Tuesday, May 25

Mereka yang kaya dalam kemiskinan

Dalam Islam, matlamat perjuangan ialah untuk mencari keredhoaan
Illahi.Berjuang mesti berkorban,dan dalam pengorbanan pasti ada
yang terkorban.Itulah lumrah kehidupan perjuangan. Dalam Islam
makin berjuang bukan makin banyak mengumpul harta.Apatah lagik
untuk memburu gelaran dan pangkat.Tidak juga untuk mendapat
kesenangan dan kemewahan hidup didunia.Sebaliknya semua diburu untuk mendapat saham diakhirat. Dengan rahmat Allah jua.

Dalam Islam , makin berjuang, makin redho menuju kearah
kemiskinan. sebab harta kekayaan dipergunakan untuk
membangunkan syiar Islam.lihat lah hartawan Islam pada
zaman Nabi Muhamad iaitu, Abdul Rahman bin Auf, seluruh
kekayaannya dihabiskan untuk pembangunan Umat Islam. Pada
perancangan beliaulah ekonomi Islam dapat membangun sehingga
memusnahkan rangkaian perniagaan orang Yahudi sehingga mereka gulung tikar.Bersama dengan artikel ini diperturunkan kisah
dahulu kala untuk renungan dan iktibar kita bersama.

Pernah seorang pemuda datang ke Masjid Nabi,sewaktu Nabi
sedang duduk bersama sahabat .Lalu Rasul berkata ,”Kalau
engkau mahu tengok orang yang cintakan Allah dan Rasul,
tengoklah pemuda itu.”Dengan serentak mereka melihat.Ternyata
pemuda yang masuk ketika itu adalah Mus’ab bin Umair.

Rasulullah bersabda lagi , “Kamu lihat bajunya yang bertampung
dengan kulit kambing.Dulu ia adalah seorang hartawan di kota
Makkah dan keluarganya orang yang kaya .Sedang makanannya
berhidang dan tukang hidang akan melayaninya sebaik-baik
mungkin.Tetapi demi cintanya kepada Allah dan Rasul ,engkau
lihatlah sekarang .Yang tinggal hanyalah baju yang bertampung.
Makannya entah dapat entah tidak dan lebih banyak berlapar dari
kekenyangan.

Pada waktu Umar Bin Abdul Aziz memerintah negara Islam ia
berucap diatas mimbar kota Baghdad .Katanya ,”Tuan-tuan semua
tidak tahu kalaulah tidak kerana beberapa orang pemuda atau
orang-orang yang dipandang oleh Allah nescaya dunia ini telah
terbakar oleh kejahatan manusia .Tetapi Allah masih boleh
selamatkan kita kerana mereka masih berada dimuka bumi ini,”

Itulah orang-orang yang Rasul maksudkan dalam ucapan baginda
sebagai orang-orang yang berpakaian compang-camping dengan
keadaan yang tidak terurus .Kalau ia memasuki perkampungan
nescaya pasti orang akan menghinanya.Kalau ia meminta pertolongan ,tiada siapa yang membantunya .Kalau ia meminang
gadis-gadis antara kamu nescya kamu akan menolaknya .Tetapi
kalau mereka berdoa dengan Allah tiada batas antaranya
dengan Allah .

Merekalah yang menjadi teman kepada Umar Al Khattab dimalam
hari.Merekalah yang menjadi rakan Ali dikala suka dan duka .
Merekalah orang–orang Allah dimuka bumi!Mereka itulah yang
jika ke medan jihad dengan cita-cita tidak mahu balik lagi.
Merekalah yang apabila petang hari,sebelum matahari terbenam
akan menyedekahkan harta-harta ,pakaian dan makanan yang
melebihi keperluan mereka.

Lalu mereka berdoa kepada Allah : “Ya Allah, kalaulah malam
ini masih ada orang yang lapar ,janganlah engkau salahkan
aku kerana aku telah sedekahkan semua hartaku .Dan kalau ada
orang yang tidur dalam kesejukan ,janganlah Engkau salahkan
aku kerana aku telah sedekahkan selimutku.”

Inilah peribadi mereka yang telah dididik oleh Rasulullah
dengan didikan taqwa .Yang hidup dalam kemiskinan tetapi
mampu menolong orang lain.Mereka inilah orang yang kaya
dalam kemiskinan.

Merekalah yang menumbangkan empayar Rom dan Parsi tetapi
dalam hati mereka tidak ada sebesar debu pun keinginan
terhadap dunia.Mereka itulah apabila ditawarkan pangkat
dan jawatan,lumpuh kedua kaki dan tangannya dan jantungnya
berdebar kencang.Tetapi apabila diberi peluang mati syahid
mereka berharap kalau boleh biarlah seratus kali mati.

Rasulullah melihat dan mendidik mereka.Kalau mereka cinta
kepada pangkat ,pangkat itu akan dilucutkan darinya.Kalau
mereka cinta nama ,nama itu dibuang daripadanya.Kalau mereka
cintakan harta ,cinta mereka dialihkan kepada orang lain.
Mereka didorong supaya mendapat kan pangkat taqwa.Harta yang
mereka cari adalah kawasan-kawasan tanah disyurga .Mereka
sanggup mengorbankan apa sahaja hingga papa kedana untuk
mendapatkan tapak disyurga.

Hinggakan Abu Bakar datang kepada Rasullullah menghabiskan
segala hartanya .Rasulullah bertanya , “Wahai Abu Bakar ,apa
yang masih tinggal untuk anak dan isterimu?”

Abu Bakar menjawab ,”Yang aku tinggalkan pada anak dan
isteriku ialah Allah dan Rasulnya.”Inilah hati mereka .Hati
yang selalu mencemaskan akhirat dan neraka,hingga tidak sempat
memikirkan kekayaan peribadi.Mereka kalau disogokkan dengan
harta dunia ,jawatan,pangkat dan kemasyuran ia akan lari
sebagaimana lari dari harimau yang ganas.Tetapi kalau diminta
untuk syahid atau diseru berkorban apa saja untuk membangunkan agama merekalah orang yang berada di barisan paling depan.

