mereka yang sudi

Tuesday, May 25

Mereka yang kaya dalam kemiskinan

Dalam Islam, matlamat perjuangan ialah untuk mencari keredhoaan
Illahi.Berjuang mesti berkorban,dan dalam pengorbanan pasti ada
yang terkorban.Itulah lumrah kehidupan perjuangan. Dalam Islam
makin berjuang bukan makin banyak mengumpul harta.Apatah lagik
untuk memburu gelaran dan pangkat.Tidak juga untuk mendapat
kesenangan dan kemewahan hidup didunia.Sebaliknya semua diburu untuk mendapat saham diakhirat. Dengan rahmat Allah jua.

Dalam Islam , makin berjuang, makin redho menuju kearah
kemiskinan. sebab harta kekayaan dipergunakan untuk
membangunkan syiar Islam.lihat lah hartawan Islam pada
zaman Nabi Muhamad iaitu, Abdul Rahman bin Auf, seluruh
kekayaannya dihabiskan untuk pembangunan Umat Islam. Pada
perancangan beliaulah ekonomi Islam dapat membangun sehingga
memusnahkan rangkaian perniagaan orang Yahudi sehingga mereka gulung tikar.Bersama dengan artikel ini diperturunkan kisah
dahulu kala untuk renungan dan iktibar kita bersama.

Pernah seorang pemuda datang ke Masjid Nabi,sewaktu Nabi
sedang duduk bersama sahabat .Lalu Rasul berkata ,”Kalau
engkau mahu tengok orang yang cintakan Allah dan Rasul,
tengoklah pemuda itu.”Dengan serentak mereka melihat.Ternyata
pemuda yang masuk ketika itu adalah Mus’ab bin Umair.

Rasulullah bersabda lagi , “Kamu lihat bajunya yang bertampung
dengan kulit kambing.Dulu ia adalah seorang hartawan di kota
Makkah dan keluarganya orang yang kaya .Sedang makanannya
berhidang dan tukang hidang akan melayaninya sebaik-baik
mungkin.Tetapi demi cintanya kepada Allah dan Rasul ,engkau
lihatlah sekarang .Yang tinggal hanyalah baju yang bertampung.
Makannya entah dapat entah tidak dan lebih banyak berlapar dari
kekenyangan.

Pada waktu Umar Bin Abdul Aziz memerintah negara Islam ia
berucap diatas mimbar kota Baghdad .Katanya ,”Tuan-tuan semua
tidak tahu kalaulah tidak kerana beberapa orang pemuda atau
orang-orang yang dipandang oleh Allah nescaya dunia ini telah
terbakar oleh kejahatan manusia .Tetapi Allah masih boleh
selamatkan kita kerana mereka masih berada dimuka bumi ini,”

Itulah orang-orang yang Rasul maksudkan dalam ucapan baginda
sebagai orang-orang yang berpakaian compang-camping dengan
keadaan yang tidak terurus .Kalau ia memasuki perkampungan
nescaya pasti orang akan menghinanya.Kalau ia meminta pertolongan ,tiada siapa yang membantunya .Kalau ia meminang
gadis-gadis antara kamu nescya kamu akan menolaknya .Tetapi
kalau mereka berdoa dengan Allah tiada batas antaranya
dengan Allah .

Merekalah yang menjadi teman kepada Umar Al Khattab dimalam
hari.Merekalah yang menjadi rakan Ali dikala suka dan duka .
Merekalah orang–orang Allah dimuka bumi!Mereka itulah yang
jika ke medan jihad dengan cita-cita tidak mahu balik lagi.
Merekalah yang apabila petang hari,sebelum matahari terbenam
akan menyedekahkan harta-harta ,pakaian dan makanan yang
melebihi keperluan mereka.

Lalu mereka berdoa kepada Allah : “Ya Allah, kalaulah malam
ini masih ada orang yang lapar ,janganlah engkau salahkan
aku kerana aku telah sedekahkan semua hartaku .Dan kalau ada
orang yang tidur dalam kesejukan ,janganlah Engkau salahkan
aku kerana aku telah sedekahkan selimutku.”

Inilah peribadi mereka yang telah dididik oleh Rasulullah
dengan didikan taqwa .Yang hidup dalam kemiskinan tetapi
mampu menolong orang lain.Mereka inilah orang yang kaya
dalam kemiskinan.

Merekalah yang menumbangkan empayar Rom dan Parsi tetapi
dalam hati mereka tidak ada sebesar debu pun keinginan
terhadap dunia.Mereka itulah apabila ditawarkan pangkat
dan jawatan,lumpuh kedua kaki dan tangannya dan jantungnya
berdebar kencang.Tetapi apabila diberi peluang mati syahid
mereka berharap kalau boleh biarlah seratus kali mati.

