Fikrah Islamiyyah
Muqaddimah Sudah menjadi kehendak Allah SWT, kita dilahirkan dan membesar dalam zaman yang begitu mirip zaman awal pengutusan Rasulullah SAW. · Zaman yang dipenuhi kezaliman, dipadati oleh kebodohan dan didominasikan oleh kerosakan. · Zaman dimana tidak ada lagi ajakan atau dorongan untuk manusia patuh dan tunduk kepada kehendak dan perintah Allah SWT. · Masyarakat di zaman ini bagaikan haiwan ternak yang tidak mengenal kebenaran dan membiarkan kezaliman menguasai dan mengembala mereka. · Dunia seakan-akan hutan belantara yang dikuasai hukum rimba; yang berkuasa menentukan segala hukum dan peraturan hidup. Perlu Persediaan Kita yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk berada di dalam medan tarbiyyah seharusnya merasakan suatu keperluan untuk kita menyiapkan diri kita untuk menjadi Da’ie dan Murabbi. · Kerana fikrah yang kita terima adalah hak semua umat manusia; mereka yang berdampingan dengan kita tetapi tidak mendengar ajakan kepada kebenaran dari kita akan mendakwa kita di Akhirat na...