Jiwa-jiwa seperti merekalah ,jiwa yang telah membangunkan
agama Allah .Hati merekalah hati yang menyintai hidup miskin
demi menegakkan urusan ummah.Disebalik kesederhanaan hidup mereka muncul orang yang tajam fikirannya seperti Abu
Bakar As Siddiq. Orang yang memiliki sifat perwira seperti
Khalid Al Walid.Orang yang benci pada pangkat yang berhubung
dengan urusan dunia seperti Nu’man Bin Muqarrin.

Orang yang lebih rindu anaknya mati syahid daripada mati
sakit .Orang yang bersuluk dan beribadah.Tasbih ditangan
kanan dan pedang dikanan kiri menunggu-nunggu pertahanan
musuh seperti Salman Al Farisi.Orang yang sanggup memegang
dan menumpaskan ekonomi yahudi serta ekonomi kafir-kafir
lainnya seperti Abdul Rahman Bin Auf.Orang yang sanggup mati
perwira-perwiranya seperti Abu Ubaidah Ibnu Jarrah.Dia pernah
berkata Saidina Umar “Saya lebih suka mati bersama-sama mereka
daripada lari dari mereka yang diserang taun.”Orang yang kalau
berhadapan dengan musuh tidak ada pilihan selain mati
mempertahankan agama.

Peribadi inilah yang menghiasi pentas sejarah. Bilakah akan
lahir jiwa seperti mereka,bila harta diserahkan pada mereka
nescaya ia akan merintih kerana telah datang dunia untuk
merosakkan akhiratnya.Merekalah yang mentadbir denagn adil
tetapi apabila ditanya orang dimana letak istananya rakyatnya
akan menunjuk nun disana dibawah sebuah khemah dicelah-celah
pokok tamar.Berjalur tubuh dibelakannya bila ia bangun dari
tidur.

Apabila mereka kembali kepada Allah baju yang membalut badan
merekalah sebagai kain kafan.Dan setelah mereka wafat ,anak
dan isteri mereka tidak mendapat apa-apa dari harta pusaka
kecuali dua tiga biji mangkuk ataupun sebilah dua pedang.Tidak
ada apa pun yang hendak direbutkan.Bila berjumpa dengan
pemimpin mereka akan berucap “saya hendak syurga”.Seperti
Abdul Rahman Bin Auf jumpa Rasulullah “Ya Rasullullah saya
hendak syurga. Saya mendengar Rasullullah berkata saya akan
lambat masuk syurga dengan sebab harta saya.Izinkanlah saya
habiskan harta saya untuk perjuangan agar saya menjadi
seorang yang papa kedana.

Sekian. Wassalam.

Biar Kaya Jiwa , Miskin Harta dari
Kaya Harta , Miskin Jiwa
Dan lebih baik lagi... ...
Kaya Jiwa Dan Kaya Harta... . dengan syarat

Harta tersebut dipergunakan Untuk Pembangunan Islam.
Maha Suci Allah, Peliharalah kami dari azab api neraka.

petua 10 M Untuk Berhenti Merokok

1. Melengah-lengah tabiat menghisab
2. Minum banyak air
3. Menarik nafas panjang
4. Membuat sesuatu
5. Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
6. Mengunyah sesuatu
7. Membasuh tangan
8. Mandi dengan kerap
9. Melakukan senaman rengangan
10. Memohon doa

jom berdakwah....

Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."
~Imam As-Syahid Hassan Al Banna~

wanita PEMBAKAR MATA dan PERESAH HATI..???

Di zaman ini kita dapat lihat ramai wanita khususnya muslimah yang mula tidak menjaga maruah diri dan hilang sifat malu. cth(LINK)Satu mafhum hadis Rasulullah S.A.W menyebut “ bilamana engkau tidak malu, maka berbuatlah sekehendak hatimu”. Hadis ini bukan galakan untuk kita buat sesuka hati kita je, melakukan ape yang dilarang dan meninggalkan ape yang disuruh Allah dan RasulNya. Bukan itu maksudnya! Ini satu bentuk sindiran yang tersirat makna mencegah. Cuba hayati dialog seorang ibu dengan anaknya yang degil untuk mendengar kate ibunya bilamana ibunya melarang anak kecilnya memanjat pokok kelapa: berkata si anak : “ibu,leh tak man(salman) nak panjat pokok kelapa tu? “ Si ibu yang risau akan keselamatan anaknya berkata dengan lemah lembut, “ jangan panjat man,nanti jatuh man jugak yang susah nanti” Terus anak itu menjawab, “ alah ibu..man pandai panjat la..man kan kuat”..Maka, ibu yang menyangka anaknya degil mendengar nasihatnya terus berkata dengan nada sindiran, “ panjatlah man,panjatlah tinggi manapun yang man nak panjat..tp kalau jatuh jangan cari ibu”. Cuba hayati dialog dan cuba kaitkan cara nasihat ibu tadi kepada anaknya dan cara junjungan besar kita menasihati umatnya. Moga kita tergolong dari pengikut nabi Muhammad yang sentiasa mentaati segala tunjuk ajar dan sunnah baginda.



Islam tidak bezakan taraf wanita dan lelaki. Yang berbeza adalah tahap ketaqwaan masing-masing. Malah wanita yang solehah itu diumpamakan sebagai penyejuk mata dan penenang hati bagi sang lelaki.Tapi yang sedihnya wanita hari ini khususnya kebanyakan wanita muslimah sudah menjadi pembakar mata dan peresah hati bagi lelaki.



