Showing posts with label Owner. Show all posts
Showing posts with label Owner. Show all posts

Saturday, October 2

malu...| kerana Allah |

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Malu itu sebahagian dari iman"

Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Malulah kamu sekelian kepada Allah dengan sebenar-benarnya. "
"Wahai Rasulullah bukankah kita sudah malu dengan Allah?"
Sabda Nabi s.a.w : "Bukan itu yang di namakan malu dengan Allah, akan tetapi yang di namakan malu dengan Allah yang sesungguhnya adalah orang yang sudah boleh menjaga kepalanya dari maksiat dan apa yang ada di kepalanya, dan menjaga perutnya jangan sampai masuk barang yang haram, dan menjaga kemaluannya jangan sampai berzina, dan menjaga tangan dan kakinya dari perbuatan maksiat, dan ingat dengan mati, dan ingat bahawa dirinya akan rosak. Dan barangsiapa yang menghendaki kebahagiaan akhirat hendaklah meninggalkan kesenangan dunia dan memilih kebahagiaan akhirat daripada dunia, barangsiapa yang sudah dapat mengerjakan semua yang telah tersebut di atas barulah orang tersebut di namakan orang yang malu kepada Allah, orang yang malu kepada Allah adalah orang yang malu bila melakukan maksiat sehingga tidak jadi mengerjakan maksiat dan itulah yang di namakan malu yang sesungguhnya."

Sesaorang yang mempunyai budi pekerti yang baik adalah mereka yang rasa malu bila mengerjakan maksiat. Sentiasa berbuat baik, benar perkataannya, tidak berkata dengan perkataan yang keji (lucah), sedikit bicaranya kecuali ada menfaatnya, banyak amal soleh, sedikit kesalahannya, tidak berlebih-lebihan dalam semua perkara, suka menyambung persaudaraan, bersopan santun, banyak bersabar, sentiasa bersyukur kepada Allah, kasih sayang terhadap orang lain, menjaga diri dari yang tercela, tidak mudah marah, tidak mengadu domba (menghasut) orang lain, tidak mengumpat, tidak dengki dan iri hati, tidak bakhil, kalau dia mencintai sesuatu hanya kerana Allah dan membenci sesuatu juga kerana Allah dan kalau dia marah juga marah kerana Allah.

Ramai wanita Islam hari ini mendedahkan aurat tanpa rasa segan silu. Menampakkan perhiasan diri tanpa ada perasaan malu kepada Allah s.w.t. Bersolek berlebih-lebihan, berwangi-wangian, pakaian yang menjolok mata hingga menampakkan bentuk tubuh badannya dan seksi, kadangkala merobah bentuk asal wajahnya dengan di lakukan pembedahan plastik, menggunakan botox dan lain-lain, semua ini tidak menampakkan ciri-ciri wanita solehah.

Di sudut yang lain pula, kita lihat gejala sosial telah melanda dengan hebatnya para remaja lelaki dan perempuan berdua-duaan dan berpasang-pasangan tanpa segan dan malu memenuhi taman-taman bunga, pusat membelli belah, tepi-tepi pantai dan pusat-pusat hiburan. Dalam keadaan seperti ini siapakah yang perlu di salahkan? Untuk mengubati penyakit-penyakit ini setiap kita (ibu bapa, guru-guru,alim ulama', para da'ie, pertubuhan dan persatuan Islam, jemaah Islam dan jabatan Agama Islam) berperanan dan bersatu tenaga untuk merawat dan jalankan proses pemulihannya. Kita tidak boleh menggunakan cara dan kaedah lain, melainkan kembali kepada kaedah rawatan yang di jalankan oleh Rasulullah s.a.w iaitu membaiki aqidah dan keimanan manusia terlebih dahulu sebelum membaiki kelemahan-kelemahan yang lain.

Apabila proses tarbiyyah dan dakwah berjalan dan berfungsi sepenuhnya di dalam masyarakat, akan lahirlah individu-individu Muslim Mukmin yang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t dan perasaan malu kepada Allah s.w.t berfungsi dalam kehidupan kita.

