FAKTOR YANG MENYEBABKAN HASAD DENGKI
Di dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karangan Imam Al Ghazzali
radiyalla’anhu ada disimpulkan sebab-sebab yang menimbulkan perasaan hasad
dengki tersebut.
Antara lain:
i)Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana
sesiapa yang telah disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau
menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu,
hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka
tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang
aggresif untuk memuaskan hatinya.
Pendekata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan
perasaan marah dan permusuhan.
ii) Merasa Diri Mulia
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau
ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang
lain melebihinya. Kalau ada orang-orang sepertinya yang mendapat lebih
pangkat, kuasa, ilmu dan harta; dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan
bersikap takabbur terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi
yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah ia tidak boleh menerima apa yang
dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.
iii) Takabbur
Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang
lain, selalu memperkecilkan dan memperhambakan seseorang. Ia
menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaanmenerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu
tidak lagi dapat merelakan kepongahannya. Akhirnya orang yang telah
mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya. Atau boleh jadi ia
menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.
iv)Ujub
Pernah Allah Subbanahu Wata’ala jelaskan kepada kita perihal umatumat
dizaman silam. Mereka merasa takjub dengan diri mereka sendiri. Hal ini
menghalang mereka menurut kebenaran. Hujah mereka selalunya ialah seperti
yang tertera di dalam Al Qur’an:
“Bukankah kamu tak lebih dari
manusia (biasa) seperti kami juga?”
Dan ungkapan yang berbunyi:
“Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia
yang seperti kami juga?”
Golongan tersebut merasa anih melihat orang yang berjaya mendapat
pangkat ke Rasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah
Subhanahu Wata’ala ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh
rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.
v)Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
Biasanya perasaan ini ujud dalam kalangan orang yang saling berlumbalumba
merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada
saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh
membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.
vi)Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama
yang tidak ada tolok bandingannya dalam salah satu cabang seni. Apabila
keghairahan terhadap pujian dan jolokan bahawa dialah satu-satunya pakar
yang tidak ada taranya di zaman itu telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia
mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini
nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandingannya itu
mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.
vii) Busuk Hati
Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka
sesuatu kebaikan diperolehi oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di
hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya
mendengar hal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya,
umpamanya tentang kekacauan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang
lain maka ia merasa gembira dan suka hati.

Comments