Posts

Showing posts from March 8, 2011

kerja mukmin

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Hidup sebagai seorang mukmin sentiasa dipertanggungjawabkan dengan tugas dan amanah yang besar. Selain diamanahkan menjadi seorang suami dan ayah untuk membimbing keluarganya, dia juga bertanggungjawab untuk memimpin umat ini semoga tugas sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini dapat di jalankan dengan sempurna. Tugas untuk memimpin umat ini bergerak di dalam Jemaah Islam di panggil sebagai daie dan murabbi. Tugas sebagai daie dan murabbi bukanlah tugas yang mudah dan boleh dibuat sambil lewa kerana kerana kesilapan kita memimpin umat Islam dan berlaku penyelewengan akan mengakibatkan Islam di fitnah dan menyebabkan orang akan lari daripada ajaran Islam maka kita akan menanggung dosanya. Tugas untuk mengajak kepada k