Monday, July 19

masa


Semua yang dikasihi kerana Allah,
Didoakan moga sentiasa dilimpahi rahmat serta keberkatan. Juga menjadi sebaik-baik insan yang membawa kebaikan orang lain.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran".(Al-Asr: 1-3)
Berpandukan ayat berkenaan, setiap mukmin semestinya mengisi seluruh masa hidup dengan amalan kebaikan. Juga perlu memberi perhatian serius dalam menghargai masa. Tidak membiarkan masa berlalu dengan sia-sia. Mahupun menghabiskan masa dengan amal perbuatan yang dilarang dan dimurkai Allah SWT.

Juga ingatlah!
Rasulullah SAW bersabda; "Rebutlah(pergunakanlah) lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain;
Masa hidup sebelum datang kematian,
Masa sihat sebelum datang penyakit,
Masa lapang sebelum dipenuhi kesibukan,
Masa muda yang kuat sebelum tua, dan
Masa kaya sebelum fakir".

Perhatikan juga maksud sabda Rasulullah SAW;
"Setiap hamba pada hari kiamat, tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana-amna selagi belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara;
Tentang umurnya, di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dulu?
Tentang masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian ketika itu?
Tentang hartanya, dari mana diperolehi dan bagaimana membelanjakannya?
Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?" (HR Muaz bin Jabal r.a)

Begitulah soal-siasat yang akan diajukan kepada semua manusia pada hari kiamat kelak. Setiap diri akan ditanya tentang masa dan umur yang telah dihabiskan sewaktu hidup di dunia. Khusus waktu umur sedang meningkat dewasa, kerana umur remaja sangat berpotensi dibandingkan setelah usia lanjut dan keadaan menjadi uzur.

Usia remaja disifatkan peringkat kekuatan dan kemampuan yang teguh, kerana ia di pertengahan hayat manusia. Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum ayat 54;
"Allah, Dialah yang menciptakan kamu daripada keadaan lemah, Dia menjadikan sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian selepas kuat itu lemah kembali dan beruban..."

Jika demikian, usia remaja adalah peringkat kesatriaan yang gigih menanggung sebarang beban dan ujian. Terutama bagi remaja Muslim yang sepenuh masa menuntut ilmu, semestinya berhati-hati mengurus masa.

Masa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi dan tidak mungkin dapat dicari ganti. Masa itu disifatkan sebagai kehidupan. Tiada erti hidup manusia, selain daripada masa-masa yang dia beramal sejak lahir hingga ke denyutan nadi terakhir!

Ilmu yang diusahakan dengan bersungguh-sungguh pula mestilah menepati tanggungjawab untuk memperhambakan diri kepada Allah SWT. Sesungguhnya mukmin yang berilmu lebih mudah memahami perintah Allah. Dengan itu setiap detik masa akan mampu diisi aktiviti ketaatan kepada Allah.

Masa begitu pantas berlalu, seminggu rasa sehari...,setahun bagai sebulan. Benar menurut pepatah Arab; 'Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memotong, ia akan memotong kamu!'

Dari itu, barisan pemuda dari kalangan generasi awwal Islam sentiasa bersegera melakukan sebarang ibadah bagi meningkatkan prestasi iman. Mereka berpegang teguh dengan prinsip, Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Hari esok lebih baik dari hari ini. Hingga ada dari kalangan mereka yang berkata; "Siapa yang hari-hari esoknya masih kurang baik dari hari-hari yang telah lalu, maka dia masih dan rugi!"

Rasulullah SAW pernah menjelaskan mengikut apa yang disebutkan dalam kitab Nabi Ibrahim a.s;
"Sewajarnya setiap yang berakal, selagi akal fikirannya tidak hilang, hendaklah dia membahagikan masanya kepada empat waktu:
Waktu untuk dia bermunajat dan berzikir.
Waktu untuk bermuhasabah dan menghitung dirinya.
Waktu untuk dia berfikir tentang segala ciptaan Allah.
Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluan dirinya, rezeki/nafkahnya."

Sebenarnya ketidak matangan mengurus masa harian lebih berbahaya daripada tidak matang dalam mengurus harta-benda.

Dalam realiti hidup kini, masa umpama saham permodalan sepanjang hayat. Masa lebih bernilai dari wang ringgit dan intan permata. Jangan bila ajal sudah hampir tiba, baru menyesali masa keemasan yang telah hilang. Awas! Elakkan keadaan buang masa, kerana itu satu penganiayaan kepada diri sendiri!

bayangkan...masa ibarat pedang...pedang lak kat leher.....huhu...kalo lambat bertindak...abislah leher.....

