Konteks kebajikan dalam islam vol.1

1- Satu sesi diberikan peluang di dalam memikul amanah menjalankan kebajikan kepada mahasiswa/wi Malaysia di Mesir memberikan banyak input dan ilmu yang baru kepada saya berkaitan kebajikan. Kebajikan merupakan agenda di dalam agama Islam itu sendiri bagi memamdu manusia ke arah yang tuntut dan menyelamatkan mereka daripada kebinasaan dan kerosakan yang dimurkai.

2- Persoalan kebajikan bukan hanya dimainkan oleh Islam sahaja, bahkan ia menjadi pembawakan yang penting bagi mana-mana seruan oleh pihak-pihak selain Islam. Tidak kiralah samada kebajikan yang mereka definasikan berbentuk pemberian material atau kemewahan dunia.

3- Apa yang penting di dalam Islam, kebajikan bukan hanya setakat pemberian material dan janjian kemewahan dunia semata-mata. Ia bukan tujuan utama. Namun apa yang diutamakan dan hakikat yang sebenar ialah, kebajikan di dalam Islam ialah memastikan manusia umumnya, khasnya umat Islam, berada di dalam keadaan yang dirahmati Allah SWT dengan melakukan amal makruf dan menegah kemungkaran. Ini adalah skop yang sangat besar dan umum.

4- Itulah hakikat sebenar kebajikan di dalam Islam. Memastikan amal makruf berjalan dan kuat kuasa cegah kemungkaran dilaksanakan. Justeru, apabila kedua-duanya dilakukan, nescaya kesenangan, pemberian material dan kemewahan akan menyusul selepas itu.

5- Bermula dengan akidah yang merupakan tapak bagi manusia mengakui Allah tuhan yang Maha Esa yang tiada tuhan yang layak disembah melainkan-Nya, kebajikan utama yang harus dilaksanakan ialah menyelamatkan akidah manusia. Memastikan semua kembali dan menuruti landasan yang telah diletakkan oleh Islam. Dengan memperakui Allah sahaja yang layak disembah dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah, kebajikan ke atas akidah manusia telah terlaksana. Kerana akidah yang rosak akan menyebabkan manusia diheret ke lembah neraka selama-lamaya. Justeru, kebajikan ke atas akidah memastikan, kefahaman yang sebenar mengenai tujuan diciptakan dan pelepasan di akhirat kelak.

6- Sebagaimana yang telah saya bentangkan di dalam siri Akidah Islam Dan Jenayah Murtad, kekuatan akidah di dalam memperakui Allah Yang Maha Esa sahaja yang layak disembah mempunyai 3 unsur utama bagi membentuk peribadi muslim yang sebenar-benarnya menyerahkan diri kepada Allah SWT. 3 unsur utama tersebut ialah memperakui Alllah sebagai tuhan yang layak disembah tanpa yang lain, tuhan yang menciptakandan mengatur percaturan yang telah termaktub, dan unsur yang akhir ialah meyakini bahawa kekuasan mutlak bagi Allah di dalam melaksanakan manfaat dan kemudhratan iaitu hanya Allah menjadi tempat perlindungan dan pergantungan dalam segenap urusan.

7- Ekoran akidah yang salah dan sesat merupakan punca utama kerosakan dan kezaliman melanda di atas muka bumi ini. Sekiranya segala pemusatan disatukan kepada Allah nescaya, isu kezaliman pasti tidak berlaku. Namun kezaliman terus melanda disebabkan pelbagai akidah yang salah tersebut. Lihat sahaja, bagaimana akidah yang dianuti oleh Yahudi dan kini kepercayaan tersebut yang telah diselewangkan oleh paderi dan para zionis mereka menyebabkan mereka meghukumkan bahawa darah umat Islam bagi mereka adalah halal untuk ditumpahkan. Penyelewangan akidah yang dianuti oleh kelompok atheis menyebabkan percaturan dan peraturan kehidupan dunia membenarkan kezaliman ke atas nyawa, maruah dan harta berlaku. Dan hanya dengan memperbetuli akidah ke arah akidah Islam, kebajikan secara hakikat akan terlaksana.

di copy dari : http://akuabezuh.blogspot.com/2010/03/konteks-kebajikan-di-dalam-islam-vol-1.html

Comments

Popular posts from this blog

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA