Wednesday, April 28

Renungkan


(sekadar hiasan)
Seorang hamba pergi bersiar2 di tepi hutan.Sedang dia asyik menghirup
udara segar,tiba2 terdengar bunyi: AUMMMMM!!!!! rupa rupanya datang dari seekor harimau yang sedang menunggu mangsa.

Alangkah terkejutnya hamba Allah itu lalu meninggalkan tempat itu untuk menyelamat kan diri. Oleh kerana harimau itu terlalu lapar maka harimau itu terus mengejar hamba Allah tadi yang sedang berlari sekuat kuat tenaga dalam hutan itu.
Hamba Allah itu sempat berdoa Agar terselamat dari cengkaman harimau yang sedang mengejarnya..

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi. lalu hamba Allah itu mengambil keputusan untuk menyelamatkan diri di dalam perigi itu secara kebetulan terdapat seutas tali yang diikat pada sebuah baldi maka bergayut la hamba Allah itu pada tali tersebut untuk mengelak dari dibaham oleh harimau tadi..


Malangnya tali itu pendek sahaja dan hamba Allah itu tergantung ditengah2 perigi.Dia mendongak keatas dan dilihat harimau tadi sedang menunggu di atas. kalau dia cuba keluar maka akan terus menjadi makanan si harimau itu..

Sekali lagi hamba Allah itu berdoa agar diselamat kan dari bahaya itu. Tiba tiba terdengar kocakan dari air perigi tersebut dan hamba Allah itu bertambah takut kerana jikalau dia terjatuh maka akan menjadi makanan 2 ekor buaya pula..



Bertambah takut lah hamba Allah itu sehingga seluruh badan nya menggigil.Ketika sedang mencari jalan untuk mengelak kan diri dari bahaya itu,tak semena2 keluar pula seekor tikus putih dari lubang2 perigi itu dan berjalan hingga tali timba tempat
hamba Allah itu bergayut, tikus itu terus menggigit2 tali timba itu



“cis..kurang ajar punya tikus!!!”marah
hamba Allah.

Sekali lagi kejutan timbul apabila keluar pula tikus hitam dari lubang yang sama dan berjalan hingga ke tali timba dan serupa dengan tikus putih menggigit tali timba itu..

Hamba Allah itu menyedari tida jalan lain selain mati…

Tiba tiba dia terdengar bunyi sekumpulan lebah. Ketika dia mendongak keatas utntuk melihat lebah itu, setitis madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut Hamba Allah itu

“SUBHANALLAH! enaknya rasa madu ini” ucapannya sehingga lupa maut yang menanti Hamba Allah itu. ~n~

-KESIMPULANNYA-

FIKIR DAN RENUNGKAN

Hamba Allah itu merupakan kita semua.
Harimau yang mengejar adalah maut kita dan sememangnya ajal sentiasa mengejar kita.
Beringatlah bahawa 2 ekor buaya itu umpama Malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di dalam kubur nanti

Tempat tali hamba Allah itu bergayut umpama hayat kita(jika panjang talinya
maka panjanglah la hayat kita jika pendek talinya pendeklah hayat kita)

Tikus putih dan juga tikus hitam pula umpama dunia kita siang dan malam yang
sentiasa menghakis umur kita(tikus sedang menggigit tali)
Madu yang jatuh kedalam mulut hamba Allah itu merupakan nikmat dunia.

“BAYANGKAN SETITIK SAHAJA MADU MASUK KEDALAM MULUT HAMBA ALLAH ITU DIA SUDAH
MELUPAKAN HARIMAU DAN BUAYA YANG SEDANG MENANTINYA”

Sama juga seperti kita semua,di dalam kesusahan kita mengingati Allah,dan ketika mendapat nikmat yang sedikit kita lupakan segala galanya..

Ingatlah semua..ajal datang tanpa kita duga,semua nya Ilmu Allah taala..kita sebagai hamba harus bersedia..

Pesanan untuk diri yang hina ini dan semua yang membaca..

Wallahua’lam

BINGKISAN BUAT SAHABAT UKHWAHKU YANG DIKASIHI ALLAH


Bismillahhir Rahmanir Rahim…

Untuk Sahabatku Yang Dikasihi Kerana Allah..
Semoga isi surat ini semata-mata kerana Allah dan mengikut Sunnah RasulNya dan dapat mengubati segala penyakit-penyakit hati. Sheikh Said Ramadhan Al Buty (Ulama' Syria) pernah menyebut dalam bukunya bertajuk “Dosa Batin” bahawa apa juga perbuatan yang tidak didasari keikhlasan hati, ia tidak akan menjadi perbuatan yang menghampirkan diri kepada Allah..

Sahabatku Yang Disayangi..
Pada hari ini kita sedang berada di suatu zaman yang dipenuhi dengan Jahiliyah yang bermacam ragam, dan keadaan ini menjadi lebih tenat lagi kerana tidak adanya kefahaman Islam yang sebenar melainkan hanya segelintir manusia sahajayang mengetahui. Semoga Allah memilih hati-hati kita untuk diletakkan hidayah dan kefahaman.. Alangkah besar nikmat sekiranya Allah memilih kita.. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam..!

Sahabatku Yang Budiman..
Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangun dan memakmurkan alam, tetapi orang lain menggunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Di mana saja kita akan bertemu dengan pemuda-pemuda tetapi bagaimana keadan mereka? Sebahagian besar pemuda-pemuda hari ini telah dirosakkan pemikiran mereka, dilemahkan jiwa mereka dengan dipenuhi nafsu syahwah. Akhlak mereka bukan lagi akhlak muslim yang luhur tetapi akhlak yang campur aduk..

Sahabat SeIslamku..
Aku sentiasa mendoakan keimananmu kerana dunia ini memerlukanmu. Nilai keimanan pemuda remaja sepertimu jauh lebih tinggi dari nilai keimanan orang yang sudah tua. Suatu tahap terkumpulnya tenaga yang banyak, semangat yang berkobar dan hajat yang tinggi yang merupakan kekuatan untuk mencapai keredhaan Allah..

Jadilah “belajar” wasilah untuk mendekatkan diri pada Allah. Semoga darjatmu diangkat oleh Allah. Rantailah nafsumu dengan aturan Islam..

Sahabatku Yang sejati..
Semoga kita tidak banyak bergaul dengan manusia hingga membawa gangguan hati dan menjauh hubungan dengan Allah..
Perkara yang paling penting untuk menolong kita sentiasa berfikir dan berzikir ialah selalu bersama orang-orang soleh dan condong kepada mereka. Semoga Allah lindungi kita dari orang yang dilihat selalu mendekatkan diri kepada Allah, namun hatinya sebenarnya sangat jauh dari Allah..

Sahabatku..
Rasa tidak dikasihi yang kau dan aku rasakan, sejak kecil hingga kini merupakan dorongan Allah supaya kita dapat hayati makna kemanusiaan, penuh kasih sayang kepada semua orang dan kasihan belas kepada orang yang menderita. Pengalaman ini juga sebagai dorongan untuk kita lebih memahami perasaan orang lain..

Ibn Jauzi ada menyatakan dalam kitabnya “Mahabatullah”; “Orang yang melihat dirinya serba kekurangan akan menyebabkan kedekatannya dengan Allah”..

Sahabatku..
Rasanya cukup dulu buat kali ini..
Barangsiapa beramal untuk akhiratnya, maka Allah akan mencukupi urusan dunianya. Barangsiapa memperbaiki hati nuraninya maka Allah akan memperbaiki lahirnya. Barangsiapa yang mempebaiki apa yang ada diantara dia dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki apa yang ada di antara dia dan manusia..

Lebih bersemangat


hari ini saya memulakan hari seperti biasa,
cumenya pada hari ini 'studygroup' dibuat seawal pagi...jadi seperti biasa mempersiapkan diri untuk mengulangaji ilmu Allah bersama rakan-rakan yang terdiri dari pelbagai negeri.

Studygroup pun berlalu macam biasa,cuma pada pagi ini ada juadah mee goreng yang dihidangkan oleh seorang sahabat untuk kami semua..Alhamdulillah....

Selepas dari studygroup,dengan berbekalkan semangat waja dan jitu,aya bergerak ke satu tempat yang agak jauh untuk menghadiri mesyuarat bagi jabatan bendahari,,,

Apa yang menariknya,dalam mesyuarat ini ada seorang ustazah bersuara didalam mesyuarat itu..camni la lebih kurang kata-katanya....

""kita kena selesaikan segera,kalau tak selesaikan,takut sampai generasi anak-anak kita belajar disini dan selesaikan benda ni"""

camtula bunyinya,tergelak gak bunyi nya...
tapi bila fikir2 kan balik,ustazah ni seorang yang berpandangan jauh...bayangkanlah,sekarang umur kita 24tahun....kalau kahwin sekarang dan dapat anak....nak tunggu anak tersebut membesar dan merautau belajar kesini.sekurang-kurangnya mengambil masa 20 tahun lagi...

huh,canelah ustazah ni leh fikirkan sesuatu yang jauh...biasanya saya sendiri kalau nak bagi pendapat atau memikirkan sebarang permasalahan mendatang,saya akan memikirkan untuk 5tahun..xsangka,ni merupakan motivasi kepada diri saya supaya bersikap 'optimis'....

AmiK SebAgAi PanDuAn..!!

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti"

Itulah sedikit dari bait - bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya.

Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.

Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak -ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.

Pernahkah dia menjengah ke tempat - tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, dan dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.

Rakan - rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah

Apa yang tersimpan di dalam sanubari kadang - kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya...

Ya Allah,mampukah aku mendapat keredhaan-Mu dan naungan-Mu di Padang Masyhar kelak...

Hudud

Muqaddimah.


Menerusi entri kali ini, saya hanya membicarakan mengenai hudud secara umum dan ringkas berserta olahan yang mudah difahami, insya Allah. Dengan erti kata lain, entri ini hanya sekadar pengenalan mengenai hukuman hudud.


Definisi.


Hudud dari sudut bahasa Arab: Merupakan plural (jama') kepada kalimah had yang bermaksud "penghalang".


Dari sudut syara', ia digunapakai untuk hukuman-hukuman yang dikenakan terhadap perbuatan-perbuatan maksiat tertentu.


Oleh itu, para ulama' mendefinisikan hudud sebagai: Hukuman yang ditentukan syara' terhadap kesalahan-kesalahan melanggar hak Allah Ta'ala serta disandarkan kepada sebab-sebabnya.[1]


Hukuman ini dinamakan hudud kerana ia boleh menghalang manusia daripada berterusan melakukan jenayah tersebut.


Perbuatan maksiat yang dikenakan hudud.


Perbuatan maksiat yang dikenakan hudud adalah tujuh:


1) Murtad.


Apabila seseorang Muslim murtad daripada Islam dengan ucapan atau perbuatan, maka dia akan diberi tempoh tiga hari untuk bertaubat tanpa sebarang paksaan mahupun seksaan dikenakan. Sekiranya dia enggan juga bertaubat selepas tempoh tersebut, maka dia dijatuhkan hukuman bunuh. Ini adalah berdasarkan hadith yang menyebut mafhumnya:


Sesiapa yang menukar agamanya (murtad daripada Islam), maka bunuhlah dia.[2]


2) Membunuh.


Seorang Muslim yang membunuh seorang Muslim lain dengan sengaja, maka hukumannya adalah bunuh. Ia juga disebut sebagai Qisas. Ini adalah berdasarkan firman Allah Ta'ala mafhumnya:


Wahai orang-orang yang beriman! Qisas itu diwajibkan ke atas kamu dalam kes pembunuhan. [al Baqarah: 178]


3) Zina.


Seorang Muslim yang berzina, sedangkan dia belum berkahwin maka hukumannya adalah sebat seratus kali berdasarkan firman Allah Ta'ala mafhumnya:


Wanita dan lelaki yang berzina, maka hendaklah kamu sebat mereka berdua sebanyak seratus kali sebatan. [al Nur: 2]


Kemudian dibuang negeri selama setahun berdasarkan hadith mafhumnya:


Pemuda pemudi yang berzina hendaklah disebat seratus kali dan dibuang negeri selama setahun.[3]


Manakala bagi penzina yang telah berkahwin, maka hukumannya adalah rejam sehingga mati berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Sayyiduna Jabir radhiyallahu 'anhu bahawa seorang lelaki telah berzina dengan seorang perempuan. Lalu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan agar dia disebat. Kemudian lelaki tersebut mengaku bahawa dia telah berkahwin. Lantas Baginda memerintahkan agar dia direjam.[4]


4) Liwat.


Seorang Muslim yang meliwat, maka hukumannya adalah dibunuh. Begitu juga yang diliwat sekiranya dia baligh. Tidak kira yang melakukan perbuatan liwat ini telah berkahwin ataupun belum. Ini adalah berdasarkan hadith yang menyebut mafhumnya:


Sesiapa yang kamu dapati melakukan perbuatan kaum Lut (iaitu liwat) maka bunuhlah orang yang meliwat dan yang diliwat.[5]


5) Qazaf (menuduh orang lain berzina).


Sesiapa yang menuduh seorang Muslim atau Muslimah berzina, kemudian dia tidak mendatangkan empat saksi yang menyokong tuduhannya itu maka dia dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali, dihukumkan sebagai fasiq serta tidak diterima lagi kesaksiannya. Ini adalah berdasarkan firman Allah Ta'ala mafhumnya:


Orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang suci (dengan tuduhan zina) kemudian mereka tidak mendatangkan empat saksi (yang menyokong tuduhan itu), maka sebatlah mereka sebanyak 80 sebatan dan janganlah kamu menerima kesaksian mereka buat selama-lamanya dan mereka itu adalah golongan yang fasiq. Kecuali orang-orang yang bertaubat selepas itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [al Nur: 5]


6) Meminum arak.


