Saturday, July 25

BARANG HILANG? INI PETUANYA. MENCARI BARANG YANG HILANG.

Assalamualaikum, alhamdulillah kita masih dapat bersiaran dan membaca blog yang kadang kala ada mood menulis, dan kadangkala hilang dari radar,


InsyaAllah , hari ini nak berkongsi beberapa petua atau cara, yang digaris dan diajarkan oleh tuan guru berkenaan dengan cara mencari barang yang hilang, 


Sekiranya anda tidak gemar membaca secara panjang, elok sahaja tonton video ini, melalui link ini :

https://youtu.be/t37AgsL2nkM

Baik, bagi anda yang mahu dari pembacaan, boleh sambung membaca, moga-moga bermanfaat,


Pernahkan anda terlupa di mana letaknya barang yang anda simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun di mana juga? Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah dan mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini:

Petua 1

Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula.

Petua 2

Baca:

Al-Fatihah 7 kali

Al Fath 1-3 7 kali

Al Khafi Ayat 19 7 kali

Surah Al-Ikhlas 7 kali

Selawat 7 kali

Ya Allah 3 kali.

Kemudian wirid ‘Ya Hafiz’ 119 kali

Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.

Petua 3:

Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’.

Doa itu adalah:

“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”
Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”

Berkata Imam Nawawi:

“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya"


InsyaAllah, jom cuba amalkan, mudah-mudahan berjaya, insyaAllah.

BERGERAK KE RUANG DAKWAH DUNIA MAYA

Assalamualaikum, alhamdulillah puji dan syukur di panjatkan kepada Allah.

Dunia dakwah ini luas, tiada batasan masa dan tempat, 

Kini saya menceburkan diri dalam dunia ' youtube' sebagai medan dakwah,

Kenapa memilih Youtube?

Saya memilih di Youtube kerana, ianya tidak memerlukan masa yang tertentu dan boleh di rakam bila-bila masa sahaja, jadi dua perkara ini adalah jawapan paling tepat dengan lokasi dan juga komitmen tugas saya sekarang,

Jadi, saya jemput sahabat pembaca sekalian, agar dapat menonton, dan jika sudi, bolehlah 'subscribe' channel youtube saya,

Ini link ke channel youtube saya, 


https://www.youtube.com/channel/UClxlONXApn8SgDMQzOv96Iw


Dan ini antara koleksi tazkirah satu hari satu isi,

Bual santai berisi, satu hari satu isi.


Episod 1 :LAUTAN KESYUKURAN

https://youtu.be/FtYd-bc_IcM

Episod 2 : LAFAZ KESYUKURAN

https://youtu.be/SsqxWyvrurk

Episod 3 : SEDEKAH BUKTI SYUKUR

https://youtu.be/TC-pbn6bFMg

Episod 4 :  IMBANGI UCAPAN SYUKUR

https://youtu.be/YfKZRQDP-88

Episod 5 : ZIKIR MUDAH LAGI INDAH

https://youtu.be/tHXNiYgQStA

Episod 6 : PENGHAYATAN ZIKIR

https://youtu.be/jaMA3dQNXfs

Episod 7 : SYUKUR

https://youtu.be/RYd_U6QYx-A

Episod 8 :TERIMA KASIH YA ALLAH
https://youtu.be/fmuN58CElk4

Episod 9 : HALANGAN DOA
https://youtu.be/x2cI8BD5leE

Episod 10 : UNGKAPKAN LAFAZ KEAMPUNAN
https://youtu.be/1UuO_YfnvZI

Episod 11 : HATI RESAH GELISAH

https://youtu.be/MR4Tq0VQEGg

Episod 12 : TIPS MAKBULNYA DOA

https://youtu.be/zA6N18Cx7fw

Episod 13 : KHABAR GEMBIRA BUAT KITA PENDOSA
https://youtu.be/I46L0h0Gt_g

Episod 14 : SEBARKAN KEBAIKAN DATANG GANJARAN

https://youtu.be/JipMJ7G_iMk

Episod 15 : GOLONGAN YANG RUGI

https://youtu.be/SRUryL-19eE

Episod 16 : KASIH SAYANG TINGKATKAN IMAN

https://youtu.be/R84CZqQwUnI

Episod 17 : RAIH PAHALA TANPA MODAL

https://youtu.be/VL0DBoFohhg

Episod 18 : TUMPANG-MENUMPANG, REZEKI DATANG

https://youtu.be/IbyYW57GYTQ

Episod 19 : TIADA KEBAIKAN, TAPI DIAMPUNKAN

https://youtu.be/fYIZL4R3Tlk

Episod 20 : KEJUTAN YANG MENGEJUTKAN

https://youtu.be/wGvGleODFtI

Episod 21 : BAIK DIAM

https://youtu.be/aDY16AbSW44

Saksikan lagi di

https://www.youtube.com/channel/UClxlONXApn8SgDMQzOv96Iw

Mohon sokongan subscribe dan sebar-sebarkan agar menjadi amal kebaikan.

Terima kasih.


Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...