Pembakar mata? Ye pembakar mata bagi lelaki di akhirat nanti. Mata yang tak dijaga dari pandangan haram. Mata yang tak terjaga dari melihat bentuk tubuh wanita yang haram bagi lelaki yang bukan suami melihatnya. Semua kategori mata ini akan dicucuh dengan besi api yang tersangat panas dari api neraka( nauzubillah). Kebanyakan wanita hari ini dengan ‘selamber’ je keluar rumah dengan berpakain yang terlalu ketat. Bertudung tapi bentuk badan jelas terpampang di setiap legar mata yang memandang. Ditambah pula keayuaan wajah dihiasi dengan warna ‘mack up’ yang menambahkan lagi daya tarikan orang yang melihat. Akibatnya, bergeloralah hati sang lelaki yang melihat keayuan wanita itu. Tercemarlah kekhusukan hati sang lelaki pada Rabbnya kesan melihat wanita ajnabi yang tak menjaga auratnya kerana pepatah melayu menyebut ‘dari mata jatuh ke hati’. Bila sampai ke hati,maka hati itu akan mulai resah gelisah. Hati mula terhijab dengan khaliqnya,maka akan terus rosaklah hati itu. Akhirnya,berlakulah pergaulan bebas seterusnya terjun ke lembah penzinaan,perogolan,pencabulan dll. Masyarakat terus punah dan ranah dek kerana sikap tak berhati-hati para wanita akhir zaman ini.



Jadi,ayuh kita bersama mendidik diri, keluarga khususnya isteri,anak-anak perempuan,kakak,adik perempuan serta jiran tetangga untuk kembali menghayati akhlak islam yang sebenar. Bukan akhlak barat yang diimport kemudian diadun semula dengan versi baru atas nama islam…Wallahualam

Ugutan Penarikan Zakat dan ISA, Jangan Cabuli Perlembagaan


salam...
hari ni pagi ni menjenguk2 blog kawan2 seperjuangan...sekali terjumpa satu fakta yang disampaikan oleh Ustaz Halis Syafiq dalam blog beliau,memang membuka minda,kerana selama ini kita dimomokkan dengan perkara tersebut...sama la macam kita ditakut2kan dengan ugutan2 lain...harap2 dengan kajian serta fakta2 yang dikemukakan ini dapat membuka mata dan minda kita selaku "MAHASISWA"....moga bermanfaat...


(link)

Salam Bai’ah

Sejak kebelakangan ini, macam-macam kes yang berlaku, terutamanya yang berkaitan dengan Mahasiswa, penulisan saya kali ini berkaitan dengan mahasiswa dan undang-undang. Bagaimana anda hendak menjawab jika anda di dilafazkan dengan perkataan yang mengerikan, potong zakat? Sumbat ISA ? dsb..

ISU PERTAMA

BAGAIMANA JIKA ANDA DIUGUT UNTUK DITARIK ZAKAT, DERMASISWA ATAU YANG BERKAITAN DENGANNYA?

Usah gentar, kerana anda dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Jika anda diugut dengan penarikan bantuan pelajaran, ketahuilah sebenarnya mereka telah mencabuli hak asasi sebagai rakyat Malaysia. Dan hak anda dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan di bahagian 2 fasal 12 Hak-hak berkenaan dengan pelajaran (1)(a)(b) iaitu :

BAHAGIAN 2 PERLEMBAGAAN

KEBEBASAN ASASI

Perkara 12.Hak-hak berkenaan dengan pelajaran

(1) Dengan tidak menyentuh keluasan makna Perkara 8*, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap mana-mana jua warganegara semata-mata oleh sebab ugama, kaum, keturunan atau tempat lahir-

(a) Dalam pentadbiran mana-mana yayasan pelajaran yang disenggara oleh sesuatu pihakberkuasa awam, dan, khususnya, tentang kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau tentang bayaran atau

(b) Tentang memperuntukkan bantuan kewangan dari wang sesuatu pihakberkuasa awam untuk menanggung murid-murid atau untuk pelajaran murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana yayasan pelajaran(sama ada disenggara atau tidak disenggara oleh sesuatu pihak berkuasa awam dan sama ada dalam atau luar Persekutuan)

*Apa yang disebut sebagi Perkara 8 di atas adalah fasal Sama Rata.

Sedikit saya akan menyebut mengenai Fasal ini.

Perkara 8.Sama Rata.

(1) Semua orang sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Maka jelaslah kepada kalian bahawa tiada sesiapa pun berhak untuk mencabuli hak asasi kalian sebagai warganegara Malaysia. Jika masih lagi ada yang menggertak kalian dengan penarikan bantuan pelajaran, maka baca Perlembagaan Persekutuan di hadanpannya, atau suruh sahaja dia balik menyemak semula Perlembagaan.

Jika anda membawa keperingkat yang lebih tinggi, anda ada harapan untuk mempertahankan hak kalian di muka pengadilan dengan memperuntukkan Fasal ini. Di Negara kita adanya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), jika ada diantara kalian yang melaporkan kepada mereka, pada bacaan saya, peguam bela kalian akan berhujah dengan Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.

Minta kepada mereka, apakah faktor dan hujah mereka untuk menafikan peruntukkan

Perkara 12 ini diterima pakai, jika ada, sila minta untuk disebutkan supaya mereka boleh menarik bantuan pelajaran kalian.

Oleh itu, janganlah takut, anda punyai hak selaku warganegara.

ISU KEDUA


BAGAIMANA PULA JIKA SAYA DIUGUT UNTUK DISUMBATKAN DI DALAM ISA, ATAU PENJARA?

Usah gentar, kerana anda dilindungi oleh Akta.

Sejak dahulu lagi, ada dikalangan mahasiswa terutamanya dikalangan pimpinan PMRAM yang diugut untuk disumbatkan ke dalam ISA atau penjara dan sebagainya,

Saya akan menyentuh berkenaan Akta Keselamatan Dalm Negeri 1960, akta ini menghuraikan tentang hal-hal yang berkait berkenaan salah laku jenayah yang, kuasa penahanan, kuasa rampasan, perintah menteri dan sebagainya. Saya tidak menyentuh semua melainkan suku kesimpulan akta. Persoalan. Adakah perbuatan-perbuatan pimpinan PMRAM atau sesiapa sahaja yang diugut untuk ditahan ISA atau penjara selari dengan akta ini?