Wallahu'alam.

Thursday, July 15

janji ALLAH | yakinlah |


Diceritakan pada suatu ketika yang lalu, terdapat seorang lelaki beriman yang soleh. Dia tidak disenangi oleh raja yang zalim kerana ketegasan dan keberaniannya menyuarakan kebenaran. Dia ditangkap dan disumbatkan dalam penjara dengan cara yang begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Beberapa hari kemudian dia dilawati seorang pesuruh raja untuk meninjau keadaannya dalam penjara. Alangkah terkejutnya pesuruh tersebut apabila dia mendapati lelaki mukmin itu berada dalam keadaan tenang, riang dan gembira. Dia bertanya penuh kehairanan. Apakah rahsia kebahagiaannya sedangkan dia terkurung di dalam bilik sempit. Dikelilingnya dinding serta tembok yang sepi?

Mukmin yang soleh pun menjawab :
“Setiap hari aku mengambil ubat yang terdiri daripada tujuh ramuan. Ubat itulahyang menjadikan aku seperti yang awak lihat.”

Pesuruh itu bertanya dengan penuh kehairanan ingin mengetahuinya. “Apakah ubat yang awak ambil dan apakah ramuannya?”

Mukmin soleh itu pun menjawab :
Ramuan Pertama : Aku yakin kepada Allah. Sesungguhnya yakin kepada Allah sepenuhnya menjadi aku tenang menerima apa saja ketentuan Allah keatas diriku. Aku yakin apa yang ditentukan-Nya itu yang lebih baik untukku. Sekalipun pada zahirnya aku nampak tidak baik.

Ramuan Kedua : Aku yakin bahawa ketentuan Allah pasti akan terlaksana. Tiada siapa dapat lari darinya. Sesungguhnya tiada siapa yang boleh menolak ketetapan-Nya. Maka semestinyalah aku redha dengan ketetapan Allah, tidak merintih dan menyesalinya.

Ramuan Ketiga: Aku yakin bahawa apa yang aku hadapi hari ini merupakan ujian daripada Allah.Kejayaan didalam sesuatu ujian hanya boleh dicapai dengan bersabar serta mengharapkan ganjaran daripada Allah. Dan aku sentiasa meletakkan harapan yang tinggi bahawa Allah akan menggantikan untukku keadaan yang lebih baik samaada di dunia dan akhirat. Dengan itu aku tidak di himpit kerisauan dan keluh kesah.

Ramuan Keempat : Aku yakin bahawa jika aku tidak sabar maka apalah gunanya aku merintih? Pastinya rintihan hanya akan menambahkan kesedehan, kerisawan, keluh kesah yang akhirnya membawa padah tidur tak lena, makan tak selera dan ibadah tak bahagia.

Ramuan Kelima : Adalah tidak mustahil aku akan ditimpa bencana yang lebih teruk daripada apa yang di alami sekarang. Lantaran itu aku bersyukur kepada Allah terhadap bencana yang aku terima ini Bukankah pepatah ada menyebut ‘sesiapa yang melihat kesusahan orang lain akan merasa ringan kesusahan yang ditanggungnya’.

Ramuan Keenam : Musibah yang menimpa diriku bukan pada agamaku. Sesungguhnya yang sebenar-benar musibah itu ialah musibah pada agama iaitu apabila seseorang insan berada didalam kesesatan, kefasikan atau kekufuran. Adapun musibah yang lain daripada itu, sama ada terhadap harta, anak atau diri sendiri semua itu ringan sahaja. Kesannya pun hanya seketika berbanding dengan musibah pada agama serta kesesatannya. Lantaran itu Rasulullah s.a.w. berdoa maksudnya : “ Wahai Tuhanku, janganlah Engkau jadikan musibah kami ke atas agama kami”

Ramuan Ketujuh : Dan yang akhir, sesungguhnya aku sedang menanti pertolongan daripada Allah. Dari satu detik ke satu detik kerana sesungguhnya semua urusan itu di tangan Allah. Berterusannya sesuatu keadaan itu adalah sebahagian daripada perkara yang mustahil.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud “…Dan demikianlah Kami tukar gantikan hari-hari itu di antara manusia…”
(Surah Ali- Imran ayat 140)

