Posts

Showing posts from February 12, 2011

Mengenang Persaudaraan Yang Manis

Image
Alhamdulillah. Hampir seminggu sudah berada di tanah kelahiran, pulang bercuti menziarah keluarga. Sambil bersantai-santai malam menanti lelap, tiba-tiba ringan kaki mahu melepak di depan televisyen. Rupanya ada siaran langsung bual-bicara Ops Piramid di TV1, dengan pimpinan pelajar Mesir menjadi antara ahli panelnya. Namun dek kelewatan mengikuti rancangan, siaran tamat beberapa minit selepas itu. Bagaimanapun saya sempat tertarik dengan cerita seorang wartawan yang turut menjadi panel, katanya: “ Di Cairo Airport, ketika sedang menguruskan kepulangan para pelajar, saya lihat ada seorang Arab tua menangis. Saya tarik seorang pelajar yang tahu berbahasa arab supaya menanyakan masalah orang tua itu. Lalu si tua menjawab, beliau sedih kerana orang Malaysia yang baik-baik ni sudah pulang beramai-ramai. Beliau sangat kesal dengan kekacauan yang berlaku di Mesir hingga kerajaan Malaysia menarik rakyatnya pulang.” Memang sudah diduga. Saya terimbau ingatan seminggu lepas sewaktu masih bera...