Berikut adalah tafsiran akta bagi kefahaman kepada pembaca mengenai akta ini,

AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI,

1960

(AKTA 82)

Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan perbuatan subversif*, penghapusan keganasan berancang terhadap orang dan harta dalam kawasan-kawasan tertentu Malaysia, dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

[Malaysia Barat-1hb Ogos, 1960;

Malaysia Timur-16hb September, 1963.]


BAHAWASANYA tindakan telah diambil dan tindakan selanjutnya adalah diancam oleh sekumpulan orang yang substansial* dari dalam dan luar Malaysia-

(1) Untuk menyebabkan keganasan berancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; dan

(2) Untuk mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara lain daripada cara yang sah. Kerajaan Malaysia yang sah yang ditubuhkan menurut undang –undang;

DAN BAHAWASANYA tindakan yang diambil dan ancaman yang dibuat itu adalah mendatangkan mudarat kepada keselamatan Malaysia;

DAN BAHAWASANYA Parlimen berpendapat adalah perlu dihentikan atau dicegah tindakan itu;

Pembaca yang budiman, kini fahamilah kalian secara ringkas mengenai akta tersebut, oleh itu akta ini akan bertindak jika ada sebarang perbuatan subversif yang memudaratkan Negara,

Subversif mengikut tafsiran Syeksyen 3 Akta 82 (a)(b)(c) ialah perbuatan yang membangkitkan keganasan berancang terhadap orang atau harta di Malaysia, lagi ialah perbuatan bagi menyokong, mengembang atau menganjurkan apa-apa tindakan yang mendatangkan mudarat kepada keselamatan Malaysia.


Maka, perbuatan subversif manakah yang telah, sedang dilakukan oleh pimpinan PMRAM atau sesiapa sahaja yang telah diugut dengan ISA?

Jika ada sebarang ugutan mengenai ISA, maka suruh si ‘penggertak’ datangkan perbuatan subversif manakah yang berkaitan dengan gertakan tersebut, beserta bahan bukti, yang melogikkan. Kes ugutan ISA ini amat berat kerana berkait dengan kanun jenayah,

Seksyen 72(1) akta 82; menyebut bahawa kesalahan terhadap akta ini adalah kesalahan boleh ditangkap bagi maksud-maksud Kanun Prosedur Jenayah.

Apakah jenayah pimpinan PMRAM yang berstatus pelajar dan mahasiswa di sesebuah Universiti yang diiktiraf Negara?

Jika ada penggertak tersebut, maka sah bahawa mereka telah mempermain-mainkan akta ini untuk arahan bagi kalian agar menunduk kepada mereka. Bukankah mempersenda-sendakan undang-undang Negara adalah perkara yang kurang siuman dan berkemungkinan boleh dianggap mengingkari undang-undang persekutuan.

Adakah dengan kerana seseorang itu lantang bersuara, menulis menyebabkan mereka diugut untuk dihumban ke dalam ISA?

Perkara 10 Perlembagaan (a) hal yang berkaitan dengan KEBEBASAN BERCAKAP yang berbunyi; Tiat-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;


Lebih-lebih pula sebagai seorang mahasiswa, selayaknya dan lebih patut untuk bersuara dan mempertahankan dengan perkara yang dianggap hak dan betul. Mempertahan maruah itu suatu tuntutan Maqasid Syari’ah.




Penutup,

Adakah akta dan undang-undang di atas relevan di Mesir.?

JIKA BERLAKU PERLAKUAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AKTA ATAU UNDANG-UNDANG DI ATAS, MAKA SESIAPA PUN TIDAK TERKECUALI UNTUK DIBAWA KEMUKA PENGADILAN.

Kerana undang-undang Malaysia berguna walaupun warganegara tersebut berada di luar Negara.

Hal ini selari dengan AKTA KESALAHAN-KESALAHAN DI LUAR NEGERI,1976.

Seksyen 2 (1)(a)(b)(iii)

Akta yang berbunyi,

AKTA KESALAHAN-KESALAHAN DI LUAR NEGERI,

1976 (Akta 163)


Seksyen 2. Kesan di luar negeri akan kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia.


(1) (a) apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang bertulis yang dinyatakan dalam jadual, iaitu peruntukan-peruntukan yang berhubung dengan mewujudkan, dan mengadakan hukuman-hukuman bagi, kesalahan-kesalahan; atau

(2) Apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang perlakunya adalah diperakui oleh Peguam Negara sebagai menyentuh keselamatan Persekutuan,

Boleh, jikaperbuatan atau kesalahan itu, mengikut mana yang berkenaan, dilakukan-

(iii) oleh seseorang warganegara atau seseorang permastautin tetap di mana-mana di luar kawasan Malaysia.


Dengan memperuntukkan akta ini, sesiapa pun yang berwarganegara Malaysia, tidak terkecuali untuk merima hukuman atau prosiding mahkamah jika telah melanggari atau bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan atau Undang-undang bertulis yang telah digesetkan oleh Badan Perundangan Persekutuan (parlimen).

Semoga penulisa ini serba sedikit dapat memberikan penerangan yang jelas sedikit mengenai undang-undang am Malaysia yang berkait dengan isu mahasiswa di Mesir. Semoga manfaat.

