Mencari Erti Mewarisi Dakwah & Tarbiyah

Segala puji milik Allah, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah saw, para sahabat, tabiin hingga hari kiamat.

Salam kecerdasan buat para sahabat/bah ku sekalian, baik yang muda mahupun yang mengawali diri merentas jalan dakwah & tarbiah.

Sesungguhnya dalam ruang yang terbatas ini mari kita berpesan-pesan dengan kesabaran dan kebenaran, demi untuk kita mengutip bekal di sepanjang jalan yang sedang kita lalui. Fahamilah bahawa kita amat perlu kepada bekalan, apatah lagi dalam mengharungi perjalanan yang panjang dan persiapan yang cukup. Apakah bekal yang perlu kita sediakan?

“Dan berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa, dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang yang memiliki akal”. (Al-Baqarah : 197)

Marilah kita berusaha mengulang kembali peta kehidupan para sahabat nabi saw dalam diri kita, para pembawa bendera dakwah. Sesungguhnya mereka telah berjaya merealisasikan tugas utama mereka iaitu memakmurkan bumi dan menjadi khilafah di dalamnya,

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa”. (An-Nuur : 55)

Kini tugas tersebut perlu kita warisi… Mewarisi? Apa erti kita mewarisi tugas tersebut?

timbul persoalan demi persoalan dari segelintir masyarakat, mengapa terlalu perlahan langkah dakwah kita sedangkan ummah menanti-nanti kedatangan sang da’’ie. Mengapa ada di kalangan da’ie yang memberi-beri alasan bahawa diri tidak bersedia atau belum sampai marhalahnya lagi…! Apakah maknanya kita juga tidak bersedia mewarisi risalah yang mulia ini.. atau kesediaan kita hanya untuk mewarisi sebahagiannya sahaja?

Mari kita kembali menghayati seerah para sahabat Rasulullah saw. Ternyata para sahabat saw sentiasa mencari posisi/kedudukan mereka di sisi Allah, sentiasa mencari erti tujuan hidup mereka, dan apa yang mereka ingin wujudkan dari nilai-nilai Islam dalam jiwa mereka sebelum mereka berusaha melihatnya secara nyata terwujud di muka bumi; untuk bergerak dengan dakwah, seperti Al-Quran berjalan ditengah manusia pada setiap tempat.

Dan hal ini, kita tidak mampu mengikut jejak langkah mereka kecuali jika jiwa kita telah hidup, kuat dan penuh semangat, memiliki hati yang baru dan bersih, mampu menggerakkan perasaan yang penuh perasaan cemburu dan gelora terhadap permasalahan umat, membawa ruh-ruh yang bercita-cita mulia, cita-cita itu sentiasa muncul dan bergerak, mengadaptasikan akhlak mulia dalam medan realiti, memiliki tujuan-tujuan yang suci dan kita terus bergerak hingga sampai kepada-Nya.

Demikianlah ruh yang membawa Rab’i bin Amir yang berseru di hadapan pemimpin diktator : “Kami adalah kaum yang diutus oleh Allah untuk mengeluarkan hamba-hamba dari penyembahan manusia menuju penyembahan kepada Tuhan manusia, dari kezaliman agama-agama menuju keadilan Islam, dan dari sempitnya dunia menuju luasnya dunia dan akhirat”.
Mereka yang bergabung di jalan kita ini sebenarnya sedang memikul amanah yang berat :

“Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”. (Al-Ahzab : 72)

Subhanallah, kini semakin sedar dan fahamlah kita bahawa besarnya amanah untuk umat Islam, iaitu menjaga risalah Allah di muka bumi ini, memiliki martabat ustadziyah alam di dunia, menyebarluaskan dakwah & tarbiah kepada semua masyarakat.

Dan jangan lupa bahawa medan kerja menuntut ketekunan dalam setiap marhalah dan wasilah. Jangan biarkan dakwah tenggelam dalam suasana kemalasan dan kelemahan dan keterbelakangan dalam mengepalai peradaban, namun jadilah selamanya untuk membangun dunia yang sedang mengalami kehancuran, jadilah pohon kurma yang memberikan keteduhan dari kejamnya kezaliman & ketidakpedulian, melemparnya dengan buah terhadap penyerang yang melemparnya dengan batu; semoga Allah melihat hati-hati kalian yang berurusan dengan Deen-Nya beroleh kejayaan dan perbaikan, sehingga menganugerahkan kepada umat, bahawa janjinya tetap dan cita-cita orang yang ikhlas pasti akan terbina.

“Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)”. (Al-Qashash : 5).

“…Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya. (Yusuf : 21)

Salam motivasi iman, salam kesegaran dakwah dan salam ketekunan dalam jalan tarbiah....


tiada alasan dalam dakwah

Comments

Popular posts from this blog

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA