Tolonglah teman...
Tolonglah teman.. Menafsir dan menilai kesalahan diri Perkara yg mudah dirasai Hakikat ingin membawa perubahan diri Pun sebenarnya sudah dijiwai Tinggal aqal, gerak hati, tangan dan kaki Yang menentukan Catatan di kanan atau dikiri Yang paling banyak dihisabi Tolong teman, Jangan dilambatkan misi ini, Tarbiyah telah diberi, Tazkirah pun sudah banyak jadi makanan rohani, Kan kesatuan yang sedang di cari, Kenapa masih leka dengan duniawi Tolonglah teman, Tinggalkan perkara leka dan menyesatkan jiwa, Bantu mereka dalam barisan yg telah diamanahkan kpd kita, Kelak kita akan ditanya, Apa sumbangan pada agama Tolonglah teman... Pesanan buat sekian kalinya untuk kita, Jangan kerana kita Islam terfitnah, Jangan kerana kita kesatuan boleh berpecah, Jangan kerana kita menggoyah perjalanan dakwah Tolonglah teman, Mengharapkan buah fikiran kamu, Bersama-sama menggerakkan matlamat yang satu, Moga hati-hati kita kembali bersatu, Menjulang perjuangan yang kita bina suatu ketika dulu, Agar berte...