GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN
(Oleh: Ustaz Dr. Fathi Yakan) Perubahan merupakan cogankata yang kerap dikemukakan pada masa mutakhir ini oleh pihak-pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Aliran Revolusi. Marxisme adalah merupakan aliran yang paling menonjol sekali mempercayai bahawa perubahan itu mesti berlaku secara kekerasan. Marx secara terang-terangan telah mengemukakan pandangannya terhadap cara (uslub) yang seharusnya diambil oleh gerakan Komunis dalam melakukan perubahan sosial dan mengubah Kapitalisme. Katanya: "Tidak ada jalan bagi menggantikan Kapitalisme dengan Sosialisme kecuali dengan revolusi." Pemuda dalam hubungan ini adalah medan yang subur untuk digunakan oleh semua aliran yang mempercayai Strategi Perubahan ini. Revolusi dan Coup-de-tat yang telah berlaku dan akan berlaku di seluruh dunia akan meletakkan asasnya kepada pemuda-pemuda dalam usaha mencapai tujuan mereka itu. Bagaimana pula sikap Islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda ini? Apakah peranan pemuda dalam perubaha...