Posts

Showing posts from May 28, 2010

kisah cinta

Image
Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati. Aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai aku. Aku menjawab, Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu. Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang dit...

HTC Touch Pro....

Image
telah diuji..sangat best dan memuaskan hati... Processor Qualcomm® MSM7201A™ 528 MHz Operating System Windows Mobile® 6.1 Professional Memory ROM: 512 MB RAM: 288MB Dimensions 102 mm (L) X 51 mm (W) X 18.05 mm (T) Weight 165 g (with battery) Display 2.8-inch TFT-LCD flat touch-sensitive screen with VGA resolution Network HSPA/WCDMA: Europe/Asia: 900/2100 MHz Up to 2 Mbps up-link and 7.2 Mbps down-link speeds Quad-band GSM/GPRS/EDGE: Europe/Asia: 850/900/1800/1900 MHz (Band frequency and data speed are operator dependent.) Device Control TouchFLO™ 3D Touch-sensitive navigation control Keyboard Slide-out 5-row QWERTY keyboard GPS Internal GPS antenna Connectivity Bluetooth® 2.0 with EDR Wi-Fi®: IEEE 802.11 b/g HTC ExtUSB™ (11-pin mini-USB 2.0, audio jack, and TV Out* in one) Camera Main camera: 3.2 megapixel color camera with auto focus and flash light Second camera: VGA CMOS color camera Audio Built-in microphone, speaker and FM radio with RDS Ring tone supported formats: MP3, AAC, AAC+...

Aku mahu berterus terang

BUAT RENUNGAN BERSAMA "Aku mahu berterus terang kepada kamu dengan tegas. Tiada sebarang manfaat bagi kita kecuali dengan berterus terang. Medan bercakap bukanlah seperti medan berkhayal. Medan bekerja bukanlah seperti medan bercakap. Medan berjihad bukanlah seperti medan bekerja dan medan berjihad yang benar bukanlah seperti medan berjihad yang salah.. Banyak orang mudah berkhayal, tetapi tidak semua khayalan yang terlintas dalam fikiran itu mampu digambarkan dengan perkataan. Banyak orang mampu bercakap tetapi sedikit sahaja yang bertahan ketika melaksanakannya. Banyak kalangan yang sedikit itu mampu bekerja tetapi sedikit sahaja yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan memerlukan kerja keras. Mereka itulah angkatan mujahidin yang terpilih dan penyokong yang kecil bilangannya. Pun begitu mereka boleh jadi tersalah dan tidak sampai kepada tujuan sekiranya tidak dengan pertolongan daripada Allah s.w.t. Persiapkanlah dirinu. Hadapilah dia dengan tarbiyah yang sohih dan ujian...

MATA LELAKI VS ANGGOTA WANITA

ni saya copy je...sebab isi cerita die leh tahan.... بسم الله الرحمن الرحيم Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang per...

Judi Itu Haram

salam,saya nak mengkedepankan link dalam shoutbox ke sini terus.... blog yang hidup kembali..... post ni dari blog Us Humair ....selamat membaca Allah Ta’ala berfirman, mafhumnya: Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan tilikan nasib menggunakan anak panah hanyalah najis (keji dan kotor) daripada perbuatan syaitan (yang menjadikannya menarik pada pandangan manusia), maka jauhilah ia agar kamu berjaya. Sebenarnya syaitan itu hanya ingin menimbulkan permusuhan dan kebencian dalam kalangan kamu dengan sebab arak dan judi serta menghalang kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang. Oleh itu, adakah kamu mahu berhenti?! [Surah al-Maidah: 90-91] Daripada ayat di atas, kita boleh membuat beberapa kesimpulan yang membuktikan pengharaman judi iaitu:- [1] Allah Ta’ala meletakkan judi sebaris dengan perkara-perkara yang dipandang keji iaitu arak, pemujaan berhala dan tilikan nasib. Di antara perkara yang disenaraikan di sini, pemujaan berhala a...

Didikan Tuhan..

BERBAGAI cara Allah mendidik dan menginsafkan manusia Merayu, memujuk, mengumpan, menakutkan,melihatkan kekuasaan Memperlihatkan kebesaran,menceritakan kesudahan orang yang baik dan jahat Semua bentuk pendidikan ini untuk menarik perhatian manusia Agar terpujuk kepada Allah yang Maha Esa Namun manusia degil juga Perhatiannya tiada Ada mata dipejamkan,ada telinga dipekakkan,ada akal tidak difikirkan Ada hati tidak ada perhatian Seolah-olah manusia tidak ada mata,tidak ada telinga, tidak ada akal,tidak ada hati Nafsu sahaja yang dibelainya Bertindaklah nafsu sesuka hatinya Manusia telah menjadi tawanan nafsunya Marilah segera kepada-Ku, kata Tuhan Manusia buat-buat tidak dengar aja Syurga-Ku indah,nikmatnya belum pernah mata melihat Belum pernah telinga mendengar Manusia tidak peduli, adakalanya jadi bahan perli Neraka-Ku dahsyat, hebat untuk orang jahat Manusia tidak rasa apa-apa, biasa sahaja Engkau tidak lihatkah Bagaimana langit, bumi, gunung, haiwan,sungai, lautan Aku cipta?! Manusi...

PEMUDA ISLAM & AMANAH DAKWAH

Image
PEMUDA ISLAM & AMANAH DAKWAH نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُمْ بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk” (Surah al-Kahfi 18: 13) Kaum muda merupakan lapisan masyarakat yang paling kritis. Mereka memiliki wawasan ke depan dan tidak pernah puas dengan kondisi yang ada. Sikap pemuda sentiasa idealis, penuh cita-cita dan harapan. Baik terhadap sesuatu yang baik ataupun yang buruk. Lantaran itu pula anak-anak remaja, bakal pemuda, menjadi sasaran orang-orang yang ingin merubah kondisi suatu masyarakat menjadi buruk. Mereka dihidangkan dengan kebatilan yang menjadikan mereka jauh dari agama ALLAH. Mereka diberikan racun melalui media massa, berupa televisyen, radio, majalah, filem-filem, komik, novel dan sebagainya. Itulah racun sekularisme, pembaratan serta penurunan moral ...

Wahai pemuda!

Sesungguhnya, sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang di jalannya, semakin bersemangat dalam merealisasikannya, dan kesiapan untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkannya. Sepertinya keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karekter yang melekat pada diri pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.

wanita idaman.........

Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah : 1. Bertakwa. 2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk. 3. Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan naik haji bagi yang mampu. 4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya. 5. Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya. 6. Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata. 7. Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat. 8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangg...