Posts

Showing posts from May 20, 2010

Kempen "Menutup Sementara Waktu Akaun Facebook" - PMRAM

Image
PMRAM Mengecam Penghinaan Karikatur Rasulullah Di Facebook link KAHERAH, 20 Mei - PMRAM hari ini mengutuk dan mengecam tindakan pihak halaman sosial “Facebook” yang mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. PMRAM juga memandang perkara ini serius dan ianya melibatkan perkara penghinaan yang berat ke atas baginda Rasulullah SAW. Bahkan penghinaan yang dilakukan ini bukanlah perkara baru. Sebelum ini juga sebagaimana yang diketahui karikatur yang dilukis oleh seorang pelukis Denmark jelas menghina baginda SAW. Namun kali ini penghinaan yang dilakukan melalui Facebook memandangkan komuniti yang berada di dalamnya sangat besar dan paling disukai ramai ketika ini. Hal ini merupakan jenayah cyber yang digunakan oleh pihak musuh Islam untuk membangkitkan kemarahan umat Islam. Sehubungan dengan itu, Islam Today telah melaporkan Kerajaan Pakistan telah diarahkan untuk menutup laman web sosial di Pakistan sehingga 31 Mei. Pertandingan ini telah digerakkan oleh sebuah kumpulan ...

Adakah kita tergolong???

salam....kali ni nak muhasabah... kadangkala merasakan diri ini 'macam best' tapi disisi Tuhan.... sama2 la kita perhatikan...dan moga2 tiada pada kita perkara2 dibawah ni...... CIRI-CIRI MUNAFIK SEJATI... 1. DUSTA Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid: “Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang tertawa.” Di dalam kitab Sahihain (Sahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW. berSabda: “Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta.” 2. KHIANAT Sabda Rasulullah SAW.: “Dan apabila berjanji, dia berkhianat.” Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar’iyy maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan. 3. FUJUR (BURUK) DALAM PERTIKAIAN Sabda Rasulullah SAW.: “Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau” 4. ...

Usahakanlah untuk akhiratmu.Dunia akan berlari kepadamu

Hidup adalah modal kehidupan yang abadi.Berbahagialah bagi mereka yang hidupnya hanya berbakti dan berbudi tulus ikhlas hanya untuk Ilahi,tuhan semesta maya pada ini. Tidak terkira banyaknya nikmat yang Allah swt telah kurniakan kepada sang hamba. Bermula dari sekecil-kecil nikmat sehinggalah sebesar-besar nikmat kurniaan, sedikit pun DIA tidak minta dibalas.Cukuplah sekadar memanjatkan rasa syukur kepadaNya dengan segala bentuk manisfetasi kehidupan samaada melalui perkataan, perbuatan serta tingkah laku kita seharian. Maha suci Engkau wahai tuhan yang maha Agung lagi maha Mulia. Makhluk yang bernama manusia sering kali terlupa. Bila lupa,leka dengan dunia.Dirasanya dunia ini adalah segala-galanya. Hidup sehari-hari hanya mencari harta benda. Fikiran dan daya usaha sepenuhnya tertumpu pada kenikmatan yang sementara.Pernah Saidina Ali ra. berkata: "Seseorang yang setiap hari hanya memikirkan tentang soal isi perutnya sahaja, dirinya tidak ubah seperti apa yang keluar dari perutnya...

Kemahiran Insaniah : bersediakah mahasiswa Mesir??

KEMAHIRAN INSANIAH CABARAN DAN KEPERLUANNYA KEPADA MAHASISWA MESIR TUJUH KEMAHIRAN INSANIAH YANG UTAMA : Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran Kerja Berpasukan Kemahiran Keusahawanan Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat Etika Dan Moral Profesional Kemahiran Kepimpinan KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI Kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan dan dengan peserta komunikasi yang berlainan Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis. Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan member maklumbalas. Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar. Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan. Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan . Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya berlainan. K...

