergaduhan. Cuma aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam menyebut perihal dirimu sebanyak
tiga kali. Beiau berkata: “Sekarang tampil menjengol seorang ahli syurga “. Tiap-tiap kali
orang yang muncul itu ialah saudara. Lantaran itulah saya ingin menumpang di rumah
saudara untuk melihat apakah amalan saudara supaya dapat saya contohi. Tapi saya
tidak nampak saudara melakukan apa-apa amal yang besar” “Apakah yang menyebabkan
saudara mencapai martabat seperti yang diungkapkan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi
Wasallam itu. Jawab lelaki itu: “Tidak ada apa-apa yang saya lakukan selain dari apa
yang telah saudara lihat. Kata Abdullah, “Ketika saya berpaling dan beredar lelaki
tersebut memanggil saya dan berkata lagi: “Tidak ada apa-apa yang saya lakukan,
kecuali, apa yang telah saudara lihat. Cuma saya tidak pernah menyimpan dalam hati
saya hasrat menipu orang lslam yang lain atau rasa dengki terhadap sesiapa, lantaran
inilah yang telah meningkatkan martabat saya.”
(Hadith: riwayat Ahmad dengan Sanad perawi, mengikut Bukhari, Muslim dan
Nasai’e).
Seorang Da’ie memang amat memerlukan kepada hati yang sihat. Akan
tetapi ia hendaklah sentiasa bersikap waspada. Ia memerlukan akhlak yang
lurus dengan kesedaran. Ia harus kuat dan tidak dapat ditawan oleh sifat marah
sehingga kecundang; melakukan perbuatan yang lumrah dilakukan oleh para
juhala’ dan orang yang rendah peribadinya. Ia hendaklah yakin bahawa Allah
Subhanahu Wata’ala yang Maha Mengetahui segala rahsia akan menguruskan
segala-galanya.
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman:
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ یَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَا یَكُونُ مِن نَّجْوَى
ثَلَاثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلَا خَمْسَةٍ إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ وَلَا أَدْنَى مِن ذَلِكَ وَلَا أَآْثَرَ
إِلَّا هُوَ مَعَهُمْ أَیْنَ مَا آَانُوا ثُمَّ یُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوا یَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ
( شَيْءٍ عَلِيمٌ ( 7
“Tidak ada tiga orang yang berpakat rahsia kecuali Allah pihak yang keempat. Tidak juga
lima kecuali Allah pihak yang keenam. Tidak kurang dan bilangan itu atau lebih kecuali
Allah bersama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Allah menyatakan apa
yang mereka lakukan pada hari Qiamat kelak. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
segala sesuatu.”
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman:
أَفَلَمْ یَنظُرُوا إِلَى السَّمَاء فَوْقَهُمْ آَيْفَ بَنَيْنَاهَا وَزَیَّنَّاهَا وَمَا لَهَا مِن فُرُوجٍ
(6)
“Dan telah Kami ciptakan manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh
hatinya kepadanya. Kami yang lebih hampir kepadanya dan urat lehernya sendiri.
(Surah Qaf: Ayat 6)
Tepatlah seperti yang ungkapkan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi
Wasallam:
“(Pada suatu ketika) Allah mengingatkan Nabi lbrahim ‘alaihissalam melalui wahyu
dengan peringatan (berikut):Wahai Khalil, elokanlah akhlakmu walaupun terhadap
orang-orang kafir, kelak engkau akan menempati tempat orang-orang baik.
Sesungguhnya telah tersurat dalam ketetapanku untuk melindungi orang-orang yang
baik akhlaknya di bawah lembayung arasyKu. Akan Aku jamu mereka dengan minuman
dari sumber kudus milikku. AkanKu hampirkan (tempat duduknya) di sampingKu.”
(Hadith ini diriwayatkan oleh Tabrani)
Benarlah seperti apa yang dikatakan oleh da’ie ulung Muhammad
Sallallahu’alaihi Wasallam:
“Orang yang diransang kemarahannya tetapi dapat mengawal runtunan marah dan
bersikap hilm, wajib mendapat kasih sayang Allah.”
(Riwayat Asfahani)
Rasulullah bersabda lagi:
Maksudnya:
“Apabila Allah menghimpunkan para makhluk kelak maka terbitlah suatu suara
menyeru dan mengumumkan; wahai Ahlu‘l fadli: (orang-orang mempunyai keutamaan).
Maka bangunlah beberapa orang yang bilangannya tidak terlalu ramai dan mereka terus
bengerak masuk ke syurga. Mereka disambut oleh para Malaikat. Malaikat bertanya:
Kami nampak saudara-saudara begitu cepat masuk syurga maka siapakah sebenarnya
saudara semua. Mereka menjawab: “Kami ialah Ahlu’l fadli:” Malaikat bertanya lagi:
“Apakah keutamaan saudara-saudara ?“Mereka menjawab: “Dulu, (ketika kami di
dunia) kami bersifat sabar bila dianiaya. Kami bersifat hilm (tidak membalas keburukkan
walaupun kami mampu berbuat demiikian) apabila diperlakukan secara tidak wajar.
“Malaikat pun berkata: “Masuklah kalian dalam syunga. Inilah sebaik-baik ganjaran
untuk orang-orang yang berbuat baik.”
Rasulullah pernah menerangkan:
“Mahukah kalian (mendengar saya terangkan perkara yang menambahkan kemuliaan
dan meninggikan martabat. Sahabat baginda menjawab: “Mahu wahai Rasulullah!”
Baginda pun berkata: “(Yang menaikkan martabat ialah) anda bersifat hilm terhadap
orang yang memperlakukan anda sebagai orang bodoh, anda memaafkan orang yang
menzalimi anda, memberi kepada orang yang tidak sudi memberi apa-apa kepada anda,
menyambung silaturrahim dengan orang yang tidak sudi mempunyai perhubungan
dengan anda.”
(Riwayat Tabrani)