Demikian besarnya erti keyakinan kepada Allah. Sesungguhnya apa yang dianggap oleh mukmin yang soleh itu merupakan menifestasi rahmat keyakinan yang dianugrahkan Allah kepadanya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Apa-apa rahmat yang dibukakan Allah kepada manusia, maka tidak ada yang akan dapat menahannya. Dan apa-apa yang ditahan-Nya, maka tidak ada yang akan dapat memberikannya selepas itu. Dia maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Oleh itu untuk mendapat ciri-ciri mukmin sejati kita perlulah yakin kepada Allah, beriman sepenuhnya kepada Allah, pegangan yang mantap, kepercayaan yang utuh serta ketenangan hati yang padu terhadap ke Esaan Allah, yakin sepenuhnya terhadap kekuasaan-Nya, kekuatan-Nya, keagongan-Nya dan kebijaksanaan-Nya. Hidaya-Nya sahajalah yang sebenar-benar petunjuk.Tidak ada lagi selain daripada petunjuk-Nya kecuali kesesatan. Sesungguhnya sesiapa yang memelihara Allah, Allah akan memeliharanya. Sesiapa yang bertawakal kepada-Nya, sesungguhnya pertolongan Allah akan tiba.Setiap apa yang ditakdirkan oleh-Nya itulah yang terbaik. Semua kesudahan yang baik adalah untuk mereka yang bertakwa tiada permusuhan kecuali keatas orang-orang yang zalim.


****************
kini kita menghadapi situasi yang sama....hidup diduni yang sebegini seolah2 penjara...dikuasai oleh pembesar2....dimana kita....dimana usaha kita.......mengharap bantuan ALLAH tanpa berusaha...cukup ke dengan kata2???...memadai ke jadi blogger????.....
tanya iman kita....

mukmin sudah tentu muslim......muslim belum tentu mukmin.....

dimanakah aku????


Sunday, July 11

~muhasabah~ | dimana solat kita |



Assalammualaikum wt. wbt..
Salam penuh kasih sayang mengunjungi kalian semua, semuga semuannya di dalam dakapan kasih sayang Allah swt.

sidang pembaca yang dikasehi kerana Allah swt. jua...
Marilah sama-sama kita menyemak solat-solat kita...adakah kita lakukan bersama-sama dengan kehadiran hati kita atau sebaliknya.

Di sini ingin dikongsikan bersama-sama dari seseorang semuga individu tersebut sentiasa didalam rahmat Allah swt. petikan ini berguna buat kita semua.

SAYA SOLAT LIMA WAKTU TAPI

Ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja
Dan pada masa lainnya saya lupa padaNya
Jika Solat saya 10 minit,maka cuma 10 minit itu saja ingat pada Nya
Mungkin dalam 10 minit itu pun saya masih ingat selain drpd Nya.
Sujud, rukuk, iktidal dalam solat saya masih kosong...

Saya solat lima waktu tapi....
Saya tidak bersyukur pada Nya
Padahal dulunya saya amat susah,
Allah yang memberi rezeki pada saya
Dengan rezeki itu saya dapat membeli rumah
Dengan rezeki itu saya dapat menampung keluarga
Dengan rezeki itu saya dapat membeli kendaraan dan sebagainya
Tapi.. hati saya masih belum puas
Saya masih tamak akan harta dunia dan masih menganggap serba kekurangan

Saya solat lima waktu tapi.. ..
Saya masih menggunakan perkataan yang tidak sopan kepada teman teman
Saya sering menyakiti hati mereka
Saya sering menghina mereka
Saya sering membohongi mereka dengan kata2 dusta
Saya sering menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa saya saja yang paling baik
Pada hal saya sendiri tidak tahu persis tempat saya di mahsyar nanti

Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih sombong dengan ilmu yang saya miliki
Saya masih sombong dengan amal perbuatan yang telah saya perbuat
Saya masih sombong dengan ibadah yang saya lakukan
Saya masih sombong dan menganggap sayalah yang paling pandai
Saya masih sombong dan merasa saya paling dekat dengan Allah SWT

Dengan berbagai macam cara dan berbagai argumen saya berdebat mereka yang tidak sehaluan dengan saya. Padahal saya sendiri belum tahu,
redhakah Allah SWT dengan apa yang telah saya perbuat itu?

Saya solat lima waktu tapi... .
Saya masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh-musuhku
Saya menggunakan wang bahkan harta serta pangkat dan kekuasaan untuk menjatuhkan manusia yang saya tidak suka

Saya solat lima waktu tapi....
Saya amat bakhil dan kikir mengeluarkan wang untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin atau kepada anak yatim piatu kerena saya takut hartaku habis dan jatuh miskin

Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih menyimpan sifat dengki dan khianat kepada teman teman yang sukses dinaikkan pangkatnya atau dinaikan gajinya dan atau berhasil dalam usahanya,
padahal mereka berusaha dan bekerja sungguh sungguh,
tapi saya hanya bekerja seperti hidup segan mati tak mau!

Saya solat lima waktu tapi....
Saya mengabaikan anak isteri yang kelaparan dan menderita di rumah,
kerena saya merasa sebagai raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati

Saya solat lima waktu tapi... .
masih merungut dan mencaci maki bila saya ditimpa musibah,
walaupun sebenarnya saya tahu sesuatu musibah itu datangnya dari Allah,
kerana perbuatan dan sikap saya sendiri
seharusnya saya sedar kepada siapakah saya mencaci maki itu?

Saya solat lima waktu tapi....
Menuntut ilmu semata mata mempersiapkan diri untuk berdebat dengan orang lain atau untuk menduga keilmuan mereka dan sengaja mencari cari yang tidak sehaluan dengan saya,
dan memaksa mereka mengikuti jejak langkah saya,
padahal seharusnya saya sedar tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal soleh dan beribadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah (mempersekutukan Allah SWT dengan yang lainnya)

Saya solat lima waktu tapi....
Saya enggan melaksanakan serta kurang bahkan tidak faham dengan firman Allah SWT dalam Al Quran QS: 29 : (Al-Ankabut) : 45 yang ertinya :-

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.
Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat)adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Saya solat lima waktu tapi....
Saya tidak faham dan tidak tahu dan tidak menjalankan dengan benar firman Allah dalam QS 107. (Al Maa´uun) : yang artinya:-

1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama ?
2. Itulah orang yang mengherdik anak yatim
3. dan Tidak menganjurkan memberi makan orang miskin
4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat
5. (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya
6. orang-orang yang berbuat riya
7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna.

Setelah sekian lama kita bersolat adakah sifat-sifat ini ada pada kita..? Jika ada marilah kita sama memohon pada Allah agar kita dapat membuang sedikit demi sedikit sifat2 yg dinyatakan..semuga solat-solat yg kita lakukan dgn kehadiran HATI kita dapat menghindarkan kita dpd sifat2 buruk di atas...ameen..

Ini sekadar renungan utk kita menyemak kembali sejauhmana keberkesanan solat yg kita lakukan semuga semakin bertambah baik dan dapat membuahkan hasil yg semakin baik.InsyAllah.


*******************



Saturday, July 10

kerana sahabat

beberapa ayat dari 'qalbi' untuk hatiku sendiri selepas menyaksikan serta menghadapi beberapa situasi....

'orang yang selalu menghiburkan kita juga ada perasaan untuk terluka'

syarahannya-kita selalu suka berkawan dengan orang yang leh buat kita hepi...tapi kita xtau mungkin die sedang menyembunyikan sesuatu dari dilihat orang lain...



'orang yang yang selalu hepi bukannya tanda xde masalah'

maksudnya-kadangkala kita lihat seseorang tu hepi tahap gaban...kalo sekali sekala xpe...ni tetiap hari...sampai dalam suasana mesyuarat yang tegang pun die macam hepi gak...tu bukan die xmenjiwai @ main-main dalam semua benda...tapi mungkin die xsuka suasana yang agak tegang , jadi menyembunyikan masalah dan membuat orang lain lari dari suasana tegang tu lebih disukai...tapi xleh dinafikan setiap orang mempunyai masalah...... :)


'kita merasakan tekanan...tanpa peduli orang lain pun ade tekanan'

kadangkala kita dalam situasi tertekan...(benda kecil pun)...datang sahabat kita...yang lebih ditekan dan tertekan , tapi 'cool' dan tak menunjukkan die tertekan....adakah kita nak kata dia xde tekanan????...kita pun ngan rasa tak bersalah "maki" kawan kita...konon2 tu cara hilang tekanan....ape la kita ni...... :)

'kita merasakan banyak bekerja untuk perjuangan islam,orang lain lebih lagi dari kita'

kadangkala kita merasa kesuntukan masa,mungkin diisi dengan perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada agama ini...lalu kita merasa penat , maka ketahuilah kita baru menempah kunci perjuangan...ramai lagi orang yang da masuk dan telah berjaya dalam perjuangan(mati syahid)......maka ketahuilah bahawa kita masih belum bekerja untuk perjuangan islam.....

'orang yang selalu ceria pun ada airmata'

kita selalu ingat orang yang ceria...buat lawak ni xde masalah...jadi ceria je la hidup die....tanpa kita sedari , keceriaan yang ada pada orang itu adalah pengorbanannya untuk orang2 disekelilingnya...kita kena akui , dia juga ada tekanan...dia juga ada komitmen lain...die juga leh mencairkan airmata untuk jatuh ke muka bumi...mungkin bukan depan kita...belakang kita???? :)


ape yang cuba disampaikan disini adalah,cube fahami apa yang dimaksudkan dengan perkataan "kawan" juga "persahabatan"

sebuah syair arab ada menyebut :


إن الصديق على الصديق مصدق



***************
ini adalah permainan dalam otakku ini....tiada kaitan ngan hidup dan mati orang lain....
p/s-kenalilah sahabat anda..kadangkala mereka melakukan pengorbanan untuk kita tanpa kita sedar...


Thursday, July 8

tangisan


334645-4-crocodile-tears.jpg

Waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menghiasi telinga si ibu. Merekah tersenyum hatinya gembira, penawar sakit dan lesu pejuangannya dengan maut. Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baharu di dunia ini dengan lambakan risiko pahit dan kejam kehidupan ini, bercucurkan darah dan titisan air mata.


Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menhimpit perasaan dan kehidupan. Air mata seseorang manusia hanyalah umpama air kotor di perlimpahan. Namun setitis air mata yang jatuh kerana takut kepada Allah persis permata indah gemerlap terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi Allah dan Rasul-Nya bukan semata - mata kerana harta dan pangkat dunia.


Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil. Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan, pemuja dunia.

Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kekecewaan kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalir air mata keinsafan berharap akan kemenangan, serta rindu akan Rasul-Nya.

Penghuni Syurga itulah orang - orang yang menang..

(Al - Hasyr : 20)

Tangisan adalah basahan hidup. Justeru: Hidup dimulakan dengan tangisan, dicela oleh tangisan dan diakhiri dengan tangisan.Manusia sentiasa dalam dua tangisan.

Sabda Rasulullah S.A.W,

Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah..
Nabi Muhammad S.A.W bersabda lagi,
Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih seorang wali..
Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama sepanjang masa dan ada juga tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada seorang 'abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi S.A.W bersabda,

Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih Allah sukai dari suatu kebaikan yang menimbulkan rasa takabbur..
Ketawa..

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama, hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda,

Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa..
Seorang hukama pernah bersyair,
Aku heran dan terperanjat,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan..
Para salafussoleh menangis walau banyak amalannya, takut-takut tidak diterima ibadahnya, namun bagaimana dengan kita, kita hanya ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita...???

Nabi S.A.W pernah bersabda,

Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam menangis..
Kita sentiasa gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun, Allah S.W.T telah berfirman,

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ianya amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..

(Al - Baqarah : 216)

Bukankah Nabi kita pernah bersabda,

Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala..
Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihisab kanan atau dihisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa'at Rasulullah S.A.W. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana diterima taubatnya.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya seraya berkata,

Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu..
Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya,
Kenapa engkau menangis?
Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan berjuang ke medan Perang..

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata,"
Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu..
Ibnu Masud r.a.berkata,
Seorang yang mengerti Al-Qur'an dikenali waktu malam ketika orang lain sedang lenak tidur, dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang bergembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga. Seharusnya orang yang mengerti Al-Qur'an itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah..
Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur,

Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janji kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah Allah S.W.T..
Menangislah saudara saudari di sini, sebelum kita menangis di sana..

WaLlahu a'lam..

Tuesday, June 29

kerana masa....

Satu hari adik korang yg sekolah tadika cakap:
“Bang2..saya telah rugi…”

Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian adik korangkan?
-10 sen?
-100 sen?
-1000 sen?

Tapi kalau bapak korang pulak cakap:
“Wahai anakku, bapakmu telah rugi…”

Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian bapak korangkan?
-1 ribu?
-10 ribu?
-100 ribu?

Dan macamana pulak kalau majikan korang pulak cakap:

“Wahai para pekerjaku, boss telah rugi…”
Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian boss korangkan?
-1 juta?
-10 juta?
-100 juta?

Apatah lagi kalau Kerajaan kita NAJIB pulak cakap

“Wahai rakyakku sekalian, Negara kita Malaysia telah rugi…”
Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian kerajaan kitakan?
1 bilion?
10 bilon?
100 bilon?

Dan, cuba tuan2 dan puan yg aku muliakan, fikir dengan kepala kita,
Bila Raja segala manusia, Allah berfirman (cakap):

“SEMUA MANUSIA DALAM KERUGIAN!”

boleh korang imagine berapakah kadar kerugian itu?
Rugi di akhirat,: dunia dan seisi-isinya pun tak boleh nak nilai…Nauzubillah!

KENAPA MANUSIA RUGI?
Kerana Harta?
Kerana bisness..?
Kerana membayar cukai kepada LHDN?
Kerana terlepas tengok siaran langsung piala dunia?
Kerana tak update isu2 semasa?

Jawapan:
KERANA …MASA! …MASA!



***************************



1. Demi Masa!

2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -

3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.


*******************************

sekitar bulan Ramadhan tahun lalu , dikurniakan ALLAH untuk menjejakkan kaki ke Bumi Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah...

ketikamana berada di Madinah , saya telah dijemput bersama-sama 3 rakan yang lain(jumlah jemaah hampir 42 orang) untuk menjadi tetamu kepada AL ALLAMAH ALHABIB ZAIN ZAINULABIDIN

العلامه الاعيهة إلى الله الحبيب زينا العابدين باعلوي

merupakan waris berketurunan Nabi SAW , yang juga merupakan pengarang kitab

'' الأجوبة الغالية في عقيدة الفرقة الناجية ''

dalam pertemuan tersebut...Syeikhuna memanggil saya dengan nama 'Rusli"...(dalam kelompok Arab lebih mudah memanggil saya dengan nama tersebut).

kata-kata Syeikhuna selepas membacakan ayat tadi kepada saya :
'Ya Rusli , aku hendak memberi peringatan kepada kamu....saya ketika itu hanya memandang tepat wajahNYA...

ketahuilah olehmu bahawa setiap manusia dibumi ini dalam kerugiaan.....(xkira sape2,janji hidup lagi dan bukan mayat ..tp mayat hidup termasuk..huhu)

semuanya rugi kecuali 4 perkara ada padanya....

1-orang beriman - yang mengakui tiada Tuhan selain ALLAH ,beserta rukun2 iman yang lain....
TAPI.....
mereka juga rugi jika beriman semata-mata......
maka hendaklah diikuti dengan perkara yang kedua iaitu

2 - beramal soleh - ye...setelah beriman , hendaklah kita melakukan amalan2 yang soleh bagi mempertingkatkan ketaqwaan kita....

TAPI.....

orang yang ade iman dan beramal soleh pun masih dalam kelompok yang rugi...kerana iman dan amalnya hanya untuk dirinya semata...maka hendaklah disusuli dengan peringkat seterusnya.....

3- berpesan-pesan Dengan kebenaran -yaitu menyampaikan kepada orang lain tentang keimanan dan amalan-amalan soleh(bukan cerita kehebatan amalan sendiri)
juga termasuk kat sini ialah amar ma'ruf....sepertimana yang kita tahu...agama kita agama nasihat..jadi perlulah kita saling ingat mengingati dan menambah amalan kita .......dan perkara ini memang dilakukan kebanyakan orang...ye la...sape taknak kebaikan.....

disambung oleh Syeikhuna semuala.....TAPI....orang ini masih rugi selagimana tidak melangkapkan dengan ciri yang satu lagi iaitu....