Seorang Muslim yang meminum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, maka hukumannya adalah sebat sebanyak 80 kali.


7) Mencuri.


Seorang Muslim yang mencuri, maka hukumannya adalah dipotong tangan berdasarkan firman Allah Ta'ala mafhumnya:


Lelaki dan wanita yang mencuri, maka potonglah tangan mereka berdua sebagai balasan terhadap perbuatan mereka dan juga pencegahan daripada Allah. Dan Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. [al Maidah: 38]


Sunnah menjelaskan bahawa sekiranya barangan yang dicuri memiliki nilai sebanyak 1/4 dinar emas tulen (lebih kurang 1.0625 gram emas) atau lebih atau barangan yang seumpama dengannya, maka jika dia mencuri buat kali pertama hukumannya adalah dipotong tangan kanan pada pergelangannya. Sekiranya dia mencuri buat kali kedua, dipotong pula kaki kiri pada pergelangannya. Jika dia masih lagi mencuri, dipotong tangan kirinya. Jika masih mencuri, dipotong pula kaki kanannya. Namun sekiranya dia masih lagi mencuri, maka hukumannya adalah ta'zir dan ia bergantung kepada ijtihad pemerintah ketika itu.


Hukuman buat kesalahan-kesalahan selain di atas.


Adapun bagi kesalahan-kesalahan selain yang dinyatakan di atas, maka hukumannya adalah berbentuk ta'zir. Ia bergantung kepada ijtihad pemerintah berdasarkan kemaslahatan. Hukuman tersebut boleh jadi pukulan, sebatan, buang negeri dan sebagainya.


Hikmah disyariatkan hudud.


Hudud disyariatkan bagi kesalahan-kesalahan yang dinyatakan di atas adalah kerana hikmah-hikmah yang berkait rapat dengan perkara-perkara asasi yang disebut sebagai al Maqosid al Syar'iyyah iaitu:


1) Agama.


Agama adalah suatu keperluan bagi individu bahkan ia adalah keperluan masyarakat. Bagi mengekalkan kelangsungan agama Islam, maka kita diwajibkan untuk berjihad memerangi golongan kuffar dan membunuh golongan murtad.


2) Nyawa.


Nyawa adalah asas kehidupan. Maka wajib dijatuhkan hukuman qisas ke atas orang yang mencabutnya tanpa alasan yang benar. Dengan qisas, keselamatan nyawa akan terjamin dan ia menghalang berlaku pertumpahan darah tanpa sebab yang kukuh lagi benar. Kerana itu Allah Ta'ala berfirman mafhumnya:


Dan pada Qisas itu, terdapat kehidupan bagi kamu wahai orang-orang yang memiliki akal fikiran agar (dengan qisas itu) kamu memelihara (nyawa-nyawa yang tidak berdosa). [al Baqarah: 179]


3) Keturunan.


Keturunan adalah aspek yang membezakan manusia dengan hidupan lain. Kerana itu, Islam sangat menitik beratkan keturunan dengan memelihara kesuciannya. Melalui keturunan, manusia meneruskan kelangsungan kewujudannya di muka bumi ini. Disebabkan zina membawa kepada pencemaran nasab dan kekeliruannya, maka dijatuhkan hukuman sebat dan rejam. Begitu juga dengan liwat. Selain menjijikkan, ia juga adalah perbuatan songsang yang menyumbang kepada kekurangan kewujudan manusiawi. Kerana itu, hukuman bunuh dijatuhkan terhadap orang yang melakukan perbuatan songsang ini.


4) Maruah.


Sudah menjadi fitrah, manusia sangat mementingkan maruah. Islam sangat mengambil berat tentang maruah kerana manusia itu hidup terhormat jika maruahnya terpelihara. Disebabkan qazaf adalah tuduhan yang melibatkan maruah, maka dijatuhkan hukuman sebat bagi sesiapa yang mencemarkan maruah orang lain tanpa bukti.


5) Akal.


Akal adalah anugerah terbesar buat umat manusia. Dengannya, manusia menilai buruk dan baiknya sesuatu perkara. Dengan akal jua, kita ditaklifkan oleh Allah Ta'ala dengan taklifan-taklifan tertentu. Maka ia adalah anugerah yang sangat besar nilainya serta perlu dijaga keutuhannya. Oleh kerana meminum minuman yang memabukkan boleh menyebabkan kehilangan akal seterusnya membawa kepada perbuatan-perbuatan yang menjatuhkan martabat kemanusiaan, maka Islam menjatuhkan hukuman sebat buat mereka yang sengaja meminumnya.


