Posts

Showing posts from May 22, 2010

SABAR DENGAN UJIAN DAN MEHNAH

Sifat sabar adalah permulaan bagi segala maqam atau segala pangkat yang boleh diterima oleh setiap orang yang ingin mencapai kebahagaian dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.Sseorang yang telah dapat memiliki sifat sabar ini,dia akan mendapat pula satu lagi maqam yang lebih tinggi iaitu sifat redha.Sifat redha ini adalah maqam yang tinggi selepas sifat sabar. Bila kita katakan sesorang itu sabar,ertinya dia dapat menerima segala ketentuan qada’ dan qadar Allah swt.Tapi perlulah kita ingat bahawa sekiranya kita tidak boleh sabar dengan segala ketentuan dari Allah swt,maka payah sekali untuk redha dengannya.Lebih-lebih lagi untuk kita merasa terhibur dengan segala ketentuan dari Allah swt ke atas setiap diri kita. Mungkin seseorang itu dapat bersabar dan dapat pula dia redha denga segala ketentuan Allah swt,tapi adakah dia terhibur dengan segala ketentuan Allah swt itu?Untuk itu dia memerlukan sedikit usaha untuk maqam terhiburnya dia dengan segala ketentuan Allah swt iaitu qada’...

Mencari Erti Mewarisi Dakwah & Tarbiyah

Segala puji milik Allah, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah saw, para sahabat, tabiin hingga hari kiamat. Salam kecerdasan buat para sahabat/bah ku sekalian, baik yang muda mahupun yang mengawali diri merentas jalan dakwah & tarbiah. Sesungguhnya dalam ruang yang terbatas ini mari kita berpesan-pesan dengan kesabaran dan kebenaran, demi untuk kita mengutip bekal di sepanjang jalan yang sedang kita lalui. Fahamilah bahawa kita amat perlu kepada bekalan, apatah lagi dalam mengharungi perjalanan yang panjang dan persiapan yang cukup. Apakah bekal yang perlu kita sediakan? “Dan berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa, dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang yang memiliki akal”. (Al-Baqarah : 197) Marilah kita berusaha mengulang kembali peta kehidupan para sahabat nabi saw dalam diri kita, para pembawa bendera dakwah. Sesungguhnya mereka telah berjaya merealisasikan tugas utama mereka iaitu memakmurkan bumi dan menjadi khilafah di dalamnya, “Dan Allah telah...