pesan buat hati

Image
"Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan." kenapa resah "Jika sesuatu yang kita kehendaki belum dapat susah hati kita. Setelah dapat bimbang kehilangannya, kemudian apa yang didapat itu rasa tidak cukup, lebih-lebih lagi apa yang dapat itu tidak sebanyak orang lain dapat. Timbul pula tamak memburunya. Sampai bilakah hendak mendapat ketenangan dan kebahagiaan, sedangkan ketenangan dan kebahagiaan itu sesuatu perkara yang tiada nilainya." pemurah "Pemurah tidak mesti setelah kaya, kerana pemurah itu bermacam-macam caranya, dengan harta, dengan kemesraan, dengan senyum, dengan fikiran, dengan ilmu pengetahuan, dengan tenaga, dengan kemaafan, dengan berlebih kurang, dengan bertolak ansur, dengan lapang dada " bersihkan hati kita "Ramai manusia sibuk setiap hari membersihkan dan mencantikkan diri yang lahir. Tapi anggota batinnya dibiarkan kotor dan be...

Kematian itu pasti menjelma

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapk...

Buta Mata

Album : Yang Dirindu Munsyid : Nadamurni http://liriknasyid.com Buta mata tak nampak jalan di dunia Kerana tidak nampak cahaya Tidak tahu ke mana hendak dituju Ke hilir atau ke hulu Selamatlah di dunia fana ini Bilamana mata tidak buta Melalui pengalaman diri Kerana jalan itu sudah biasa Ada pedoman yang menunjuk kita Tongkat di tangan membantu jua Boleh jadi orang simpati yang membawa Tapi jika buta hati menderita Tidak nampak jalan menuju ke akhirat Negeri yang kekal abadi Tidak diukur, tidak diukur dengan mata Kerana tiada kawan yang membantu Tiada pengalaman yang memastikannya Tiada pedoman menunjuk kita Tidak ada yang simpati menolong kita Dalam kegelapan terjun ke neraka Menderita di negeri yang abadi Tidak kembali ke dunia lagi Tiada gunanya penyesalan diri Oleh itu banyakkan 'amal dan bakti

Bangkitlah Negriku

Album : Ini Langkahku Munsyid : Shoutul Harakah http://liriknasyid.com Tatap tegaklah masa depan Tersenyumlah tuk kehidupan Dengan cinta dan sejuta asa Bersama membangun Indonesia Pegang teguhlah kebenaran Buang jauh nafsu angkara Berkorban dengan jiwa dan raga Untuk tegaknya keadilan Bangkitlah negeriku harapan itu masih ada Berjuanglah bangsaku jalan itu masih terbentang Bangkitlah negeriku harapan itu masih ada Berjuanglah bangsaku jalan itu masih terbentang Selama matahari bersinar Selama kita terus berjuang Selama kita satu berpadu Jayalah negeriku jayalah!

Catatan Buat Pemuda

Semenjak runtuhnya Khilafah Islamiah dan hilangnya perundangan Islam dari kehidupan umat Islam, kuasa-kuasa luar dan dalam, di peringkat antarabangsa dan tempatan telah bergerak melakukan kerja siang malam untuk satu tujuan; tujuan yang keji dan hina iaitu meruntuhkan akidah Islam dari hati-hati generasi muslim. Begitu juga untuk memadamkan ruh jihad di jalan Allah yang ada di dalam perasaan dan diri mereka. Sehingga generasi tersebut -pemuda dan pemudi, lelaki dan perempuan berubah dari beriman dengan penuh keyakinan kepada keraguan, dari beramal kepada tawakkal, dari berakhlak kepada penyelewengan. Negara Islam menjadi makanan yang terhidang bagi pelahap. Kuasa-kuasa yang bergerak dengan berganding bahu ini terdiri dari lima golongan: 1. Kristian dan penjajahan. 2. Komunis antarabangsa. 3. Zionis. 4. Salibiah. 5. Agen-agen. Setiap satu dari kuasa ini mempunyai perancangan, penyusunan, uslub dan wasilah yang tersendiri di dalam usaha merosakkan generasi muslim dan menghancurkan pemuda...