FAKTOR YANG MENYEBABKAN HASAD DENGKI

Di dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karangan Imam Al Ghazzali
radiyalla’anhu ada disimpulkan sebab-sebab yang menimbulkan perasaan hasad
dengki tersebut.

Antara lain:

i)Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana
sesiapa yang telah disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau
menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu,
hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka
tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang
aggresif untuk memuaskan hatinya.
Pendekata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan
perasaan marah dan permusuhan.

ii) Merasa Diri Mulia
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau
ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang
lain melebihinya. Kalau ada orang-orang sepertinya yang mendapat lebih
pangkat, kuasa, ilmu dan harta; dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan
bersikap takabbur terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi
yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah ia tidak boleh menerima apa yang
dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

iii) Takabbur
Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang
lain, selalu memperkecilkan dan memperhambakan seseorang. Ia
menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaanmenerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu
tidak lagi dapat merelakan kepongahannya. Akhirnya orang yang telah
mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya. Atau boleh jadi ia
menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.

iv)Ujub
Pernah Allah Subbanahu Wata’ala jelaskan kepada kita perihal umatumat
dizaman silam. Mereka merasa takjub dengan diri mereka sendiri. Hal ini
menghalang mereka menurut kebenaran. Hujah mereka selalunya ialah seperti
yang tertera di dalam Al Qur’an:
“Bukankah kamu tak lebih dari
manusia (biasa) seperti kami juga?”
Dan ungkapan yang berbunyi:
“Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia
yang seperti kami juga?”
Golongan tersebut merasa anih melihat orang yang berjaya mendapat
pangkat ke Rasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah
Subhanahu Wata’ala ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh
rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.

v)Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
Biasanya perasaan ini ujud dalam kalangan orang yang saling berlumbalumba
merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada
saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh
membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.

vi)Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama
yang tidak ada tolok bandingannya dalam salah satu cabang seni. Apabila
keghairahan terhadap pujian dan jolokan bahawa dialah satu-satunya pakar
yang tidak ada taranya di zaman itu telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia
mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini
nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandingannya itu
mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.
vii) Busuk Hati
Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka
sesuatu kebaikan diperolehi oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di
hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya
mendengar hal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya,
umpamanya tentang kekacauan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang
lain maka ia merasa gembira dan suka hati.

doa rabithah

sempena penghulu bagi segala hari ini...marilah kita sama-sama membacakan doa rabithah,agar kita sentiasa terasa nilai ukhwah dan perjuangan kita dalam perjalanan bertemu ALLAH.....

doa rabithah

اللهم اِنّكَ تَعْلَم اَنّ هَذِهِ القُلُوبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وَتَوَحَّدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيعَتِكَ فَوَثِّقِ اللهمَ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَ
سُبُلَهَا وَامْلَئَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لا يَخْبُو وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الاِيمَانِ بِكَ وَجَمِيلِ التَوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاحْيِهَا اللهم عَلَى دِينِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَهَادَةِ فِي
سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَصِيْرِِ

YA ALLAH, ENGKAU MENGETAHUI BAHAWA HATI-HATI INI TELAH BERKUMPUL KERANA MENGASIHI-MU, BERTEMU UNTUK MEMATUHI (PERINTAH)-MU, BERSATU MEMIKUL BEBAN DAKWAH-MU, HATI-HATI INI TELAH MENGIKAT JANJI SETIA UNTUK MENDAULAT DAN MENYOKONG SYARIAT-MU, MAKA ERATKANLAH YA ALLAH AKAN IKATANNYA. KEKALKAN KEMESRAAN ANTARA HATI-HATI INI. TUNJUKKANLAH KEPADA HATI-HATI INI AKAN JALAN-NYA (YANG SEBENAR). PENUHKAN HATI INI DENGAN CAHAYA RABBANI-MU YANG TIDAK KUNJUNG MALAP. LAPANGKANLAH HATI-HATI INI DENGAN LIMPAHAN IMAN / KEYAKINAN DAN KEINDAHAN TAWAKKAL KEPADA-MU. HIDUP SUBURKAN HATI-HATI INI DENGAN MAKRIFAT (PENGETAHUAN SEBENAR) TENTANG-MU. (JIKA ENGKAU MENTAKDRIKAN MATI) MAKA MATIKANLAH PEMILIK HATI-HATI INI SEBAGAI PARA SYUHADA’ DALAM PERJUANGAN AGAMA-MU. ENGKAULAH SEBAIK-BAIK SANDARAN DAN SEBAIK-BAIK PENOLONG. YA ALLAH, PERKENANKANLAH PERMINTAAN INI…

Sahabat


renungkanlah......
yg bernama sahabat itu luhur maksudnya,sentiasa bersama dlm suka & duka, menegur kesilapan, memuji kebaikan,menutup keaiban tatkala teralpa dialah mengingatkan, tatkala bergelap dialah yg menerangi, tatkala terkurang dialah menambahkan, tatkala terlebih dialah jd pengagih..beban berat sama dipikul, beban ringan sama dijinjing, sentiasa ada waktu diperlukan..krn tawa & tangis sahabat itu sentiasa berpintal, bertemu & berpisah cuma hanya dgn Redha ILLAHI.. moga makna ini terus kau terjemahkan, buat generasi dhadapan... sebuah persahabatan yg hakiki........................................
Sesungguhnya perjalanan kita masih jauh dan entah di mana penghujungnya. Di lorong-lorong yang akan kita susuri sudah pasti terhidang di sana pelbagai onak dan duri yang sudah lama menanti. Ingatlah tidak pernah tercatat dalam sejarah dunia, Islam diterima dengan puji-pujian.
Sesungguhnya Islam tidak diterima dengan hamparan permaidani merah atau diserikan lagi dengan bunga manggar tetapi sedarlah saudaraku, sesungguhnya Islam diterima dengan kilauan mata pedang yang akhirnya menghadirkan darah merah membasahi bumi. Itulah gambaran hidup seorang mujahid dan kita mesti menuju ke arah itu.
Kekadang kita berbisik sendirian, mampukah aku? Kita belum tahu tetapi kita berdoa semoga Allah memberikan kita kekuatan yang jitu semoga kita selamat menghembuskan nafas sedangkan hati kita masih segar berpaterikan syahadah suci.
Ya Allah, Engkaulah yang punya segala-galanya. Kalau Engkau tidak memberi hal itu semua kepadaku hakikatnya aku hambaMu yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa. Untuk mengerdipkan kelopak mata pun aku tidak mampu, apatah lagi menggerakkan kepala dan gerakan yang lebih besar daripada itu terutamanya yang paling besar dan berat ialah untuk mengerakkan hati semata-mata untuk mengingatimu. Jadi, untuk apa aku berbangga dengan ibadahku sedangkan segala-galanya daripadaMu!Engkau yang menggerakkan urat sendi, Engkau yang menggerakkan anggota kepala dan akal. Engkau jualah yang menggerakkan jantung dan hati untuk sentiasa berzikir kepadaMu!

CANTIKNYA SEORANG WANITA


Cantiknya seorang wanita itu, sebagai
gadis
bukan kerana merah kilau lipstik
pada bibir memekar senyum kosmetik
Cantik seorang wanita itu, sebagai
remaja
tidak pada kulitnya mulus menggebu
terdedah
Cantik seorang wanita itu, sebagai anak
tidak menjerat diri pada kedurhakaan

Cantik seorang wanita itu, sebagai
isteri
merempuh badai di sisi suami
Cantik seorang wanita itu, sebagai
menantu
menjauhi persekongkolan ipai lamai
Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu
membuai anak, kala suami menjalin mimpi
Cantik seorang wanita itu, sebagai
mentua
telus hati mengagih kasih setara pada
semua
Cantik seorang wanita itu sebagai nenek
menyaring teladan para anbia buat cucu-
cicit
Cantik seorang wanita itu, sebagai
warganegara
peka membela nasib dan maruah negara
Cantik seorang wanita itu, sebagai
warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf
Cantik seorang wanita itu, sebagai
intelektualis
menyala obor mewangi setanggi
profesionalis
Cantik seorang wanita itu, sebagai
akidah solehah
mengandam rinduh kekasih pasrah di
atas sejadah

Selamat Hari Ibu



biarpun terlambat,tapi tak bermakna lupa....

buat para ibu.....









Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak


Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak

Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku

Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata jika kita mendengarnya…..

Tapi kalau mak sudah tiada…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.


Selamat Hari Ibu.................

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...