Posts

Showing posts from November, 2010

Wasiat Ustaz Hasan Al Hudhaibi

Wahai Ikhwan, sesungguhnya Allah telah menjadikan kamu tentera untuk menegakkan kebenaran, kemuliaan dan ketinggian di tanah air kamu dan di dunia Islam seluruhnya. kewajipan tentera yang ikhlas ialah sentiasa bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab dalam mengharungi medan perjuangan. oleh itu menjadi kewajipan kamu, bersedia setiap masa untuk melakukan apa saja yang boleh membawa kepada kemenangan di medan pengislahan dan pembebasan ummah. maka sucikanlah jiwamu, bersihkan hatimu, perangi hawa nafsumu sebelum kamu memerangi musuhmu. sesungguhnya orang yang tidak mampu menewaskan nafsunya, lebih tidak mampu untuk mengalahkan musuhnya di medan perang bersenjata. jadilah kamu contoh bagi apa yang kamu cakapkan dengan mempamerkan akhlak al-Quran agar kamu dikenali manusia dengan akhlak kamu sebelum mereka mengenali kamu dengan kata-katamu.

mulakan islam dari diri kita

Untuk meningkatkan komitmen kita terhadap Islam, banyak yang mesti kita lakukan. Langkah berikut merupakan beberapa langkah dasar yang patut dilaksanakan : 1.Meningkatkan pengetahuan Islam secara sempurna dan menyeluruh : Perlulah memahami ilmu tentang Allah, Rasul dan al-Quran. Untuk melahirkan keyakinan dan kekuatan iman mustahil diperolehi tanpa pengetahuan terhadap apa yang diimani. Ertinya, tahap keimanan, banyak ditentukan oleh tahap pemahaman seseorang. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." (Surah az-Zumar ayat 9) Oleh itu sebagai seorang Muslim ilmu pengetahuan mengenai Islam yang asas dan menyeluruh perlulah dipelajari dan difahami supaya kefahaman kita bukanlah berdasarkan ikutan semata-mata. Kerana Islam adalah satu sistem hidup yang lengkap dan sempurna. Dewasa ini umat Islam hanya memahami secara serpi

Memali

Image
Meja Bulat, Para bangsawan, Mula Sepakat, Hapuskan saja mereka yang menggugat, Takla Fajar baru menjengah 19 November segalanya bermula, Berdarah peristiwa, dongengkan berita, Propaganda bermaharajalela, 14 nyawa tak berharga, Mereka bebas gembira setelah musnah segala, Bermula episod duka, Di pekan kecil MEMALI namanya, Langit berkerut tanpa cahaya Seolah ngerti... Pada peristiwa.. Darah Syuhada mengalir indah... Embun pagi menguap, Di atas jalan berlumpur, Puluhan kaki kasar, Ke hulu ke hilir, Kemudian berubah keseratus, di atas rumput, becak bersampah, Laungan Allahuakbar, bermula cerita, Terdengar laungan peluru... Tiada Sedih sendu.. Seakan ngerti, Mereka tewas di dinihari, tiada lagi... "Biar mereka datang, Hadapkan dengan parang, Kita akan meradang dihidang seperti jalang, Menerajang.. walaupun kecundang," Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Teriak terakhir... Sepi... tiada lagi memuji Ilahi, Tinggal anak tak berbapa, Keluarga tiada ketua, Hanya cerita mereka

Dakwah dan Hidayah | peranan pendakwah |

Image
Allah Ta'ala berfirman, mafhumnya: Berdakwahlah (wahai Muhammad) ke arah jalan (agama) Tuhanmu dengan (cara) berhikmah, nasihat yang baik serta berdebatlah dengan mereka melalui cara yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui tentang orang yang sesat daripada jalan-Nya dan Dia juga lebih mengetahui tentang golongan yang mendapat petunjuk. [Surah an-Nahl: 125] Ayat ini menunjukkan beberapa perkara: [1] Allah Ta'ala memerintahkan Nabi-Nya Sayyiduna Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam supaya sentiasa berdakwah mengajak manusia masuk ke dalam agama Islam. Walaupun perintah ini ditujukan kepada baginda, namun hakikatnya perintah ini turut ditujukan kepada kita selaku umat baginda. Perintah ini ditujukan kepada baginda kerana baginda adalah contoh tauladan serta simbol dakwah ke arah kebaikan. Maka umat baginda yang meneruskan kelangsungan perjuangan dakwah baginda mesti mengikut jejak langkah baginda dalam menyampaikan dakwah Islam. [2] Dalam b

memperingati tragedi mamali

Image
Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik. Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika it

ibadah korban

Ibadah Korban Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang. ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH… Maksud Korban Menyembelih binatang ternakan yangterdiri daripada unta, lembu, kambing dan kibas yang sampai umur* pada hari raya korban (Aidil Adha) iaitu pada 10 Zulhijjah selepas sembahyang sehingga gelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah. *Umur binatang yang boleh dikorbankan: Unta 5 thn ke atas – 7 bahagian. Lembu, kerbau 2 thn ke atas – 7 bahagian. Kambing 2 thn ke atas- 1 bahagian. Biri-biri, kibas 1 ½ thn- 1 bahagian. ٭Ditegah berkorban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus. Kelebihan Korban Sangat banyak hadis Rasulullah saw yang menerangkan tentang keutamaan berkorban, dan di dalamnya terdapat pelbagai rahsia dan hikmah yang sangat besar. Hadis-hadis tersebut di antaranya: "Tiada suatu amalanpun yang dilakukan oleh manus

muzium ferrari

Image
copy dari-