Pejuang keadilan undang-undang

Halis fansuri

Fakulti Syariah Dan Undang-Undang

University Al-Azhar As-Syarief

Glosari

*SUBSTANTIAL=teguh buatannya, kukuh
* SUBVERSIF= perbuatan menggulingkan kerajaan, ancaman Negara
*RUJUKAN;

#Perlembagaan Persekutuan [Hingga Jun 2009]
#Kamus Undang-Undang [ILBS]
#Undang-Undang Am Malaysia Jilid i,ii,iii,iv
« PMRAM dan Akta Pertubuhan 1966

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA

Ya Rasulullah, sungguh mulia engkau
Kemuliaanmu Allah dan malaikat menselawatkanmu
Wahai orang mukmin selawatkanlah ke atasnya
Engkau akan mendapat syafaat di Akhirat nanti

Allahummasalliala saiyidina Muhammad

Wahai Nabi engkau adalah cahaya daripada segala cahaya
Engkau adalah rahsia daripada segala rahsia
Engkau adalah penawar segala penyakit lahir dan batin
Engkau juga anak kunci segala kemudahan

Allahummasalliala saiyidina Muhammad

Engkau adalah Rasul pilihan
Pilihan Rasul yang awal dan akhir
Engkau adalah penyelamat umat
Engkau membawa rahmat dan berkat

Allahummasalliala saiyidina Muhammad

Ibadahmu membayangkan kehambaanmu
Akhlakmu membayangkan kebersihan hatimu
Pemurahmu membayangkan dunia tidak ada di dalam hatimu
Sabarmu membayangkan ketahanan jiwamu

Allahummasalliala saiyidina Muhammad

Keberanianmu membayangkan tawakalmu dengan Allah
Orang yang menentangmu engkau doakan hidayah
Engkau adalah manusia luar biasa ikutan semua
Pemimpin yang dikehendaki adalah bayangan peribadimu

Allahummasalliala saiyidina Muhammad

Mengetuk Pintu-pintu Pertolongan Allah

Membuka Pintu-pintu Pertolongan Allah
Pertolongan Allah itu pasti. “Jika kalian menolong( agama ) Allah, maka Allah pasti akan menolong kalian dan mengukuhkan pijakan kalian”. (QS Muhammad : 7) Firman Allah tersebut menegaskan rumusan pertolongan Allah yang bersifat timbal balik, sebagai kesinambungan daripada ketaatan yang tinggi kaum beriman. Bantuan dan pertolongan Allah tidak akan datang begitu saja. Allah tidak akan memberi bantuan itu secara percuma.

Allah SWT menghendaki bahawa pembelaan-Nya kepada orang-orang beriman terwujud dengan adanya usaha daripada diri mereka sendiri, agar mereka mencapai kematangan dari celah-celah kesulitan yang mereka alami. Seseorang akan mencapai kematangan ketika potensi dan kekuatan terpendamnya bangkit. Dan keadaan ini tidak akan wujud kecuali ketika ia berhadapan dengan marabahaya. Ketika seseorang melakukan usaha membela diri dan menghimpun seluruh tenaganya untuk sesuatu yang mengancam aqidah, prinsip dan kehidupannya, di sanalah seluruh sel kekuatannya akan bangkit.

Andai pertolongan Allah itu datang tanpa melalui susah payah, maka kenikmatan yang terjadi sesudah itu mungkin akan menjadi penghalang munculnya potensi kekuatan yang dimiliki oleh seseorang. Disamping itu bantuan Allah yang diturunkan itupun mungkin rasanya tidak begitu bernilai, lantaran tidak ada tuntutan pengorbanan yang bererti untuk memperolehinya.

Dalam perang badar misalnya, pertolongan Allah datang tatkala kaum muslimin telah membuktikan dua perkara.

Pertama, motivasi mereka sangat kuat dalam membela agama Allah, meskipun kaum muslimin ketika itu menyedari akan berhadapan dengan pasukan musuh yang jauh lebih besar dan lebih hebat berbanding mereka. Dalam perang tersebut, sejarah memperlihatkan indahnya kesungguhan dan keikhlasan para perajurit Islam dalam membela agama Allah dengan harta dan jiwa raga mereka.

Kedua, ketaatan dan kepatuhan mereka kepada pemimpin mereka Rasulullah SAW. Ketaatan tersebut dijiwai oleh Iman yang tertancap dalam dada mereka, sehingga sukar untuk dipatahkan oleh dahsyatnya pertempuran.

Pertolongan Allah pun datang pada masa yang tepat sebagai kesinambungan logik dari kedua-dua faktor di atas. Meskipun secara jumlah dan persiapan perang kaum muslimin jauh lebih lemah, namun dalam perang itu kaum muslimin memperolehi kemenangan gemilang.

Kesimpulannya, Allah menjadikan pertolongan-Nya kepada orang beriman hanya bila ada usaha daripada diri mereka sendiri. Allah tidak memberi pertolongan-Nya sebagai sesuatu yang dijatuhkan begitu saja dari langit. Apa saja usaha yang harus dilakukan sehingga kita layak mendapat pertolongan Allah?

Pertama, membersihkan niat beramal daripada segala motivasi yang tidak bersih. Itulah ikhlas. Ikhlas adalah kunci pertama yang paling penting bagi terbukanya pintu pertolongan Allah. Nilai suatu pekerjaan sangat bergantung kepada kadar keikhlasan pelakunya. Meski secara zahir suatu pekerjaan itu berat dan membela kepentingan Islam, namun apabila pelakunya tidak memiliki niat yang ikhlas, maka amalnya akan sia-sia. Kalau tidak akan mendatangkan seksa. Ada orang yang mungkin dinilai baik oleh manusia, tapi dia berniat melakukannya untuk populariti dan kepentingan duniawi. Orang seperti ini tidak akan mendapat pertolongan Allah. Dengan kata lain, wujud keikhlasan tidak boleh terlihat sekadar bila seseorang melakukan sesuatu pekerjaan yang berat dan menanggung risiko. Bahkan dalam medan jihad, dalam sebuah hadis pernah diceritakan kisah seorang pemuda yang kelihatan gagah berani di medan pertempuran. Namun, Rasulullah SAW mengatakan bahawa pemuda itu adalah penghuni neraka. Di akhir pertempuran, para sahabat mendapati pemuda itu menghunus pedangnya ke tubuhnya sendiri lantaran tidak kuat menahan kesakitan.

Kedua, berdoa dengan penuh kepasrahan kepada Allah SWT. Dalam Al-Quran disebutkan, “Berdoalah kepada Rabbmu dengan rasa takut dan suara lirih…” (QS Al-A’raaf: 55). Berdoa dengan rasa takut dan suara lirih, merupakan salah satu bentuk kesungguhan dan kepasrahan di hadapan Allah. Memanjatkan doa kepada Allah harus dilakukan dengan hati yang bersungguh-sungguh, penuh kosentrasi, sebagai bukti kerendahan dan harapan penuh kita kepada Allah SWT. Permohonan seperti ini, insya Allah akan dikabulkan. Rasulullah SAW bersabda, “Adakalanya seseorang yang rambutnya terurai dan berdebu, bahkan diusir daripada semua pintu rumah orang kerana hina dalam pandangan manusia. Namun, kalau dia sungguh-sungguh meminta kepada Allah, pasti Allah mengabulkannya”. (HR Muslim)

Ketiga, yakini bahawa kehidupan ini adalah ladang amal yang tanpa batas untuk meraih kebahagiaan di akhirat. Lingkup amal yang harus dilakukan itu meliputi seluruh waktu kehidupan seseorang. Selama ia masih hidup, selama itu pula ia diperintahkan untuk terus berusaha dan berjuang sebatas kemampuan yang dimiliki. Tidak ada ujian hidup yang melanggar kemampuan manusiawi. Dalam surah al-Baqarah, Allah telah menegaskan, “Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sebatas kemampuannya”. Seberat manapun ujian dan kesulitan hidup, pasti masih berada dalam batas kemampuan manusia untuk memikulnya. Dan manusia dapat memikul beban tersebut, hanya dengan kualiti iman yang baik.

Keempat, hindarilah mengatakan bahawa kita sudah habis kesabaran menghadapi keadaan yang tidak sesuai. Ini kerana pada dasarnya batas kesabaran itu tidak ada. Batas kesabaran sama dengan batas manusia hidup. Dan selama itu tidak ada pernyataan bahawa kesabaran kita sudah habis. Sabar ertinya tahan menderita menghadapi perkara-perkara yang tidak menyenangkan diri dan sanggup menahan diri ketika memperoleh perkara-perkara yang menyenangkan sehingga tidak terjerumus kepada perbuatan maksiat.

Bersabar dalam penderitaan dan kesenangan menjadikan seseorang selalu dekat kepada Allah dan menjaga diri daripada segala perkara yang dapat menimbulkan kemurkaan Allah. Orang ini berhak mendapat kasih sayang Allah, sehingga menjadi hamba yang dekat dengan Allah. Pertolongan Allah pun akan sangat mungkin turun kepada hamba-hamba-Nya yang bersabar. Justeru dengan bersabarlah para salafussoleh merasai kenikmatan dalam hidup. Seperti dikatakan Umar bin Khattab, “Kami mendapatkan kebaikan hidup kami dengan bersabar”.

Ali bin Abi Talib berkata, “Ketahuilah bahawa posisi sabar bagi iman adalah seperti posisi kepala bagi tubuh. Jika kepala terputus, maka matilah badan”. Kemudian beliau meninggikan suaranya, “ketahuilah bahawa tidak beriman orang yang tidak bersabar”. Umar bin Abdul Aziz berkata, “Allah tidak memberi suatu kenikmatan kepada hamba-Nya, kemudian dia mencabutnya daripada orang itu dan menggantinya dengan sabar, maka penggantinya itu lebih baik daripada apa yang dicabut daripadanya”. Itulah pertolongan Allah.

Kelima, pantang berputus asa daripada rahmat Allah. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tiga golongan kelak tidak akan diperiksa lagi perkaranya (di akhirat). Iaitu…orang-orang yang berputus asa daripada rahmat Allah”. (HR Tabrani, Abu Ya’la, dan Bukhari dalam kitab Adab). Putus asa ialah sikap tidak mempunyai harapan baik dan masa depan. Sikap putus asa timbul pada diri orang yang kurang beriman pada kemurahan Allah SWT kepada makhluk-Nya. Lantaran keadaan tersebut, seseorang bahkan menuduh Allah tidak adil kerana menjadikan dirinya dalam kesulitan atau kesusahan. Dengan kata lain, orang yang putus asa adalah orang yang mengingkari sifat keadilan, kemurahan dan kebijaksanaan Allah kepada makhluk-Nya. Sikap ini pasti menjadikan Allah murka.

Keenam, tetap memelihara sikap istiqamah. Paling utama dengan memperbanyak ibadah dan menjauhi maksiat. Orang yang istiqamah atau berpegang teguh kepada petunjuk Allah akan selalu dituntun kepada kebenaran. Orang yang istiqamah menjalani kehidupan di dunia ini akan dibebaskan oleh Allah daripada perasaan resah, takut dan khuatir menghadapi segala ujian dan cubaan hidup. Orang sebegini akan selalu berada di bawah kasih sayang Allah. Di manapun mereka berada, mereka selalu dinaungi malaikat rahmat, kerana mereka selalu dekat dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah delalu didengari dan diperhatikan oleh Allah sehingga mreka merasa aman dan tenteram, tanpa sedikit pun merasa sedih dan was-was menghadapi tentangan hidup. “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Rabb kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak aada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tidak (pula) berdukacita”. (QS Al-Fushshilat: 30)

Ketujuh, jangan sekali-kali menyalahkan ketentuan Allah. Tambahan pula dilanjutkan dengan doa untuk keburukan. Rasulullah SAW bersabda, “Tidak sekali-kali seorang muslim di bumi ini berdoa kepada Allah meminta suatu permintaan, melainkan Allah akan memberi apa yang dia minta atau memalingkan daripadanya suatu kejahatan yang semisal dengan permintaannya, selagi dia tidak berdoa meminta suatu dosa atau memutuskan silaturrahim”. Maka ada seseorang berkata, “kalau demikian, kami akan memperbanyak (berdoa)”. Baginda menjawab, “Allah Maha Memberi”. (HR Tirmidzi)

