GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN
(Oleh: Ustaz Dr. Fathi Yakan)
Perubahan merupakan cogankata yang kerap dikemukakan pada masa mutakhir ini oleh pihak-pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Aliran Revolusi. Marxisme adalah merupakan aliran yang paling menonjol sekali mempercayai bahawa perubahan itu mesti berlaku secara kekerasan. Marx secara terang-terangan telah mengemukakan pandangannya terhadap cara (uslub) yang seharusnya diambil oleh gerakan Komunis dalam melakukan perubahan sosial dan mengubah Kapitalisme. Katanya: "Tidak ada jalan bagi menggantikan Kapitalisme dengan Sosialisme kecuali dengan revolusi."
Pemuda dalam hubungan ini adalah medan yang subur untuk digunakan oleh semua aliran yang mempercayai Strategi Perubahan ini. Revolusi dan Coup-de-tat yang telah berlaku dan akan berlaku di seluruh dunia akan meletakkan asasnya kepada pemuda-pemuda dalam usaha mencapai tujuan mereka itu. Bagaimana pula sikap Islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda ini? Apakah peranan pemuda dalam perubahan Islam yang dicita-citakan? Apakah ciri-ciri Perubahan Islam itu? Kesemuanya ini akan cuba dibincangkan dan diperkatakan dalam kajian kita ini (Generasi muda dan Perubahan).
Kenapa mesti Pemuda?
Kenapa fokus selalunya kepada pemuda? Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda? Pada logik Islam, apabila kita bergantung kepada pemuda, bukanlah bermakna kita melupakan peranan orang-orang dewasa dan juga orang tua, atau memperkecil-kecilkan kedudukan mereka seperti fahaman Korainisme di mana seorang pemimpin mereka selepas revolusi telah menuntut supaya dihapuskan kesemua orang-orang tua supaya tidak menjadi beban kepada negara. Menurut Islam setiap manusia ada peranannya. Setiap peranan harus diberikan haknya, tanpa ada rasa sensitif, tanpa ada pertentangan. Mengikut asas-asas dan kaedah-kaedah berikut:
1) Dirahmati Allah seorang yang mengenal batas dirinya dan dia melakukan apa yang sepatut dilakukannya.
2) Bukan dari kalangan kita mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani anak-anak kecil.
3) Kebenaran itu diterima walaupun datangnya dari seorang anak kecil atau orang tua walaupun ianya kerabat jauh yang tidak disukai, sementara kebatilan itu ditolak walaupun datang dari anak kecil atau orang tua yang dekat lagi dikasihi.
Apabila skop tugas-tugas perubahan difokuskan kepada pemuda-pemuda maka ia adalah sesuai dan selaras dengan kemampuan dan tugas mereka. Manusia dalam setiap peringkat usianya dalam kehidupan mempunyai kebolehan-kebolehan dan kemampuan-kemampuan yang sesuai dengan tugas—tugas yang tertentu. Kadang-kadang mungkin tidak sesuai dengan semua tugas. Tugas pada masa usia kanak kanak lain daripada tugas waktu usia muda pemuda, dan seterusnya lain pula dengan tugas dalam waktu usia dewasa dan hari-hari tua.
Allah swt. berfirman yang bermaksud:
Dan Allah Yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian ia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu Yang disegerakan matinya), dan ada pula di antara kamu Yang dikembalikannya kepada peringkat umur Yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu Yang telah diketahuinya; Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. (QS:An Nahl:70)
Kenapa pemuda menjadi objek di sini?
Pada hakikatnya usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas. Iaitu usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula. Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional. Dari sini usia muda pemuda dalam perkiraan Islam mempunyai tanggungjawab dan nilai yang khusus dan kerana itu Rasulullah saw menekankan supaya pemuda-pemuda merasai demikian melalui sabdanya:
“Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- Usia muda kamu sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati, dan masa lapang kamu sebelum sibuk.”
Umat manusia, dalam tabiat kejadian dan pembentukannya mempunyai masa terhad dalam usia yang mampu memberi sesuatu. Kemudian ia mula surut kebelakang (susut). Firman Allah swt yang bermaksud:
"...Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan diantara manusia."
(QS:Ali Imran:140)
Dan benarlah sabda Rasulullah:
”Bahawa setiap amalan itu ada puncak kesungguhan-nya, setiap puncak kesungguhan itu ada surutnya. Maka sesiapa yang surutnya adalah pada sunnahku, maka di telah mendapat petunjuk, dan sesiapa yang surut kepada yang lain, bererti telah binasalah dia.”
Dari sini penekanan adalah untuk mendapatkan faedah dari usia muda dan dari para pemuda dalam menunaikan tugas berat dan melintasi halangan-halangan serta menyahut cabaran yang diperlukan dan dituntut oleh perubahan tamadun.

Comments