4-berpesan-pesan Dengan sabar -apabila kita menyeru orang melakukan kebaikan...maka kita juga akan melakukan 'nahi munkar'...memang diakui...nahi mungkar ini memang akan menerima tentangan samada kaum bukan beragama seperti kita dan juga tentangan dari orang yang dalam IC nya tertulis ISLAM.....
mencegah kemungkaran memang memerlukan kesabaran.....


begitulah pesanan SYEIHUNA



...dan ditambah sedikit melalui pemahaman saya yang cetek ini.....bila merenung kembali kepada kalam Syeikh tersebut,saya terfikir...kat mana nak realisasikan amal ma'ruf nahi mungkar ini.....


tercetus dicelah2 pemikiran ini...nak taknak...kena ada DAULAH ISLAMIYAH balik.....baru leh jalankan syariat ALLAH secara menyeluruh....

Tapi sekarang ni Wala' dah diberikan kar Amerika dan PBB...cane ek????

tapi ALLAH dah berfirman:


ولن يجعل الله الكافرين على المؤمنين سبيلا


**********************

jadi kena gak tegakkan kembali daulah islam kembali....

dalam masa sekarang ni...kemampuan kita adalah mendapatkan negara-negara islam....memang kebanyakan negara mengaku negara islam...tapi adakah pelaksanaan syariat islam dapat dilaksanakan?????
tepuk dada tanya iman....

jadi fikiran terus berfikir cara melaksanakan dan merealisasi 'amal ma'ruf nahi mungkar'
dalam konsep sebagai pelajar...tempat @ medium terbaik adalah dengan melaksanakannya didalam persatuan...ye...inilah medan untuk melakukan
"AMAL MA"RUF NAHI MUNGKAR'
ye..dalam persatuan inilah kita menyeru kepada setiap ahli agar mengikut perundangan ALLAH dalam setiap hal....juga melatih kita sabar dalam mehnah dan tribulasi dari pihak-pihak yang ingin melihat islam tidak ditempat sepatutnya........

***************************************

p/s-lihatlah kembali...ke mana arah penggunaan masa kita...adkah bermanfaat @........
makin rapat dengan tuhan @..........
makin bertambah amalan @...........



********************************



Ni adalah sebahagian lirik lagu raihan:

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran…
Ah...


sebagai seorang yang dhaif,saya menasihati diri saya sendiri agar mempergunakan masa ke arah mendekatkan diri dengan pencipta dan menyelusuri jalan-jalan pejuang AgamaNya....

'bukan kita yang mulakan...jangan kita jadi pengakhiran"dalam meneruskan perjuangan Baginda SAW.....


Munajatku :

YA ALLAH,AKU WAKAFKAN DIRI INI KEJALANMU....

TERIMALAH AKU MENJADI TENTERA AGAMAMU....




diri yang sangat lemah....


ROSLIZAN BIN MOHD YUSOF...





Kembali bertugas….

Alhamdulillah semalam 28hb…ta’yin yang mendebarkan telah dilepasi….Alhamdulillah , kini dengan rasminya memulakan kembali tugasan-tugasan yang tertunggak sejak 2 bualan yang lepas…huhu…

Ye..bermula selepas selesainya peperiksaan semalam , terus mengumpaul dam membungkus barang-barang untuk pulang ke bilik ku sendiri(ye…sudah 2bulan berkampung@bersuluk dan berjauhan dari bilikku)

Kemudian terus bersama rakan-rakan bergerak ke citystar membeli-belah di pasaraya ‘Spinneys’..

Maka berakhirlah semalam….

Hari ini bermulanya episode baru, memulakan dengan mempersiapkan tugasan-tugasan yang berlum selesai samada tergendala disebabkan peperiksaan atau yang tergendala dengan sendirinya…maka kesemua proses ini mengambil masa lebih kurang sehari untuk disempurnakan …..

Ya…bermulanya kembali tugasan…bermulanya kembali kerja-kerja….bermulanya kembali segala-galanya…….

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...