Posts

Showing posts from June 28, 2010

::. Redha Dia Mengiringi redha mereka .::

Image
Segala puji dan syukur hanya untukMu ya Rabbi!, tempat pergantungan seluruh makhluk.



Kepantasan waktu belum berhenti.

Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun. Berbelas tahun menuju puluhan tahun. Dulu kita kanak-kanak, kini muda remaja...

Dalam kesibukan yang tidak berhenti, mari kita luangkan sedikit waktu, menyemak apa yang telah kita perbuat kepada...

"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutuanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-ibu".(QS An-Nisaa':36)



Rasulullah s.a.w bersabda:

"Adakah tidak aku beritahu kepada kamu tentang sebesar-besar dosa?. Baginda mengulanginya tiga kali. Kami berkata; Bahkan tidak ya Rasulullah. Baginda bersabda; Syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua ibu-bapa".



Apakah yang dimaksudkan derhaka kepada ibu-bapa?

Soalan ini sering/sentiasa menyentuh perasaanku. Aku terasa gementar setiap kali soalan ini singgah di benakku. Justru itu kukumpulkan jawapan yang boleh memandu…