Posts

Showing posts from December 22, 2012

Epal

Image
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut. Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "K...

FALSAFAH HIDUP

Image
Apakah yang menghambat kita mengerjakan kebaikan?. Yang menghambat kita mengerjakan kebaikan ada 2 perkara iaitu pertama halangan dan kedua taqhsir (kelalaian). Halangan tersebut disebabkan oleh sakit, lapar, miskin dan seumpamanya. Walau bagaimanapun taqhsir adalah disebabkan 4 perkara: 1- Lantaran tidak dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil, atau antara yang baik dengan yang buruk. Ubatnya mudah sahaja iaitu BELAJAR. 2-Sudah tahu tetapi tidak dapat dibiasakan mengerjakan yang baik, sehingga dirasai bahawa mengerjakan yang jahat itu juga baik. Menghilangkan masalah ini tidaklah semudah yang pertama, ianya memerlukan kepada  LATIHAN. 3- Telah disangka bahawa yang jahat itu baik, dan yang baik itu jahat kerana telah terdidik daripada kecil dalam perasaan yang demikian. Hal ini lebih sukar untuk diubati daripada yang ke-2. Ianya harus mendapat  PENDIDIKAN  atau  GURU YANG LAPANG DADA  dan  SABAR. 4-Didalam kejahilannya dan kerosakan...