Posts

Showing posts from May 26, 2010

teman..............

Teman, Aku ingin... Teman tersayang, Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq, Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq, Harta dikorbankan bukan sedikit, cintakan kebenaran, sanggup bersakit. Serta tawakkal Ibrahim mulia, Ketika meninggalkan insan tercinta, Di bumi tandus tanpa bicara, Meyakini Allah sebagai Penjaga. Aku impikan antara kita seorang Umar, Berdiri tatkala tunduknya manusia, Bersuara tatkala diamnya mereka, Menggerunkan musuh durjana. Serta senyuman Syed al-Qutb, Ketika berhadapan dengan tali maut, Akidah mantap tidak terrenggut, Roh dakwahnya tidak surut. Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair, Menahan panahan Hajjaj dengan rela, Bersama si ibu tua, Lantas syahid, rohnya ke syurga. Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna, Fikrahnya jernih, menggegar dunia, Merelakan tubuhnya dimamah peluru, Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul. Aku cintakan pemuda Giffari, Menentang kezaliman walaupun diancam, Moga kau lahir lagi di abad ini, Jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram. Aku ...

Dakwah Tak Boleh Dipikul Oleh Orang yang MANJA

Image
Perjalanan dakwah yang kita lalui ini bukanlah perjalanan yang banyak ditaburi dengan hamparan permaidani merah dan kesenangan. Ia merupakan perjalanan panjang yang penuh rintangan, mehnah dan tribulasi. Telah banyak sejarah orang-orang terdahulu yang merasa pahit getirnya perjalanan dakwah ini. Ada yang diseksa, ada yang harus berpisah dengan sanak-saudara, ada pula yang diusir dari kampung halamannya dan berderetan lagi kisah perjuangan manusia lain yang telah mengukir bakti dari pengorbanannya dalam jalan dakwah ini. Mereka telah merasakan dan sekaligus membuktikan cinta dan kesetiaan terhadap jalan dakwah yang suci ini. Cuba kita renungkan kisah peperangan Dzatur Riqa’ yang dialami oleh sahabat Abu Musa Al Asy’ari dan para sahabat lainnya. Mereka telah merasakannya hingga kaki-kaki mereka robek dan kuku tercungkil. Namun mereka tetap mengharungi perjalanan itu tanpa mengeluh sedikitpun. Bahkan, mereka malu untuk menceritakannya kerana keikhlasan mereka dalam perjuangan. Keikhlasan ...