Posts

Showing posts from April 4, 2010

konteks kebajikan dalam islam vol.2

1- Sebelum ini kita telah membicarakan konteks kebajikan di dalam Islam pada sudut akidah. Dan kita mengetahui bahawa seruan ke arah akidah Islam, merupakan kebajikan yang paling besar ke atas manusia kerana akan menyelamatkan manusia di akhirat kelak. Bahkan rahmat yang dibawa oleh Junjungan Mulia bukan sekadar kebajikan berbentuk material sahaja, bahkan kebajikan ialah apa jua perkara yang akan menyebabkan seseorang itu berasa selamat dan aman. 2- Islam menekankan manusia agar menjaga 5 perkara asas utama iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunan (juga termasuk maruah). 5 perkara asas utama inilah kebajikan yang perlu diberikan dan ditekankan oleh Islam ke atas umatnya. Bagaimana cara untuk tidak berlaku apa-apa jua kerosakan dan keburukan ke atas 5 perkara asas utama tersebut maka ia merupakan kebajikan yang disalurkan. 3- Berkenaan dengan agama ialah, kita menerangkan kepada manusia sekalian mengenai agama yang sebenar. Yang relevan dari sudut akal dan fleksibel pada setiap mas...

Konteks kebajikan dalam islam vol.1

1- Satu sesi diberikan peluang di dalam memikul amanah menjalankan kebajikan kepada mahasiswa/wi Malaysia di Mesir memberikan banyak input dan ilmu yang baru kepada saya berkaitan kebajikan. Kebajikan merupakan agenda di dalam agama Islam itu sendiri bagi memamdu manusia ke arah yang tuntut dan menyelamatkan mereka daripada kebinasaan dan kerosakan yang dimurkai. 2- Persoalan kebajikan bukan hanya dimainkan oleh Islam sahaja, bahkan ia menjadi pembawakan yang penting bagi mana-mana seruan oleh pihak-pihak selain Islam. Tidak kiralah samada kebajikan yang mereka definasikan berbentuk pemberian material atau kemewahan dunia. 3- Apa yang penting di dalam Islam, kebajikan bukan hanya setakat pemberian material dan janjian kemewahan dunia semata-mata. Ia bukan tujuan utama. Namun apa yang diutamakan dan hakikat yang sebenar ialah, kebajikan di dalam Islam ialah memastikan manusia umumnya, khasnya umat Islam, berada di dalam keadaan yang dirahmati Allah SWT dengan melakukan amal makruf dan m...