pesan buat hati
"Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan."
kenapa resah
"Jika sesuatu yang kita kehendaki belum dapat susah hati kita. Setelah dapat bimbang kehilangannya, kemudian apa yang didapat itu rasa tidak cukup, lebih-lebih lagi apa yang dapat itu tidak sebanyak orang lain dapat. Timbul pula tamak memburunya. Sampai bilakah hendak mendapat ketenangan dan kebahagiaan, sedangkan ketenangan dan kebahagiaan itu sesuatu perkara yang tiada nilainya."
pemurah
"Pemurah tidak mesti setelah kaya, kerana pemurah itu bermacam-macam caranya, dengan harta, dengan kemesraan, dengan senyum, dengan fikiran, dengan ilmu pengetahuan, dengan tenaga, dengan kemaafan, dengan berlebih kurang, dengan bertolak ansur, dengan lapang dada "
bersihkan hati kita
"Ramai manusia sibuk setiap hari membersihkan dan mencantikkan diri yang lahir. Tapi anggota batinnya dibiarkan kotor dan berdaki. Padahal rosaknya kehidupan di dunia berpunca daripada kekotoran batin. "
jagalah pandgn
"Takutilah Allah terhadap perempuan, kerana darinya timbul fitnah, susuk badannya merangsang nafsu, suara lembutnya boleh menggoda, mukanya boleh kita tergila-gila, tingkah lakunya boleh merosak jiwa."
semak hati kita
"Kalau di dalam hal-hal ibadah boleh datang riyak dan megah, betapalah halnya perkara-perkara dunia lebih-lebih mudah lagi kedatangan riyak dan megah. Kerana itulah periksalah perjalanan hati kita. Ke mana dia hendak membawa kita, kepada Tuhan atau selain-Nya."
berlembutlah dalm menyeru
"Bila diperjuangkan Islam itu secara kasar dan tidak berakhlak laksana hidangan makanan yang enak kepada tetamu,tapi diberi secara dilemparkan"
perang nafsu
"Banyak orang yang berjaya mengalahkan musuh yang ramai menakluki bangsa yang besar menawan negara yang luas tapi banyak orang yang gagal mengalahkan nafsu dalam diri."
penyakit hati
"Kalau kita memberi nasihat tidak merubah jiwa orang, samada, kita yang bersalah atau para yang mendengar yang salah atau kedua-duanya yang bersalah. Di antara sebabnya kerana hati kita cinta dunia"
Usaha dan tawakallah..
"Allah menyuruh kita berusaha maka berusahalah, kejayaannya kerja Tuhan, bukan kerja kita, kalau kita campur tangan kerja Tuhan kita akan kecewa yang parahnya akan putus asa."
keutamaan
'Perkara yang patut dipandang besar bukan masa depan di dunia tetapi masa depan selepas mati di Akhirat, ia kekal abadi."
nasihat menasihati
" menasihati orang yg bersalah tidak salah, yang salah ialah memikirkan kesalahan orang lain"
Tekunlah beribadah
" kita seringkali rasa malas dan lemah dalam beribadah, tapi ingatlah, Allah tak pernah rasa malas mengurniakan kita bermacam-macam nikmat"
Comments