Kelapan, pelajari dan lakukan sebab-sebab logik bagi datangnya pertolongan Allah. Pertolongan Allah tidak akan datang bagi seseorang yang tidak mahu melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan keberhasilan, sesuai sunnatullah dalam alam semesta. Keinginan untuk lulus dalam ujian, harus disertai dengan pembelajaran yang baik. Keinginan untuk memperoleh rezeki yang banyak, harus diiringi dengan sifat cermat, tekun, disiplin, dan profesionalisme yang tinggi. Harapan kepada keadaan umat Islam berubah menuju kejayaan, harus didukung dengan usaha mendidik dan membina masyarakat muslim yang memiliki pemahaman dan komitmen agama yang baik. Sebab itulah asas dan syarat utama kemenangan umat Islam. Begitu seterusnya.

Setelah sikap-sikap di atas mampu dimiliki, maka nantikanlah pertolongan Allah yang pasti datang. Rasulullah SAW berfirman dalam sebuah hadis qudsi, “Barangsiapa yang memusuhi wali (kekasihKu), maka sungguh Aku telah mengumumkan perang terhadapnya, dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan suatu perbuatan yang lebih Aku cintai daripada apa-apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan seorang hamba-Ku terus menerus mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah sunnah sehingga Aku mencintainya. Dan apabila Aku mencintainya, Akulah pendengarannya yang dengannya dia mendengar, Akulah penglihatannya yang dengannya dia melihat, Akulah tangannya yang dengannya dia memukul, dan Akulah kakinya yang dengannya dia berjalan. Kalau dia meminta kepadku, nescaya Aku beri dan jika dia minta perlindungan kepad-Ku nescaya Aku lindungi”. (HR Muslim)

Yang paling penting, jangan diertikan bahawa pertolongan Allah itu selalu datang dalam bentuk yang sesuai dengan keinginan kita. Mungkin juga Allah memberi pertolongan tidak dalam bentuk yang kita ingini, bahkan sebaliknya. Tapi pastikan, itu adalah awal daripada sesuatu yang baik.

sekadar peringatan

Hanya Ingin Mengingatkan ...

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar
.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan:

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zohor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Biodata Syeikh Yusri HafizahuLlah



الفقير إلى الله يسري رشدي السيد جبر القاهري مولدا ونشأة، الحسني نسبا, السني عقيدة, الشافعي مذهبا الصديقي طريقة, الشاذلي مشربا, الأزهري إجازة

المولد والنشأة

ولدت في 23 / 9 / 1954 بحي روض الفرج بالقاهرة تلقيت التعليم بالمدارس الحكومية حتى التحقت بكلية الطب جامعة القاهرة وتخرجت منها بتقدير جيد جدا مع مرتبة الشرف ديسمبر 1978م وحصلت على ماجستير الجراحة العامة وجراحة الأوعية الدموية من جامعة القاهرة نوفمبر 1983 وحصلت على دكتوراه الجراحة العامة من جامعة القاهرة مايو 1991م وزمالة جمعية الجراحين الدولية في مايو 1992م ثم التحقت بكلية الشريعة والقانون جامعة الأزهر 1992م وحصلت على ليسانس الشريعة الإسلامية بتقدير جيد جدا 1997م .


حفظ القرآن الكريم

بدأت حفظ القرآن الكريم برواية حفص عن عاصم أثناء دراستي بكلية الطب على يد فضيلة الشيخ عبد الحكيم بن عبد السلام خاطر ( حاليا ضمن لجنة مراجعة القرآن الكريم بالمدينة المنورة ) وختمته حفظا سنة 1985 وعلى يد الشيخ محمد آدم وختمت على الشيخ محمد بدوي السيد بالسند المتصل إلى حفص الذي قرأ على عاصم ابن أبي النجود عن أبي عبد الرحمن عبد الله بن حبيب السلمي وزر بن حبيش – الأول عن عثمان بن عفان وعلي بن أبي طالب وأبي بن كعب وزيد بن ثابت وعبد الله بن مسعود رضي الله عنهم ، والثاني عن عثمان بن عفان وعبد الله بن مسعود رضي الله عنهما – وهم عن النبي صلى الله عليه وسلم سيد الأنام وخاتم المرسلين عن أمين الوحي جبريل عليه السلام عن اللوح المحفوظ عن رب العزة سبحانه وتعالى جل جلاله وتقدست أسماؤه.

المشايخ

حضرت على الشيخ الحافظ التيجاني موطأ الإمام مالك من سنة 1976 حتى سنة 1978 ثم انتقل إلى رحمة الله
حضرت على الشيخ محمد نجيب المطيعي صاحب تكملة المجموع بشرح المهذب من سنة 1978 حتى سنة 1981 صحيح البخاري وحاشيتي قليوبي وعميرة على شرح المنهاج في الفقه الشافعي وإحياء علوم الدين للإمام الغزالي وأجازني بأسانيده في الفقه والحديث.

حضرت على السيد الحجة العارف بالله سيدي عبد الله ابن الصديق الغماري الحسني كتاب الشمائل للترمذي في رمضان في رمضان 1400 – 1980 بمسجد رشدي بالدقي بالإسناد المتصل وأخذت منه الطريقة الصديقية الدرقاوية الشاذلية بالقاهرة في نفس العام وكذلك حضرت عليه في أجزاء من الموطأ للإمام مالك واللمع في علم الأصول بقراءة الشيخ د: علي جمعة عليه واستفدت بصحبته كلما جاء إلى مصر بتوجيهاته ودعواته وفتاويه ومؤلفاته حتى توفاه الله بطنجة في 21 شعبان 1413 هـ 12 / 2/1993 يوم الجمعة.

