malu...| kerana Allah |
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Malu itu sebahagian dari iman" Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Malulah kamu sekelian kepada Allah dengan sebenar-benarnya. " "Wahai Rasulullah bukankah kita sudah malu dengan Allah?" Sabda Nabi s.a.w : "Bukan itu yang di namakan malu dengan Allah, akan tetapi yang di namakan malu dengan Allah yang sesungguhnya adalah orang yang sudah boleh menjaga kepalanya dari maksiat dan apa yang ada di kepalanya, dan menjaga perutnya jangan sampai masuk barang yang haram, dan menjaga kemaluannya jangan sampai berzina, dan menjaga tangan dan kakinya dari perbuatan maksiat, dan ingat dengan mati, dan ingat bahawa dirinya akan rosak. Dan barangsiapa yang menghendaki kebahagiaan akhirat hendaklah meninggalkan kesenangan dunia dan memilih kebahagiaan akhirat daripada dunia, barangsiapa yang sudah dapat mengerjakan semua yang telah tersebut di atas barulah orang tersebut di namakan...