6) Harta.


Harta adalah pendokong kehidupan. Islam menggalakkan umatnya untuk berkerja mengumpul harta yang halal dengan tujuan untuk menyara kehidupan serta menyumbang kepada jalan Allah Ta'ala. Untuk memelihara harta, dikenakan hukuman potong tangan bagi pencuri.


Benarkah hudud tiada di dalam al Quran?


Sebagaimana yang telah saya nyatakan di atas, sidang pembaca jelas mendapati bahawa hukuman hudud disebut secara terang nyata di dalam al Quran dan Sunnah. Saya sengaja menimbulkan pertanyaan ini kerana saya pernah mendengar suara-suara sumbang (di kalangan mereka ada yang belajar di al Azhar!) menyatakan bahawa hudud tidak disebut di dalam al Quran. Saya tidak pasti bagaimana mereka boleh berfikiran begitu. Sama ada mereka tidak pernah membaca al Quran atau buta huruf. Boleh jadi juga mereka buat-buat bodoh. Mungkin juga mereka ada kepentingan peribadi yang menjadikan akal mereka bingung seketika. Cuma persoalan yang timbul adalah mengenai perlaksanaannya. Hudud disebut di dalam al Quran dan Sunnah. Adapun perlaksanaannya, bergantung kepada suasana. Wallahu 'alam.


Penutup.


Konklusinya, jika hukuman hudud dilaksanakan ia akan membawa kepada kesejahteraan hidup. Islam adalah agama kesejahteraan. Kerana itu, Islam mensyariatkan hudud bagi menjamin kesejahteraan hidup sebagaimana yang telah disebut menerusi hikmah-hikmahnya di atas. Segala puji bagi Allah, pengatur hukuman buat sekelian alam.


Bibliografi:

- Khawatir Diniyyah, al Hafiz Sayyid Abdullah bin Siddiq al Ghumari al Hasani, bahagian pertama, cetakan ketiga 2004 (1425), terbitan Maktabah al Qohirah, Mesir.

- Al Mu'tamad fil Fiqh al Syafi'i, Prof. Dr. Muhammad al Zuhaili, jilid kelima, cetakan pertama 2007 (1428), terbitan Darul Qalam, Damsyik.

- Nailul Autor min Asrar Muntaqol Akhbar, al Imam al Qadhi Muhammad bin Ali al Syaukani al Yamani, jilid 13, cetakan pertama 2006 (1427), terbitan Dar Ibni Jauzi, Arab Saudi.


[1] Al Mu'tamad fil Fiqh al Syafi'i, hal: 145, jilid 5, Darul Qalam, Damsyik.

[2] Nailul Autor, hadith 3215, halaman 509, jilid 13, Dar Ibnu Jauzi.

[3] Nailul Autor, hadith 3095, halaman 226, jilid 13.

[4] Nailul Autor, hadith 3096, halaman 226, jilid 13.

[5] Nailul Autor, hadith 3131, halaman 298, jilid 13.

*sumber http://wwwhumair-humair.blogspot.com/2008/06/hudud.html

Perwatakan Mengikut hari lahir.

1. Hari Isnin
Tidak kedekut, ikhlas hati dalam memberi, tidak boleh menyimpan duit, pembela kebenaran, mudah tersinggung dan tidak pandai bicara.

2. Hari Selasa
Mudah terpengaruh, tidak mempunyai pendirian tetap, mudah marah, tidak sabar dan selalu inginkan kemenangan.

3. Hari Rabu
Pendiam namun kalau sudah berkata tidak percaya, tidak suka mencampuri urusan orang lain, baik hati, suka menolong dan murah rezeki.

4. Hari Kamis
Pendirian tidak tetap, suka dipuji, mudah emosi, mudah terpengaruh oleh rayuan halus dan tidak sabar.

5. Hari Jumat
Disukai ramai orang, kuat mental, suka menolong, suka memberi nasihat yang baik dan suka mempelajari ilmu pengetahuan

6. Hari Sabtu
Rajin bekerja, rajin dan pandai mencari rezeki, ditakuti ramai orang, pandai membawa diri dan menyelesaikan apa yang menjadi tanggung jawabnya dengan baik.

7. Hari Minggu
Pandai bergaul, disukai e\ramai orang, berjiwa besar, suka merendahkan diri, pandai berbicara dan dapat mengatasi masalah yang dihadapiya dengan baik.

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...