Rasulullah melihat dan mendidik mereka.Kalau mereka cinta
kepada pangkat ,pangkat itu akan dilucutkan darinya.Kalau
mereka cinta nama ,nama itu dibuang daripadanya.Kalau mereka
cintakan harta ,cinta mereka dialihkan kepada orang lain.
Mereka didorong supaya mendapat kan pangkat taqwa.Harta yang
mereka cari adalah kawasan-kawasan tanah disyurga .Mereka
sanggup mengorbankan apa sahaja hingga papa kedana untuk
mendapatkan tapak disyurga.

Hinggakan Abu Bakar datang kepada Rasullullah menghabiskan
segala hartanya .Rasulullah bertanya , “Wahai Abu Bakar ,apa
yang masih tinggal untuk anak dan isterimu?”

Abu Bakar menjawab ,”Yang aku tinggalkan pada anak dan
isteriku ialah Allah dan Rasulnya.”Inilah hati mereka .Hati
yang selalu mencemaskan akhirat dan neraka,hingga tidak sempat
memikirkan kekayaan peribadi.Mereka kalau disogokkan dengan
harta dunia ,jawatan,pangkat dan kemasyuran ia akan lari
sebagaimana lari dari harimau yang ganas.Tetapi kalau diminta
untuk syahid atau diseru berkorban apa saja untuk membangunkan agama merekalah orang yang berada di barisan paling depan.

Jiwa-jiwa seperti merekalah ,jiwa yang telah membangunkan
agama Allah .Hati merekalah hati yang menyintai hidup miskin
demi menegakkan urusan ummah.Disebalik kesederhanaan hidup mereka muncul orang yang tajam fikirannya seperti Abu
Bakar As Siddiq. Orang yang memiliki sifat perwira seperti
Khalid Al Walid.Orang yang benci pada pangkat yang berhubung
dengan urusan dunia seperti Nu’man Bin Muqarrin.

Orang yang lebih rindu anaknya mati syahid daripada mati
sakit .Orang yang bersuluk dan beribadah.Tasbih ditangan
kanan dan pedang dikanan kiri menunggu-nunggu pertahanan
musuh seperti Salman Al Farisi.Orang yang sanggup memegang
dan menumpaskan ekonomi yahudi serta ekonomi kafir-kafir
lainnya seperti Abdul Rahman Bin Auf.Orang yang sanggup mati
perwira-perwiranya seperti Abu Ubaidah Ibnu Jarrah.Dia pernah
berkata Saidina Umar “Saya lebih suka mati bersama-sama mereka
daripada lari dari mereka yang diserang taun.”Orang yang kalau
berhadapan dengan musuh tidak ada pilihan selain mati
mempertahankan agama.

Peribadi inilah yang menghiasi pentas sejarah. Bilakah akan
lahir jiwa seperti mereka,bila harta diserahkan pada mereka
nescaya ia akan merintih kerana telah datang dunia untuk
merosakkan akhiratnya.Merekalah yang mentadbir denagn adil
tetapi apabila ditanya orang dimana letak istananya rakyatnya
akan menunjuk nun disana dibawah sebuah khemah dicelah-celah
pokok tamar.Berjalur tubuh dibelakannya bila ia bangun dari
tidur.

Apabila mereka kembali kepada Allah baju yang membalut badan
merekalah sebagai kain kafan.Dan setelah mereka wafat ,anak
dan isteri mereka tidak mendapat apa-apa dari harta pusaka
kecuali dua tiga biji mangkuk ataupun sebilah dua pedang.Tidak
ada apa pun yang hendak direbutkan.Bila berjumpa dengan
pemimpin mereka akan berucap “saya hendak syurga”.Seperti
Abdul Rahman Bin Auf jumpa Rasulullah “Ya Rasullullah saya
hendak syurga. Saya mendengar Rasullullah berkata saya akan
lambat masuk syurga dengan sebab harta saya.Izinkanlah saya
habiskan harta saya untuk perjuangan agar saya menjadi
seorang yang papa kedana.

Sekian. Wassalam.

Biar Kaya Jiwa , Miskin Harta dari
Kaya Harta , Miskin Jiwa
Dan lebih baik lagi... ...
Kaya Jiwa Dan Kaya Harta... . dengan syarat

Harta tersebut dipergunakan Untuk Pembangunan Islam.
Maha Suci Allah, Peliharalah kami dari azab api neraka.

No comments: