Posts

Showing posts from September 26, 2010

bersahabat kerana ALLAH

Image
Alhamdulillah...syukur ku panjatkan ke hadrat ALlah....sekarang ni berada di hadapan perpustakaan di Iskandariah....mencuri wireless yang disediakan secara percuma...menulis disamping ustaz Adly yang baru ditabalkan sebagai YDP BKAWM bagi sesi 2010/2011...melepakkan diri diluar sementara menanti pelajar-pelajar baru yang menikmati buku-buku di dalam perpustakaan,tanpa perlu membuang masa,ku update la blog yang semakin tua usianya....maka...terimalah penulisan di Alex..... Sahabat yang dirahmati Allah, Setiap manusia yang waras perlu kepada sahabat yang akan bersama-samanya semasa susah dan senang.Keperluan kepada sahabat adalah fitrah manusia. Rasulullah s.a.w sendiri mempunyai sahabat-sahabat yang setia, yang sentiasa bersama-sama baginda di dalam menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah, bermula di Mekkah dan seterusnya di Madinah hingga tertegaknya Daulah Islamiyah di Madinah. Kita juga perlu kepada sahabat, melalui sahabatlah kita akan mendapat menyelesaikan berb...