وتعرفت على فضيلة الشيخ أحمد المرسي من علماء الأزهر الشريف النقشبندي طريقة وكان صديقا لفضيلة الشيخ عبد الله الصديق الغماري وزرته كثيرا واستفدت منه لطائف ومعارف فجزاه الله خيرا ورحمه الله
حضرنا على فضيلة الأستاذ الدكتور علي جمعة أستاذ ورئيس قسم أصول الفقه بكلية الدراسات الإسلامية بالأزهر وكان تلميذا للسيد عبد الله الصديق الغماري كتاب الورقات للإمام الجويني في علم الأصول وجمع الجوامع بالأزهر الشريف وقراءة صحيحي البخاري ومسلم بالأسانيد المتصلة وأجزاء من سنن أبي داود ومقدمة ابن الصلاح في علوم الحديث ومغني المحتاج للخطيب الشربيني في الفقه الشافعي ومسائل في الأشباه والنظائر للسيوطي وشرح الخريدة البهية في علم التوحيد للشيخ أحمد الدردير وفتح القريب المجيب لابن قاسم الغزي على متن الغاية والتقريب وحضرنا مع فضيلته على السيد عبد الله الصديق الغماري في كتب اللمع والشمائل ومناقشة مسائل في أصول الفقه وفروع كثيرة في الفقه ومازلت أحضر دروس فضيلته في مسجد السلطان حسن والأزهر الشريف وأجازنا في كتب الحديث والمسانيد وفقه الشافعية ومازلت أحضر له وأستفيد منه فجزاه الله عنا خيرا وبارك الله لنا فيه ونفعنا بعلومه في الدارين.

وحضرت للشيخ اسماعيل صادق العدوي شيخ الجامع الأزهر موطأ الإمام مالك بمسجد سيدي أحمد الدردير بالأزهر وكذا تفسير بعض سور من القرآن الكريم بالمسجد الحسيني بالقاهرة ولازمته عدة سنوات وسافرت معه إلى صعيد مصر لزيارة الصالحين وتعلمت منه حقائق كثيرة في علم التصوف ولمحات ولفتات روحانية عالية ودعا لي كثيرا فجزاه الله عني وعن المسلمين خيرا ورحمه الله رحمة واسعة.

وقرأت النحو وأجزاء من فقه الشافعية على الشيخ كمال العناني مدرس الفقه بكلية الشريعة أثناء دراستي بكلية الشريعة.
وكذلك قرأت الأحوال الشخصية ومواضيع من فقه المعاملات على الشيخ د: نصر فريد واصل مفتي مصر سابقا وذلك أثناء دراستي بكلية الشريعة.

وأجازني فضيلة الأستاذ الإمام محمد زكي إبراهيم الحسيني نسبا الشاذلي طريقة بجميع مروياته في الكتب الستة ومسند الشافعي والأم ومسند أبي حنيفة وسنن البيهقي ومعاجم الطبراني الثلاثة وابن عبد البر وعبد الرزاق وموطأ مالك ومصنفات القاضي عياض والإمام النووي والحاكم والشوكاني والديلمي وابن عابدين وابن قدامة وابن رجب وابن السني والصنعاني والنبهاني والشعراني وابن القيم والسنوسي الكبير والعيدروس وغيرهم وذلك في رمضان 1418 يناير 1998.

التقيت بمكة بالسيد محمد بن علوي المالكي الحسني بمنزله عدة مرات وأجازني في مؤلفاته فجزاه الله عني وعن المسلمين خيرا.

أجازني مسند الإسكندرية الشيخ الفاضل الأستاذ محمد إبراهيم عبد الباعث الحسيني الكتاني بمروياته والتقيت به كثيرا وما زلنا على اتصال وكان والده رحمه الله من أصدقاء وأحباب السيد عبد الله الصديق الغماري.

حضرت شرح الآجرومية في علم النحو وكذلك ألفية ابن مالك وأجزاء من إعراب القرآن الكريم وعلم العروض على فضيلة الأستاذ محمد حسن عثمان أستاذ اللغويات بالأزهر الشريف.

والتقيت وسافرت مع فضيلة الشيخ الحبيب علي الجفري الحسيني وتبادلنا الإجازات والدعوات واستفدت كثيرا بصحبته ومازلنا على اتصال.

وحضرت دروس العقيدة مع فضيلة الأستاذ الدكتور محمد ربيع الجوهري أستاذ العقيدة بكلية أصول الدين بالقاهرة.
بالإضافة إلى مشايخنا وأساتذتنا بالأزهر الشريف أثناء فترة دراستي بكلية الشريعة.

ما ألقاه من دروس وتم تسجيلها

شرح كتاب الشفا بتعريف حقوق المصطفى صلى الله عليه وسلم بالمنيل الخميس أسبوعيا (تم).
شرح كتاب الشمائل المحمدية للإمام الترمذي بمسجد الشريف بالروضة الثلاثاء أسبوعيا (تم).
شرح الحكم العطائية في تراويح رمضان على مدى عدة سنوات.
شرح الرسالة القشيرية بالأزهر الشريف صباح يوم السبت أسبوعيا.
شرح صحيح البخاري بمسجد الأشراف بالمقطم الثلاثاء أسبوعيا.
شرح صحيح مسلم بشرح النووي يوميا بعد الفجر بمسجد الأشراف.
شرح كتاب حاشية البيجوري على ابن قاسم الغزي في فقه السادة الشافعية يوم السبت أسبوعيا بمسجد الأشراف.
شرح كتاب التبيان في آداب حملة القرآن للنووي ليلة العيد (تم).
شرح جزء من كتاب رياض الصالحين بمسجد الحصري بمدينة السادس من أكتوبر.
الشرح الثاني للشفا للقاضي عياض بمسجد أبي بكر الصديق بالمقطم الأربعاء أسبوعيا

sumber-(link)

juga leh tengok kat-(link)

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...